Anda di halaman 1dari 4

KEBAIKAN BUDAYA MUSYAWARAH DAN KOLABORASI TERHADAP GURU

BUDAYA MUSYAWARAH

Usaha di mana guru membentuk jaringan atau permuafakatan profesional


yang disebut collegiality.

Tujuan: bertukar-tukar fikiran dan memperbaiki amalan mengendalikan tugas


dan tanggungjawab dalam pendidikan guru.

BUDAYA KOLABORASI

Kolaborasi melibatkan kerjasama antara kumpulan.


Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain atau orang-orang

lain dalam satu gabungan.


Kolaborasi juga sebagai satu kaedah di mana murid-murid atau guru-guru
bekerjasama sebagai suatu kumpulan bagi menyelesaikan masalah

KEPENTINGAN MUSYAWARAH

Berkongsi pengalaman

Komunikasi terbuka dan jelas

Meringankan kerja guru

Tingkatkan kepuasan kerja

Tingkatkan motivasi guru

Hormati pendapat orang

FAKTOR YANG MENYOKONG PELAKSANAAN MUSYAWARAH

Mempunyai matlamat yang sama.

Dialog dilakukan secara berterusan dan terbuka.

Membuat keputusan bersama atas persetujuan ahli.

Tindakan yang diambil haruslah terancang.

Ada amalan reflektif dan maklum balas berkala.

DIMENSI MUSYAWARAH DI SEKOLAH

Kepimpinan yang meyakini kelebihan kerja berpasukan antara disiplin.

Keanggotaan pasukan diagihkan dalam kalangan guru dan pentadbir,


serta bilangan setiap pasukan dibuat mengikut keperluan.

Kebebasan diberi kepada guru dalam hal-hal penting kurikulum dan


pengajaran dari segi membuat keputusan, pemilihan bahan, tugasan dan
pentaksiran kemajuan murid.

Jadual waktu pengajaran disusun supaya ada kesempatan untuk proses


musyawarah dan berbincang.

Latihan dan pertolongan juga mesti dirancang bagi mengurangkan


kejutan meninggalkan kelaziman bekerja secara individu.

Sokongan material seperti bahan bacaan dan kelengkapan, serta


intervensi.

ASAS MUSYAWARAH
Eleman sumber:

Merangkumi kepakaran, kurikulum, amalan terbaik, latihan, data


pencapaian, pedagogi dan masa

Elemen prosedur:

Pembelajaran dewasa, saling menyokong, penilaian berterusan,


pengurangan beban, dan peluang penglibatan.

Eleman ketelusan:

Kepercayaan pentadbiran, tolak ansur, tiada keterikatan bidang,


keserasian kurikulum, rasa kepunyaan program, panduan memilih
program, struktur pengurusan dan pernyataan dokumen polisi.

KEBAIKAN MUSYAWARAH
Hayat perubahan

Perancangan jangka panjang, komitmen menjayakan program, budaya


demokratik, kepercayaan terhadap program, pemilihan idea terbaik,
keyakinan terhadap idea baharu, komunikasi profesional dan menepati
perubahan persekitaran.

Kualiti pedagogi

Ialah kepekaan kurikulum, interaksi guru lama-baharu, strategi


menghadapi murid bermasalah, perkongsian idea pengkhususan,
jurang pengkhususan mengecil dan perkongsian strategi.

Pembangunan organisasi

Merangkumi semangat baharu perubahan, kepuasan kerja, keprluan


profesional dipenuhi, pengetahuan dan kemahiran baharu,

pengurangan arahan, budaya demokratik dan kurang pergantungan


program luar.
KEBAIKAN KOLABORASI

Perkongsian dan menajamkan kepakaran.


Mengekalkan dan memantapkan lagi kecemerlangan diri.
Memantapkan lagi organisasi.
Dapat menjayakan projek, seminar atau rancangan.
Meningkatkan lagi mutu profesionalisme keguruan dan mencapai

matlamat pendidikan negara.


Menggalakkan sikap kerjasama yang positif.
Menyelesaikan masalah. Teacher On Line.

KOLABORASI PROFESIONAL
Lembaga Disiplin
Panitia Mata Pelajaran
Penilaian Sebaya
Pengubalan dan moderasi soalan-soalan peperiksaan
Menjalankan penyelidikan tindakan
Mengikuti latihan dalaman
Mengendalikan program latihan dalaman
Membuat kolaborasi dengan sekolah-sekolah lain
Membuat kolaborasi dengan guru-guru daripada negara lain melalui
internet dan e-mel.

Anda mungkin juga menyukai