Anda di halaman 1dari 9

Kemahiran

menerangkan merupakan suatu kemahiran memberi kefahaman kepada pelajar. Keupayaan menyampaikan secara logik dan jelas penting bagi seseorang guru . Kebimbangan guru ialah cara yang terbaik memberi kefahaman kepada pelajar.

Kemahiran

menerangkan selalunya digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerangkan, guru memberi penerangan tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran, misalnya:

i. Guru menerangkan pengertian najis serta memberikan beberapa contoh tentang najis ii. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan; contoh cara cara berwudhu dengan betul. iii.Guru menerangkan riwayat hidup dengan menggunakan gambar gambar. iv. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks. v. Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan papan tulis untuk menulis isi penting atau menggunakan slaid sebagai bahan bantu mengajar supaya pelajar boleh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka.

Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut: a) Perancangan untuk penerangan yang sesuai. b) Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu. c) Jangka masa menerang yang sesuai. d) Pemeringkatan atau penyusunan idea. e) Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan ayat) yang sesuai. f) Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui. g) Berkait rapat dengan objektif. h) Respons para pelajar.

i. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. ii. Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajarandengan jelas. iii. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah. iv. Menjelaskan sebab sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

a. Permulaan penerangan b. Ilustrasi c. Pemeringkatan ataupun penyusunan idea. d. Penutup atau kesimpulan.

I.

Pelajar pelajar dapat memahami konsep atau isi pelajaran

dengan lebih cepat, mudah dan tepat. II. Pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur

secara terperinci dan teratur.

III.

Pelajar pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap

aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. IV. Contoh contoh ilustrasi dan bahan mengajar bukan saja

dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. V. Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini boleh

digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran pelajar.

Kemahiran

menerangkan yang dipraktikkan di dalam pengajaran mikro adalah bertujuan supaya guru guru pelatih tidak kekok apabila berhadapan dengan situasi sebenar apabila berhadapan dengan murid. Untuk menjadikan pengalaman mengajar ini berkesan, guru pelatih haruslah bijak dalam menggunakan bahan bantu mengajar dan juga mempelbagaikan teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya penerangan yang dibuat akan mendapat maklum balas yang positif dari kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai