Anda di halaman 1dari 3

Fatin Nur Athiqah binti Janudin (IIO170004 – 17186400/3)

Perbandingan di antara pembelajaran tidak segerak dengan pembelajaran segerak

Rujukan:
Hrastinski, Stefan. (2008). Asynchronous and synchronous e-learning. Educause Quarterly. 4.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), U. M., Pusat Pusat Penambahbaikan
Akademik dan Pembangunan Kepimpinan (ADeC), U., Malaya, Pusat Pengurusan dan
Penambahbaikan Kualiti (QMEC), U. M., & et al. (2020). Penyampaian Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Talian. In Garis panduan pengajaran dan pembelajaran dalam
talian semasa pandemiiki Covid-19. Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.
______________________________________________________________________________

Selepas melaksanakan sedikit pembacaan terhadap beberapa rujukan berkaitan


pembelajaran secara tidak segerak, saya mendapati bahawa pembelajaran segerak dan tidak
segerak mempunyai beberapa perbezaan yang telah saya senaraikan di bawah.

Antara perbezaan di antara pembelajaran segerak dan tidak segerak adalah dari aspek berikut:
• Masa pembelajaran
Pembelajaran segerak dilaksanakan secara serentak antara pengajar dan pelajar
dalam masa yang sama. Misalnya, masa pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam
Tingkatan 1 adalah pada jam 10 pagi hingga 11 pagi melalui aplikasi Google Meet. Oleh
itu, pengajar dan setiap pelajar perlulah menghadiri sesi pembelajaran tersebut pada masa
yang telah ditetapkan secara segerak, iaitu bersama-sama.
Adapun pembelajaran secara tidak segerak pula tidak dikhususkan pada jam-jam
tertentu. Sebagai contoh, pengajar memuat naik slaid dan beberapa video sebagai rujukan
kepada pelajar Pendidikan Islam Tingkatan 1 melalui aplikasi Google Classroom.
Kemudian, pelajar boleh mengakses bahan tersebut pada bila-bila masa mengikut
ketetapan pengajar.
Pada pendapat saya, pembelajaran secara segerak mempunyai kelebihan dari segi
masa pembelajaran berbanding pembelajaran tidak segerak. Walaupun masa yang
diperuntukkan bagi sesi pembelajaran segerak adalah lebih pendek, pelajar akan lebih
fokus untuk mengikuti pembelajaran tersebut, manakala masa yang panjang diberikan bagi
pelajar untuk membaca bahan yang telah disediakan melalui pembelajaran secara tidak
Fatin Nur Athiqah binti Janudin (IIO170004 – 17186400/3)

segerak akan mengakibatkan mereka untuk menangguhkan tugasan yang telah diberikan
oleh pelajar.
• Aktiviti yang boleh dilaksanakan
Memandangkan tempoh bagi pembelajaran segerak dan pembelajaran tidak segerak
adalah berbeza, jadi aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi kedua-dua jenis pembelajaran
ini juga berbeza. Pembelajaran segerak hanya membolehkan pengajar melaksanakan
beberapa aktiviti yang terhad sahaja kerana pengajar perlu mengejar masa yang telah
ditetapkan. Oleh itu, pengajar boleh melaksanakan beberapa aktiviti yang mudah
dilaksanakan seperti sesi soal-jawab, sesi penerangan dan sesi penilaian yang mudah
sahaja.
Berbeza dengan pembelajaran tidak segerak, di mana, pengajar boleh memuatkan
pelbagai aktiviti yang menarik bagi pelajar. Melalui pelaksanaan aktiviti yang pelbagai,
tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar juga dapat ditingkatkan. Antara aktiviti yang
boleh dilaksanakan adalah seperti tayangan video panjang, forum perbincangan, rumusan
artikel/ bahan bacaan lain, kuiz-kuiz menarik melalui Quizziz, WordWall, Kahoot dan
sebagainya lagi.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa pembelajaran secara tidak segerak pula
mempunyai kelebihan dari segi pelaksanaan pelbagai aktiviti yang tidak terhad. Adapun
pembelajaran segerak pula hanya dapat memuatkan beberapa aktiviti mudah sahaja atas
faktor kekangan masa yang singkat.
• Hasil Pembelajaran
Pembelajaran secara segerak dan pembelajaran secara tidak segerak kedua-duanya
mempunyai ciri dan cara pelaksanaan yang agak berbeza antara satu sama lain. Oleh itu,
output ataupun hasil yang diperolehi pelajar melalui kedua-dua jenis pembelajaran berikut
juga boleh jadi turut berbeza. Pembelajaran secara segerak memerlukan pelajar untuk terus
memproses apa yang disampaikan oleh pengajar memandangkan pembelajaran secara ini
berlaku secara serentak. Berkemungkinan besar, sebahagaian pelajar boleh mengikuti
dengan baik apa yang disampaikan oleh pengajar, namun sebahagaiannya lagi tidak.
Sebagai contoh, guru Matematik Tambahan menerangkan cara menjawab soalan berkaitan
fungsi. Kemudian, guru tersebut terus menerangkan ap aitu fungsi gubahan, sedangkan ada
Fatin Nur Athiqah binti Janudin (IIO170004 – 17186400/3)

dalam kalangan pelajar masih berada di ‘awang-awangan’ kerana sukar untuk memahami
apa yang disampaikan sebelumnya apatah lagi yang seterusnya.
Adapun pembelajaran secara tidak segerak pula dapat memberikan pelajar masa
yang lebih lama untuk memproses dan memahami apa yang disampaikan oleh pengajar.
Tambahan pula, pelajar juga boleh mengulang semula tayangan video sebagai rujukan
ataupun merujuk kepada mana-mana sumber yang lain bagi meningkatkan pengetahuan
dan kefahaman mereka berkaitan sesuatu tajuk.
Justeru, pembelajaran secara tidak segerak turut memberikan kelebihan dari segi
hasil pembelajaran berbanding pembelajaran secara segerak. Walaupun tidak dapat
dinafikan bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran boleh jadi
berbeza antara satu sama lain, namun, pembelajaran secara tidak segerak dilihat lebih
mampu untuk membantu pelajar yang mempunyai kesukaran untuk memahami sesuatu
pembelajaran dengan cepat.

Secara keseluruhannya, kedua-dua jenis pembelajaran segerak dan tidak segerak ini
sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh hal yang demikian, para
pengajar haruslah bijak dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut pembelajaran
segerak mahupun pembelajaran tidak segerak. Sehubungan itu, kewujudan kedua-dua jenis
pembelajaran ini seharusnya diguna pakai dengan bijak oleh para pengajar memandangkan kedua-
duanya sebenarnya boleh dilaksanakan mengikut keadaan yang berbeza, misalnya jika pengajar
perlu menghadapi mesyuarat, kursus ataupun hal-hal peribadi yang lain, maka pengajar boleh
menggunakan pembelajaran secara tidak segerak.

Anda mungkin juga menyukai