Anda di halaman 1dari 8

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM Perlaksanaan praktikum pertama ini bakal bermula pada 1 April dan berakhir pada 26 April. Praktikum ini bakal bertempat di SK. Tabuan Ulu, Kuching dan terletak kira-kira 3-4 km dari Institut Perguruan Batu Lintang mengambil masa lebih kurang 15minit perjalanan menggunakan kenderaan. Praktikum merupakan satu platform yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru (BIG) secara reflektif dalam situasi atau iklim sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam. Dalam program ini, saya dapat meningkatkan kemahiran sedia ada yang telah dipelajari dari institut dengan mengamalkan amalan perkongsian ilmu bersama pensyarah serta guru pembimbing. Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila - bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Dengan program ini, saya berharap agar mampu mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Mikro dan makro-teaching sering dijalankan di institut sebagai satu pendedahan ringkas mengenai keadaan sebenar di dalam kelas. Tambahan pula, saya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran yang diperolehi ketika mikro dan makro-teaching untuk digunakan ketika melaksanakan sesi pengajaran yang

sebenar. Selain itu, saya bakal melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan individu. Sesi pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsi maklumat dan pendapat dalam mempertingkatkan lagi keberkesanan dan mutu pembelajaran yang dilaksanakan.

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

Setiap murid mempunyai masalah tersendiri di sini, program praktikum ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dikenalpasti akan cuba diselesaikan. Maka, dengan itu, saya akan dapat mempertingkatkan keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berfikir menggunakan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang telah dipelajari. Sebagai seorang bakal guru, melalui program ini, saya berharap agar saya dapat memupuk sifat yang positif, meningkatkan jati diri, bersedia menerima teguran serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan semasa melaksanakan praktikum nanti. Tambahan pula, melalui pembinaan portfolio, seorang guru pelatih dapat mengamalkan amalan membina refleksi dan penilaian kendiri dari pelbagai aspek. Refleksi yang dibuat dapat membantu saya dalam memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran nanti. Selain itu, saya dapat melakukan

penambahbaikan terhadap kelemahan yang dikenalpasti untuk memantapkan lagi pembelajaran yang dijalankan. Kemahiran multimedia merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru kerana seorang guru itu perlu menguasai pelbagai kemahiran termasuk ICT. Selain itu, penggunaan BBM yang menarik minat murid. Secara objektifnya, program praktikum ini turut menekankan kepada aspek penguasaan perlaksanaan aktiviti kokurikulum yang memerlukan guru pelatih melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Kesimpukannya, kegiatan kokurikulum ini dapat memberikan saya pendedahan awal akan perlaksanaaanya dalam situasi yang sebenar nanti.

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM Pada hari pertama persekolahan, jam 6.30 pagi saya melangkah masuk ke pejabat Sekolah Kebangsaan Tabuan ulu, sebuah sekolah kategori kecil di pusat Bandar. Fokus saya terhadap peraktikum yang akan saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya Izuwan Nasri., berbuat sehabis baik dan menimba pengalaman sebanyak yang mungkin. Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga sekolah. Pertemuan dengan GPK 1 sebagai tanda selamat datang setelah ketiadaan Guru Besar yang tidak hadir pada hari tersebut. Guru besar, Tuan Richard mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan PK1 sebagai pengganti dan mengambil alih tugas pentadbiran beliau. PK1 tersebut ialah Puan Fatimah. Beliau turut memaklumkan bahawa ko-kurikulum di sekolah itu adalah sedikit berbeza di mana, setiap minggu 1 dan 3, hanya Persatuan sahaja akan dijalankan. Pada minggu 2 dan 4, Kelab dan Sukan akan dijalankan. Saya mula mengajar pada minggu kedua. Hal ini kerana, saya adalah pelajar opsyen pemulihan. Kami perlu mengeadakan ujian diagnostik dan menganalisis hasil ujian murid sebelum dapat memulakan pengajaran. Sama juaga dengan guru pelatih opsyen Pendidikan Khas. Hasil analisis tersebut, saya dapat membuat RPI (Rancangan Pengajaran Individu). RPI ini berperanan untuk memfokuskan kemahiran yang belum dikuasai oleh murid. Lain murid, lain juga kemahiran yang mereka kuasai. Pada minggu kedua baru lah saya mula mengajar. Pada minggu kedua, saya mendapati murid tidak takut pun dengan saya. Jawapannya mudah; saya berbadan kecil. Hampir semua semua mahu menyukat tinggi mereka dengan guru kerdil mereka ini. Di sinilah kesabaran saya diuji. Adakah saya akan bertindak professional ataupun saya bakal memarahi murid-murid saya? Akhirnya, saya cuma perlu bersabar. Saya menguji kesabaran saya dan member peluang kepada mereka. Sekiranya perkara itu berlanjutan maka saya mempunyai hak untuk menegur mereka. Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu untuk murid Tahun 3 dan Matematik untuk murid Tahun 2. Saya menggunakan pelbagai cara untuk membuatkan murid meminati proses pengajaran dan pembelajaran saya. Malah, saya telah membuat token Matahari. Token tersebut adalah satu bentuk ganjaran. Sekiranya mereka dapat menjawab

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

soalan, maka akan diberi token. Sekiranya mereka berbuat masalah, seperti bergaduh, tidak membuat kerja rumah dan sebagainya, maka token mereka akan dihitamkan dan digelar Token Gerhana. Ini adalah salah satu cara saya untuk mengawal kelas saya.

Rajah 1: Token Matahari (Token yang dihitamkan akibat daripada berbuat nakal) Selain daripada itu, pelbagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) telah saya gunakan. BBM yang berjaya menarik perhatian murid adalah BBM berbentuk video (ada kalanya perlu membuat video sendiri untuk mendapatkan perhatian murid), slide powerpoint dan juga senjata utama saya iaitu Permainan Bola Angkasa. Permainan ini cuma digunakan pada hujung minggu ketiga dan minggu terakhir praktikum. Permainan ini digunakan apabila mereka mula hilang minat untuk belajar. Permainan ini adalah salah satu motivasi untuk mereka hadir ke kelas untuk belajar. Bola akan dimasukkan pada salah satu lubang yang diperbuat daripada kertas berwarna dan terdapat halangan yang akan membuatkan bola jatuh pada ruangan yang berbeza walaupun dimasukkan pada lubang yang sama. Murid akan menjawab soalan berdasarkan soalan yang terdapat pada ruangan tersebut.

Rajah 2: Permainan Bola Angkasa.

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

Saya menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kelab Keceriaan di sekolah tersebut. Ketika di IPG, saya merupakan ahli Pandu Puteri. Namun begitu, bagi saya asas yang diajar dalam setiap persatuan adalah sama. Contohnya, pertolongan cemas, ikatan yang betul dan sebagainya. Dalam Kelab Keceriaan pula, ada sedikit masalah. Guru pembimbing kelas tersebut mempunyai masalah kesihatan kerana beliau hamil nama guru tersebut ialah Puan Asrinawati. Pada minggu kedua, Puan Asrinawati telah hadir dan aktiviti yang dilakukan adalah membuat batas untuk menanam betik. Pada minggu keempat, Puan Asrinawati tidak hadir. Maka, saya dan beberapa guru pelatih perlu menjalankan satu aktiviti untuk Kelab Keceriaan tersebut. Pada awalnya ingin menyambung semula aktiviti pada minggu sebelumnya, namun begitu, kunci stor ada pada guru sahaja. Maka, kami telah memikirkan alternative lain. Kami telah menjalankan aktiviti permainan Amanah. Setiap kumpulan akan diberi daun kering sebagai amanah dan perlu melalui beberapa halangan yang mempunyai guru pelatih. Selesai permainan tersebut, kami menjelaskan kepada mereka rasional permainan itu dilakukan. Secara ringkasnya, untuk mendidik mereka mengenai konsep amanah.

Rajah 3: Guru pelatih dan murid bermain Permainan Amanah. Selain itu, kami juga diberi tugas khas untuk membuat mural sebagai projek kami. Dua tempat yang perlu dibuat mural iaitu, stor sukan, dan prasekolah.

Rajah 4: Salah satu mural

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

Walaubagaimanapun, sesetengah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan kurang berjalan dengan lancar, tetapi saya pun sudah sedia maklum, bahawa berhadapan dengan kanak-kanak jadi, tingkah lakunya kadang kala sukar dikawal. Sungguh pun begitu, perkara-perkara sebegini tidaklah saya memandang berat. Sudah termaktub tugas seorang guru perlu membimbing. Bagi saya perjalanan saya masih jauh, ia perlu dijadikan pengalaman,dorongan, kepada saya supaya maju ke hadapan.

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM

Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan saya sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan. Perkara yang memberi impak dan dapat dijadikan pengajaran untuk pengalaman masa depan, bagi saya adalah, sifat semula jadi kanak-kanak. Kanakkanak mungkin secara semula jadi suka berkawan, suka berbual-bual,suka bekerjasama, suka bersimpati dan sebagainya. kadangkala, mereka mempunyai sifat-sifat bertentangan iaitu, sombong, ingkar pada guru dan kurang memberikan rasa hormat pada guru. Pada pandangan saya, ini semua bergantung kepada didikan yang diberikan kepada mereka. Di sekolah, guru harus bersedia dan tidak berkeberatan membantu untuk proses kematangan social mereka ke arah yang lebih sempurna. Sebab itu, saya sering menekankan bahawa, guru perlu bersabar tetapi bukan sehingga murid-murid berani memijak kepala seorang pendidik. Ini bermaksud, kawalan kelas amatlah penting. Guru harus memberi perhatian terhadap sifat semula jadi kanak-kanak. Lain orang, lain ragam. Selain itu, kesediaan belajar dan perhatian terhadap tahap perkembangan sosial haruslah diberi keutamaan. Kanak-kanak ini tidak akan bersedia belajar jika kita tidak memaksanya. Tetapi persekitaran juga membantu kesediaan belajar, sebagia contohnya apabila kanak-.kanak melihat rakan rakan-rakannya belajar, secara tidak langsung kanak-kanak ini ingin belajar. Inilah yang berlaku di dalam kelas pemulihan. Kadang kala kanak-kanak juga tidak boleh di paksa untuk belajar, jika dipaksa, kanak-kanak ini tidak dapat pembelajaran yang kita ajari. Terdapat juga murid-murid yang dipengaruhi oleh status kekeluargaan dan pekerjaan ibu bapa mereka. Bagi saya sebagai seorang guru, saya harus sebolehbolehnya berusaha untuk melazimkan kanak-kanak dengan segala kebiasaan yang positif. Kanak-kanak yang penakut harus digalakkan belajar dengan lebih cergas. Kanak-kanak yang dibesarkan di persekitaran yang kurang nilai adabnya, ataupun garang, perlu pula diajar supaya mahu bertolak ansur dan mengalah.

SUBANG ANAK STEVEN (900227-13-7102)

Kesimpulannya menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran. Semua telah saya lalui untuk Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Praktikum satu telah memberi gambaran kepada saya situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru berijazah pada tahun 2015 kelak. Usaha guru ke arah itu, harus berfokus daripada satu tujuan, iaitu menyediakan situasi belajar yang menegaskan perkembangan, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang asas seperti hidup berkumpulan, harmonis tersusun dan bersistematik.

Anda mungkin juga menyukai