Anda di halaman 1dari 9

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

PEMERHATIAN PBS Tanpa saya sedari, ini merupakan program PBS kali ke 3 berdasarkan semester 3 program PISMP yang saya capai sekarang. Sepanjang proses saya mengikuti program PBS kali ke-3 tahun 2013 ini, pelbagai pengalaman dan gambaran kehidupan seorang guru yang dapat saya lihat hasil daripada program tersebut. Antaranya saya telah membuat pemerhatian berkaitan kaedah dan teknik pembelajaran di dalam kelas yang dilakukan oleh guru tersebut. PBS kali ini saya laksanakan di sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Antara kekuatan yang dapat saya lihat daripada keupayaan guru tersebut mengajar, mengawal kelas dan keberkesanan proses pengajarannya adalah seperti guru mempunyai perwatakan ceria, menarik, berpakaian kemas serta mengikut etika. Hal ini penting kerana dengan penampilan yang menarik dapat memberi bonus kepada guru tersebut untuk menarik tumpuan mata anak murid mereka supaya memberi fokus kepadanya. Selain itu, guru tersebut turut mempunyai suara yang jelas. Dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru tersebut mempunyai idea yang menarik dan luar biasa. Contohnya, guru tersebut merancang permainan di dalam proses P&P nya. Tetapi setiap kekuatan pasti ada kelemahan. Antara kelemahan yang ketara yang saya lihat berkaitan guru tersebut ialah dari segi kawalan kelas. Guru gagal untuk mengawal kelas dengan baik. Meskipun guru tersebut mempunyai suara yang lantang dan jelas, tetapi tidak seharusnya guru tersebut terus-menerus

menggunakan suara yang tinggi dalam semua situasi. Jika guru terus memarahi murid dalam semua hal terutama ketika murid melakukan kesalahan, lamakelamaan murid akan merasa bosan dan hilang rasa hormat mungkin lebih teruk rasa hormat. Murid akan merasakan diri mereka sangat lemah dan tidak dihargai. Kelemahan seterusnya ialah kelas yang kurang bersih. Selain itu, papan informasi di dalam kelas juga kosong dan tidak di penuhi dengan artikel yang terdiri daripada pelbagai info dan maklumat tambahan untuk murid. Jika dilihat pula dari segi penyusunan tempat duduk di dalam kelas tidak teratur. Murid yang nakal dan selalu membuat bising diberikan kesempatan untuk duduk dibahagian belakang dan bersama kelompok mereka. Hal ini menyebabkan murid tersebut berasa berani

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

untuk terus membuat bising dan seterusnya mengganggu tumpuan rakan sekeliling yang lain yang ingin belajar. Seterusnya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap buku RPH guru, guru tidak menulis RPH dengan jelas dan rapi. Hal ini telah memberi kesan buruk terhadap proses P&P yang dijalankan sewaktu di dalam kelas. RPH adalah sangat penting kerana ia ibarat landasan keretapi untuk kita mengajar kita memerlukan panduan. Selain itu, di dalam RPH, sebelum sesi pembelajaran dilakukan, segala tindakan dan kebarangkalian perkara yang tidak dijangka berlaku telah kita siap sedia tindakan yang sepatutnya. Ia merupakan sebuah perancangan untuk kita mengajar. Penulisan RPH berkaitan objektif pembelajaran juga terlalu banyak. Oleh kerana pengajaran guru yang agak berterabur dan kurang terancang, maka murid-murid di dalam kelas mudah hilang tumpuan meskipun baru 10 minit proses P&P bermula. Selain itu, apabila di semak semula objekif pembelajaran pada hari tersebut, hanya beberapa objektif sahaja yang tercapai. Di samping itu, guru tersebut juga memberikan arahan yang telalu banyak kepada murid. Kesannya murid berasa keliru dan pening untuk melakukan sesuatu aktiviti. Guru juga terlalu percaya pada murid di dalam mengendalikan sesuatu aktiviti. Hal ini sangat merbahaya kerana tugas guru adalah membimbing dan memantau aktiviti yang mereka lakukan. Dan terakhir ialah, fail peribadi murid yang tidak di kemas kini dari semasa ke semasa. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, beberapa idea dan pendapat saya sendiri bagaimana cara mengatasi yang sepatutnya saya ambil untuk mengawal kelas yang sebegini jika saya bergelar guru sepenuh masa kelak. Pertama sekali ialah saya akan memastikan, pada minit awal saya masuk ke kelas, saya akan mencuri masa mereka sedikit untuk memastikan bahawa kelas mereka bebas daripada sebarang sampah di bahagian lantai, meja, kerusi dan mana-mana sahaja untuk elakkan daripada mata sakit dan demi keselesaan semua pihak. Perkara kedua, sekiranya saya adalah guru kelas tersebut, saya akan membahagikan tugasan kepada setiap murid mengikut nombor giliran mereka didalam kelas untuk mencari satu artikel setiap minggu. Kemudian artikel tersebut hendaklah di tampal di papan info dan tidak ada 1 pun ruang kosong yang tidak di isi dengan apa-apa input.

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

Langkah kedua ialah, sebagai guru yang berkaliber, pengurusan berkaitan RPH adalah satu benda utama dan sangat saya titik beratkan. Kerana RPH ibarat nadi pembelajaran. Jika tiada RPH yang lengkap dan jelas, maka ibarat malam tanpa bulan dan bintang. Sukar untuk menjalankan proses P&P tanpa perancangan. Ia juga mencerminkan keperibadian kita sebagai seorang guru yang tidak bersedia dan sambil lewa. Seterusnya, jika kita mempunyai perwatakan menarik, tetapi kita tidak menggunakan kebijaksanaan akal kita semaksimum mungkin, juga tiada gunanya. Penampilan, etika yang baik adalah satu bonus kepada semua guru. Tetapi kemahiran dalam mengajar adalah senjata utama. Jika saya adalah guru tersebut, saya akan mempelbagaikan kaedah P&P saya. Contohnya seperti menggunakan kaedah pembelajaran seperti puppet, lakonan, kuiz dan sebagainya. Kita tidak perlu kedekut untuk menghabiskan wang kita semata-mata untuk menghasilkan alat bantu mengajar bagi memudahkan proses pembelajaran. Kerana produk yang kita bakal hasilkan adalah jutaan manusia, dan bukannya robot yang tidak mampu mentadbir bumi. Suara yang jelas tetapi tidak tahu cara untuk memberi arahan juga sia-sia. Guru tidak boleh memberi arahan yang terlalu banyak di dalam sesuatu situasi. Hal ini ibarat menanyakan 10 soalan dalam satu masa dan menyuruh murid menjawab kesemua soalan tersebut di dalam masa yang singkat. Murid akan mudah merasa keliru dan bercelaru. Hal ini menyebabkan murid kurang tumpuan dan lebih gemar melakukan kerja mereka sendiri. Arahan perlulah diberikan satu persatu dengan jelas dan terang. Sebagai guru tugas utama ialah membimbing. Kita tidak boleh meletakkan kepercayaan kita sebulat-bulatnya kepada murid kita. Sebarang kejadian yang tidak diingini berkemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Maka, pengawasan dan bimbingan guru sangat penting. Guru perlu bertanggungjawab dalam setiap hal yang berlaku ke atas murid mereka. Susunan tempat duduk didalam kelas hendaklah diubah semula. Murid hendaklah duduk di dalam satu kelompok yang terdiri daripada pelbagai kaum, tahap dan juga kebolehan. Dengan cara ini, maka murid yang pandai akan membantu murid yang lemah. Murid yang malas dan nakal akan rasa tercabar dan

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

ingin bersaing dengan rakannya yang pandai. Timbul persaingan yang sihat di dalam kelas sekaligus melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran guru. Selain itu, dengan cara ini, kawalan kelas dapat dilakukan dengan baik. Murid yang sebelum ini duduk dalam kelompok yang bising sudah tidak berani untuk membuat bising kerana tiada kawan yang akan menyokong tindakannya. Yang terakhir sekali, sebagai guru yang proaktif, kita seharusnya bijak mengawal kelas kita sendiri. Kita berkuasa dan mempunyai hal untuk menentukan keselesaan kelas kita. Guru perlu bijak memaikan peranan psychology. Sekiranya murid bising, kita tidak boleh terus melulu medenda mereka. Kita boleh menyuruh mereka menyiapkan tugasan dengan segera jika tidak mahu lewat ke kantin untuk rehat. Kaedah lain, dengan suara yang jelas dan lantang, guru perlu ada intonasi yang baik iaitu adakalanya tinggi, adakalanya rendah ketika mengungkanpkan katakata di dalam kelas supaya murid sentiasa peka dan tertarik untuk menumpukan perhatian. Pelbagaikan teknik P&P seperti belajar sambil bermain. Hal ini merupakan satu fakta iaitu sememangnya naluri setiap kanak-kanak gemar untuk bermain sepanjang tempoh proses tumbesaran mereka. Kesimpulannya, sebagai guru kita seharusnya bijak dan cekap dalam mengendalikan kelas supaya tugas kita dalam proses menyampaikan ilmu kepada anak murid berjalan dengan lancar dan mudah tanpa sebarang halangan.

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

GURU Setiap murid pasti mempunyai guru yang menjadi guru kesayangan dan idola baginya. Pada zaman persekolahan dahulu, saya turut mempunyai guru kesukaan saya. Pada tahun itu, saya bakal menduduki SPM. Jadi strategi utama untuk saya mencintai sesuatu subjek adalah dengan mencintai guru tersebut. Guru yang saya maksudkan adalah Puan Norhayati. Beliau merupakan guru di sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Perempuan Temengging Ibrahim. Seperti yang semua maklum, sekolah saya sangat mementingkan

pencapaian akademik dan juga kokurikulum. Jadi, status akademik sangat di titik beratkan begitu juga dengan Puan Norhayati. Beliau akan memastikan bahawa setiap pelajar yang mengambil subjeknya iaitu subjek Fizik, tidak ada seorang pun yang akan gagal. Hal ini akan menjejaskan prestasi subjek yang diajar jika ada yang gagal. Banyak faktor yang menyebabkan saya sangat tertunggu-tunggu pada waktu bilakah saya akan masuk ke kelas Puan Norhayati ialah kerana perwatakan dan penampilan beliau. Beliau sangat cantik pada pandangan saya. Hampir setiap kelas saya akan memuji bahawa baju cikgu cantik sangat hari ini sambil tersenyum lebar. Seperti biasa Puan Norhayati akan membalas pujian saya dengan menyatakan setiap hari saya memang cantik. Sehingga ke saat ini saya masih ingat kata -kata guru saya itu. Guru saya juga dikurniakan suara yang nyaring tetapi sangat kuat sehinggakan 2 kelas seterusnya dapat mendengar suara beliau ketika beliau mengajar. Beliau suka memberi kata-kata semangat dalam semua hal. Contohnya jika saya tidak faham dan ingin menanyakan kaedah menyelesaikan masalah bagi soalan fizik, belian pasti akan mengatakan mudah sahaja soalan ni. Ini merupakan kata-kata perangsang yang secara tidak sedar telah memperngaruhi pemikiran kita terutama murid yang kurang keyakinan seterusnya terus berfikiran positif. Puan Norhayati sememangnya baik tetapi tegas. Sekiranya kami terlupa membawa buku latihan, sudah pasti beliau akan mendenda sesiapa sahaja tanpa ada sebarang diskriminasi antara kami. Beliau tidak memilih kasih malah beliau sangat pemurah. Lagi banyak soalan yang diajukan, lebih beliau gemar dan suka.

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

Beliau akan mengajar anak muridnya sehingga faham. Beliau juga pandai membaca riak wajah anak muridnya yang pada hakikatnya tidak faham, tetapi mengaku faham. Kaedah pengajaran yang sangat menarik dengan menyediakan alat bantu mengajar yang memudahkan lagi proses pemahaman kami. selain itu, pelbagai soalan latihan disediakan untuk kami sebagai pengukuhan pemahaman kami. setiap 3 kali kelas, beliau akan menyediakan soalan kuiz. Maka, setiap hari kami perlu mengulangkaji semula topik yang telah kami pelajari sekaligus memantapkan lagi ingatan kami. Seterusnya, bagi subjek yang berat seperti mata pelajaran fizik ini, selalunya kami akan mudah mengantuk jika terlalu banyak input yang disumbat dalam masa sehari, tetapi Puan Norhayati tidak telalu ketat peraturan untuk masuk kekelasnya. Beliau membenarkan kami mengambil makanan ringan. Adakalanya, beliau sendiri yang akan memberikan coklat mahupun gula-gula kepada kami supaya kami semua hilang rasa mengantuk. Bagi setiap pelajar yang mendapat A dalam ujian, beliau akan menyediakan ganjaran kepada pelajar tersebut sebagai tanda penghargaan. Hal ini menimbulkan rasa semangat ingin berlumba-lumba antara pelajar untuk mendapat A juga didalam ujian Fizik yang akan datang. Jika beliau tidak masuk ke kelas pula, selalunya beliau akan meninggalkan tugasan supaya kami semua dapat melakukan tugas sewaktu beliau tiada dan dapat mengawal kelas dalam jarak jauh. Kelas akan terkawal jika semua pelajar sibuk melakukan kerja mereka. Kebiasaanya kami semua akan merasa bosan jika tidak masuk ke kelas Puan Norhayati kerana setiap kali ke kelas beliau, pasti ada sahaja ilmu baru berkaitan subjek fizik yang di sajikan untuk kami semua.

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN BILIK DARJAH KONDUSIF Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas; tugasan dan tanggungjawab; dan keperluan mempraktik kemahiran dan kepakaran. Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah wajib menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu murid yang mana keyakinan diri murid dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus menekankan pada matlamat setiap tugasan dan murid pula patut memahami prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri. Peranan kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi dua aspek iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta kemahiran teknikal. Kemahiran intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang berada di dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan murid. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat murid di dalam kelas membolehkannya memupuk budaya murid minat untuk belajar dan meneroka khususnya subjek Sejarah yang menekankan fakta dan peringatan serta hafalan. Disamping itu, Guru Sejarah perlu menguasai kemahiran ICT dan teknikal termasuk pengurusan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, Video, carta dan sebagainya bagi memperlihatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berintraktif dan kepelbagaian. Dalam masa yang sama guru boleh menggunakan borang, bahan edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan mencabar. Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuh penentu utama guru yang berkesan iaitu; dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi, mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam, penerangan yang jelas dan terperinci; menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat; membetulkan salah faham permahaman fakta atau content

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

dalam kalangan murid; memperkembangkan pengalaman murid dan mendambarkan diri sebagai seorang guru yang reflektif

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, pengarapan misi kelas dan murid harus jelas dan mudah difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkara- perkara berikut: Penekanan kepada Pengajaran Asas; Jangkaan guru bahawa semua murid berkebolehan mencapai kecemerlangan berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara; Kewujudan satu sistem objektif pengajaran yang jelas untuk mengawasi Prestasi Murid; dan mengimplimentasikan pelaksanaan pengajaran Sejarah secara berkesan,

bersistematik dan mempunyai keunikan apabila mempelajarinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah guru harus bertindak membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi pengajaran, guru hendaklah membuat refleksi untuk merancang dan bersedia untuk memulakan pengajaran. Semasa proses pengajaran guru harus bertindak untuk memaksimakan segala ilmu dan kaedah penyampaian berkesan dalam menguasai mood, suasana serta interaktif dua hala bersama murid. Selepas pengajaran, guru refleks apa yang telah dilakukannya, dipertuturkan dan direncana di dalam bilik darjah. Guru subjek sejarah digalakkan menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta membaiki kesilapannya. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan, guru boleh mengamalkan pembelajaran kolaboratif. lni bermaksud murid dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya, murid berfikir untuk penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari

NURUL JANNAH BINTI NGAPDI (920203-06-5392)

penyelesaian masalah, murid perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan samada daripada medium guru, buku atau internet. Dalam konteks ini, guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran murid serta hasil tugasan mereka. Dengan kaedah pendekatan ini, murid berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan dan keyakinan diri khususnya dalam penerokaan pencarian fakta atau urutan sejarah dari setiap penemuan dan aktiviti yang dilakukan. Di akhir sesi, guru harus memberi pujian dan sokongan serta ganjaran ke atas usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam penglibatan mereka dalam proses pembelajaran yang aktif dan memanipulasi ruang bilik darjah sebagai sumber berinteraksi yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai