Anda di halaman 1dari 5

VARIASI RANSANGAN.

Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian
dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.

Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak
dipelbagaikan.

Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan
aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan
kaedah dan teknik mengajar.

PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN.

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya
mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian diantara
satu sama lain.

Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan
disampaikan dengan teknik yang berkesan.

Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu
langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan.

Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN.

Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru.

Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.

Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.

Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.

KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P
menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.

Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat
memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi.
Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya
melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya.

Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan
pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P.

Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan ABM yang sesuai dapat
merangsangkan P&P kanak-kanak.

Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran
guru.

KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.

Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.

Komponen perubahan pergerakan langkah guru.

Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan
supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.

Komponen perubahan pergerakan anggota guru.

Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan
penerangan dan penyampaian.

Komponen perubahan nada suara guru.

Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan
bahan pengajaran.

Komponen perubahan fokus deria pelajar.

Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM

Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.

Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.

Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.

Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

MAIN PERANAN

Konsep
- satu teknik mengajar dalam bilik darjahyang dilakukan oleh guru dan murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

- mengajarkan murid tentang lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan
sebarang skrip iaitu murid akan diberikan satu situasi atau keadaan dan murid akan melakonkannya secara
spontan dengan menggunakan skrip sendiri.
- menggambarkan keadaan yang berlainan misalnya, murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul,
kemudian melakonkannya mengiut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.

Tujuan
- membantu murid-murid memahami tingkah laku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara
menyelesaikan masalah dengan berkesan.

- meningkatkan lagi daya permikiran yang matang dikalangan murid-murid ketika hendak menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi.

- mengukuhkan kemahiranpertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat
menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal dan terancang.

- membantu mereka mengumpul serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, megembangkan sifat empati
terhadap orang lain, dan boleh menambahbaikkan kemahiran sosial mereka.

- membolehkan pelajar memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi
yang sebenar.

LANGKAH-LANGKAH MAIN PERANAN

CONTOH AKTIVITI
Contoh Pelajaran melalui Teknik Main Peranan
- Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan Moral
- Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup berkelompok.
- Watak-watak : Harimau, anak kerbau dan sekumpulan kerbau

SIMULASI

KONSEP
Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Sebagai metode
mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk
memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.
Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu
yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang
untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi
mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.

TUJUAN
Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang
dianalogikan dengan proses sibernetika. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana
gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan
menggunakan simulator.Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk:
(1) melatih keterampilan tertentu baik bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian
(2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip
(3) melatih memecahkan masalah
(4) meningkatkan keaktifan belajar
(5) memberikan motivasi belajar kepada murid
(6) melatih murid untuk mengadakan kerjasama dalam situasi kelompok
(7) menumbuhkan daya permikiran kreatif dan kritis di kalangan murid
(8) melatih murid untuk mengembangkan sikap toleransi.
LANGKAH-LANGKAH SIMULASI / TIRUAN

Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan,


pengeluaran dan motivasi.

Langkah-langkah proses peniruan Pengaplikasian dalam P&P


1. Pemerhatian (Attention)
- iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba
mengingat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Subjek harus memberi tumpuan kepada
tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan
tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain yang dimiliki.
Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal
sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social
Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran
boleh berlaku.

2. Penyimpanan (Retention),

- iaitu langkah-langkah perlakuan model akan


disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem
ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3. Pengeluaran, (Repr oduction) - iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan


dalam situasi yang sesuai. Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti
mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Sebagai
contoh, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran
motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan

4.3.4 PROSES-PROSES SIMULASI / TIRUAN

Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah :

Proses dalam
Teori Pembelajaran Tiruan Contoh-contoh Aktiviti
i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
-Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika mengajar
mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak
promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan
secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.

ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.


- Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak
adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas
semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu
perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan
tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.

iii) Proses tiruan melalui elisitasi


- Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.
Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul
keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk
meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.
6.0 IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapar meniru tingkah laku positif secara tidak lansung yang
ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam
situasi bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik.
Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan
yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara cirri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan,
cara berpakaian, ketepatan masa, personality dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan
yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata pelajaran.
Akhir sekali, implikasi yang dapat diterangkan ialah peniruan juga boleh dilakukan secara tidak lansung melalui
televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditoton dan tidak sesuai
ditonton oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai