Anda di halaman 1dari 53

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-
bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama
dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius
kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan
mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi,
kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan
bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan
pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah


pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua
konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir
sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara
umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah
seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta
memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti
sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang
kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau
menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu
memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus
tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua
kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk
menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke
dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit
garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu
panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-
teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu
harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya
adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk
membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu
berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala
teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu
sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu
adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan
teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik
menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu,
kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau
Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan
yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik
syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,
penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar
pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa
demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran
untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.
Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi
tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini
adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai
prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam
belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah
bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi
pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,
perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada
kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap
pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru
manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.
Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah,
kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran
seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan


komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang
berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif
maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi
teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-
olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju
haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan
pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah


untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara
optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan
kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima
Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa
merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau
tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu
menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan
kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi
peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan
yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat
kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang
paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang
boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya,
merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya
dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat
yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi
memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk
menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah
kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan
tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita
menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan
lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai
segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan
strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan
pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang
pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika
pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi
permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir
dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan


berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan
cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan
deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah
syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan
dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua
kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang
sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai
kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun
kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam
pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik
sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi
pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah
pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah
interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa &
Pustaka, Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan


pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar.
Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan
pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara
logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Bagi seseorang yang baru mengorak langkah dalam arena pengajaran


malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta
teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran
sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana
konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan
tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi
guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Secara literalnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat


memberi makna yang secara keseluruhannya dapat memberi pengertian yang
berbeza antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Menurut Kamus Dewan,
strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan manakala pendekatan diberikan tafsiran cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti penyelesaian
masalah.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru


biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta
kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan
kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang,


strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang
digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah
kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan
kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar
patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan
deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh
kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan
kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang
lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah
strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika


kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan,
pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya,
dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru
terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada
pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua
kumpulan.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan


serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal,
kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah
dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti
menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih
penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun
kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang
paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat


mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar
kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk
membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana
proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah
pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat
pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu
dengan kaedah-kaedah lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru

i. Penerangan

ii. Demonstrasi

iii. Syarahan

iv. Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan

v. Pengajaran Mikro

vi. Bercerita

vii. Keseluruhan Kelas

Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid

i. Projek

ii. Inkuiri-penemuan

iii. Perbincangan

iv. Penyoalan
v. Penyelesaian Masalah

vi. Simulasi

vii. Main Peranan

viii. Sumbangsaran

ix. Kumpulan

x. Pembelajaran Melalui Pengalaman

Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan

i. Audio-visual

ii. Penggunaan Komputer

iii. Penggunaan Bahan Cetak

iv. Pengajaran-pembelajaran Kesepaduan

v. Modul

vi. Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan


pengajaran iaitu :

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

Pendekatan Elektif

Pendekatan Komunikatif

1.Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-


undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa .
Guru guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya
memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-
undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-
contoh penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang guru
mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut
sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

2.Pendekatan Induktif

Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa


daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran
dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur
bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang
bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat
tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan
menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan
contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid
supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

3.Pendekatan Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas


untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru
memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang
berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah
dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk
sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid
kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain
dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya guru boleh juga
memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang
yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian
memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid
untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu
digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir
sama.

4.Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi


.Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa
yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta kecekapan
berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan
seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang
kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang
sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan
dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan
sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan
ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti
berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka
menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran
ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa


jenis kaedah pengajaran . Di antaranya ialah :

kaedah Nahu Terjemahan/ tradisional

kaedah membaca

kaedah Terus

kaedah fonetik/linguistik

Kaedah Eklektif

Kaedah Audio-Lingual

Kaedah Nahu Terjemahan

1.KAEDAH NAHU

Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga


melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.

2. Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa


natif dan sebaliknya.

3. Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat


digunakan dalam penulisan.
4. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-
buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati
nilai kesusasteraan yang dibaca.

Teknik Mengajar

1. Pelajar pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru


memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan
kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.

2. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam


pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan
dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar-pelajar kemudianya disuruh
membuat ayat- ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata
itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari. Dalam pembelajaran
bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan
ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau
sebaliknya.

Sifat-sifatnya

1. Kaedah ini bersifat deduktif

2. Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.


Kaedah Bacaan Kaedah bacaan ini merupakan satu short cut untuk
penguasaan bahasa.

Tujuan

1. Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.

2. Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.

Teknik Mengajar

1. Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus
itu pelajar dapat membaca bersendirian.

2. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan


menggunakan pola-pola pertuturan yang mudah.

3. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami 3 teks
yang dibaca.
4. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang
membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan
pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.

5. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya


membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja,
katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak
diutamakan.

6. Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan,


pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari
dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata
simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini
diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.

2.KAEDAH MEMBACA

1. Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi


akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai
kesulitan membaca.

2. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk
kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak
dapat memahami apa yang dibaca .

3. Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku


teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain
ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat
memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

3.KAEDAH TERUS

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini


mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat
dalam perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan

1. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran


bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.

2. Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di


dalam masyarakat yang berkenaan.

Teknik Mengajar
1. Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus
dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan
dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur naratif dijadikan model
dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan
langsung.

2. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara


huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.

3. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak


diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya.
Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur
ayat.

4. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada


kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.

Sifat-sifat

1. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana


penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran
bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan
bertutur.

2. Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.

3. Terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul


diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini
merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa.

Kelemahan-kelemahan

1. Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak


dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-
struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah
kerana murid- murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa
ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

2. Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu
lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata
pelajaran lain juga perlu diajar.

3. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan


yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan
,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan
yang sistematik.
4.KAEDAH KOD KOGNITIF

J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan


pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu
terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan
sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan
bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah
dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa
ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya
Diller (1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai
andaian berikut terhadap bahasa :

Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-


peraturan.

Boleh digunakan untuk berfikir.

Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.

Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut


terhadap pembelajaran bahasa (khusus bahasa kedua):

Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan


leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.

Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti


pembelajaran ilmu pengetahuan .

Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa


daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi
yang bermakna.

Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif


yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan
berkembang secara automatik.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan


penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus
tatabahasa. Ayat ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-
unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran
bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur
tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan
struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid
tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan
struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan
dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan
transitif dan transitif lokatif.

Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur


tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan
peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran
bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga
adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-
konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi
gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran
kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam
pengajaran bahasa.

Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui


kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula
adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan
ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan.
Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa
daripada kecekapan berbahasa.

5.KAEDAH ORAL AURAL ( Dengartutur )

Kaedah oral-aural atau kaedah dengartutur ini menggunakan


dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula
dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistiK dan ia dilatih tubi
secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara
realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang
betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan
penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan
sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati
bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar digunakan
dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang
realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang
telah sisusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar
diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang
teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit
pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-
kata yang diberi itu ialah berdasarkan bukan sahaja frekuensi
tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan,
latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan
menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan
hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk


membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat
kemahiran bahasa , iaitu : mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi
keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas
untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga
membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui
pengalaman dalam bahasa.

6.KAEDAH KOMUNIKATIF

1. Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang


kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa
mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab
proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan
proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi
kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan
penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) .

2. Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih
berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian
ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak
menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu
pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian
masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain
supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

3. Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur


bahasa dalam teks dan wacana .

4. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih


amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu
memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang
dilatih tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa.

5. Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan


satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba
menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini
bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan
bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar
menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam
berbagai konteks. Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam
aktiviti

6. Pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam


melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang
dirancangkan ini memerlukan pelajar-pelajar memilih dan menggunakan
unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi
dalam kontkes social yang diberi.

7. Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang


pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks
pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi
melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam pra aktiviti.

Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan


kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara
kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara
abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Guru dapat
menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu
aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid
daripada guru. Murid yang diajar melalui kaedah ini berminat
untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan
kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung
semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di


dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia
bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai
dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai
teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana
guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih
aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang
akan digunakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang
boleh dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka.

1.TEKNIK BERSOAL JAWAB


Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang
paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru
memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia
adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan
di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk
mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea,
konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan
kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya
diri di kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas
sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri
daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil
fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar,
tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar
atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan
menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru
merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan
baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.

2.TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat
gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main
peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi
atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang
skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau
sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan
dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan
sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini
biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.

3. TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI

Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang
telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini
digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-
perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini
dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz
biasanya memerlukan empat langkah berikut :
1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta
Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.

2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang


kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak
teragak-agak untuk menyebutnya.

3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain


dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.

4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir


dalam proses menghafaz .

Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah


dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk
mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu
menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk
pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan,
membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.

Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga
mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan
kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu,
pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik
ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang
hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak
pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan
membosankan.

4. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan


bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi
rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah
mencadangkan beberapa langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a)
Kenal masalah Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan
mengesan masalah dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah
tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal
masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-
soalan yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal
masalah ini dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang bebas tanpa banyak sekatan .
5.TEKNIK BERCERITA

1. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk


membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

2. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan


tatabahasa dapat disampaikan.

3. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,


membaca dan menulis dikalangan pelajar.

4. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat


permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

5. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal


supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

6. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

7. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.

8. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

9. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

10. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid


sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

11. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

12. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain


BBM.

13. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang


berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

6.TEKNIK DRAMA

1. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang


berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
2. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

3. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk


menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.

4. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi


dan berkongsi sesuatu.

5. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah


satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

6. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran


kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan


mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih
pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).

2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan


pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan
pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama


dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu
perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum,
seminar, bengkel, bahas dan debat.

4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi


mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal.
Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda
malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan
mengeluarkan pendapat.

5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh


pelajar sendiri.

6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah


berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.

8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan


kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan
untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan
dicapai.

9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan


maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu
dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah
perkara yang betul.

11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada


setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis
mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

8.TEKNIK SUMBANGSARAN

1. Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)


yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap
ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

2. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat


sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang
lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.

3. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif


dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk


dibincangkan dalam sesi umum.
4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut


dan mencukupi

9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where?


How? )

10. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

11. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai


kebolehan

9.TEKNIK SIMULASI

1. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir


menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

2. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar


seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

3. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat,


cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi
peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

4. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan


dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis.

5. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber


motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

10.TEKNIK PERMAINAN BAHASA


1. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari
bahasa melalui teknik permainan.

2. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar


memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai
alat dianogstik.

3. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai


kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.

4. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan


kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

5. merangsang interaksi verbal pelajar

6. menambah kefasihan dan keyakinan

7. menyediakan konteks pembelajaran

8. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

9. bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?


KAEDAH

STRATEGI PENGAJARAN
PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

Pendekatan jalan yang diambil


Kaedah cara teratur, kemas & sistematik
Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik
menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai
teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK


PENGAJARAN?

PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58)

A way to
Means of reaching
A way of considering/dealing with
e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)

Proficiency or skill in the practical art/science


e.g. a teacher with a good voice but poor technique
A way of achieving ones purpose skillfully.
(Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY)

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru


2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

Guru memainkan peranan penting


Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk
mengingat/menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
Kaedah keseluruhan kelas.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan,
bercerita, keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

Murid memainkan peranan penting


Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi
pendapat,
objektif pencapaian murid diutamakan
perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat
kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur,
tolong-menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,
penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan
kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?


Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan
untuk mencapai objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan
pembelajaran
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran
diutamakan
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam
kemahiran, kefahaman dan berdikari.
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk
melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb.
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan
pelajaran
Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan,
kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen,
projektor, dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai,
mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang,
becerita, berlakon dsb.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
Integrasi beberapa kemahiran
Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus
Organisasi kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu
sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
Kemahiran utama diberi fokus
Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk
kukuhkan kemahiran utama
Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan
pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran
Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan &
pencapaian murid.
Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang
sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan
kemahiran yang berikutnya secara lojikal.
Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua
atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi
mata pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga
diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan
secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan
kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak
formal.
o Ciri-ciri penyerapan :
Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses
penggabungjalinan.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?

Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat


generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat
untuk membuat generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air
mempunyai insang untuk bernafas.
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk
mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang
sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu &
sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik
membawa kepada kesimpulan umum.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks


kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi
serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah
dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum,
peraturan
Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan
bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik?

o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur


o Gabungan pendekatan digunakan
o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?

Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema


perpaduan kaum
Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Tema yang sama dibincangkan oleh
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil
kumpulan
Membuat rumusan
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)?

Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap


Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
Faktor pencapaian murid:
o Kebolehan asas
o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
o Kebolehan memahami pengajaran
o Daya usaha pembelajaran berterusan
o Masa pembelajaran
Strategi pengajaran adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
Pilih kaedah & teknik yng berkesan
Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian
sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan
pelajaran.
Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti
pengayaan.

2.1 Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

2.1.1 Pendekatan :

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada
objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur
aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).

Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang


dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan
kepada prinsip atau teori pembelajaran;

- konkrit ke abstrak

- mudah ke kompleks

- keseluruhan ke sebahagian

- umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah


yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan
psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru
mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan
berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

2.1.2 Kaedah

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan berkesan

Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran
khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional

Ia meliputi

- Tugasan membaca buku teks

- Kuliah

- Mengucap dengan kuat

- Tumpuan kepada perbendaharaan

- Laporan secara lisan oleh murid

- Mengkaji semula(riview)

- Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :

P1- Kenal pasti masalah

P2- Rancang penyelesaian

P3- Kumpul maklumat

P4- Buat tafsiran


P5- Buat kesimpulan

3. Kaedah kumpulan

- perbincangan kumpulan

- kuliah perbincangan

- kerja jawatankuasa

- main peranan

- Sesi Buzz

- Sumbangsaran

- Wawancara

- Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah

Ia meliputi

- Projek

- Tinjauan

- Penyelidikan atau penjelajahan

- Tunjukcara atau demonstrasi

- Kelab kesihatan

- Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah
dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar
menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut.

1. Menganalisis dan memahami masalah

2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.

4. Membentuk jawapan yang mungkin.


5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.

6. Pilih penyelesaian yang sesuai.

7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan

1.Menggalakkan interaksi antara pelajar

2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi

3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan

1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru

2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang
lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat
menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di
antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka
pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta
berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi
untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat
persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran
kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan,
eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara
satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan

2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli
kumpulan bergantung secara positif.

3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan
bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli
berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah
atau tugasan yang diberikan.

5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi
galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan
kumpulan berfungsi dengan efektif.

6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian
matlamat.

2.1.3 Teknik

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah,
perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-
lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan
kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;

- Umur

- Kebolehan

- Kecerdasan

- Minat

Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan
cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan
seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan
seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika
sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau
rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan
komputer.

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu
situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh
mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan
sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara
berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan
lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh
memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.
Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara
melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain
memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara
sistematik, teratur, kemas dan berkesan.

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat
kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model
hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara
menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia


juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat
menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk
membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran
harus dipatuhi iaitu

1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.

2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

1. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan


perjalanan aktiviti berjalan lancar.

2. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

3. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.

4. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul.
Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam
permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul
dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan
berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki,
kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

2.1.4 Strategi

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik


untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ;

- Kebijaksanaan memilih pendekatan

- Kecekapan merancang kaedah dan teknik

- Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian


maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat
mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai
situasi rangsangan.

Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di
guna pakai sebagai panduan :

Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran

yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.

Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor.

Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan


kebolehan dan kemahiran intelek.

Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu

Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam

bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut;

- Kemahiran yang khusus

- Boleh diukur

- Boleh dicapai

- Munasabah

- Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu
sesi pengajaran.

Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.


Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.

Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian
sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.

Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu
ada kesinambungan atau berhubung kait.

Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi
murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;

P1- Penerangan (semasa, maklum balas)

P2- Praktik (pengelolaan)

P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)

P4- Permainan atau pertandingan

P5- Penyeliaan atau pembetulan

Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.

Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat
oleh murid-murid.

Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan
perhatian.

Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran


pembelajaran.

Kaedah, Teknik, Pendekatan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Oleh: Ahmad Sidi
18.03.2010

Di antara 4 elemen pengajaran dan pembelajaran seperti tajuk di atas,


kita masih keliru akan makna serta kedudukan keutamaannya. Kurang
memahami menyebabkan kita menjadi lebih keliru apabila ditanya akan maksud dan bila kita
hendak menjalankannya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun
keempat-empat elemen pengajaran dan pembelajaran tersebut, sebenarnya ada dilakukan
semasa kita merancang dan melaksanakan pengajaran secara sedar atau tidak sedar.

Oleh sebab itu artikel ini akan cuba mengetengahkan maksud untuk menambah pengetahuan
juga untuk dikongsi kefahaman tentangnya. Kita mulakan dengan kaedah pengajaran. Kaedah
pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan
yang tertentu untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain.

Menurut Mok Soon Seng (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa
pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah


peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur.

Beberapa kaedah yang penting;


1. Menyoal
2. kuliah/syarahan
3. perbincangan
4. sumbang saran
5. perbahasan
6. demonstrasi
7. projek
8. kes
9. penyelesaian masalah
10. permainan
11. simulasi

Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara


khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak
dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka
kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik
darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.

Dengan kata lain teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Jadi, teknik akan merealisasikan kaedah yang kita pilih
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang guru
mengajar Bahasa Melayu menggunakan kaedah tutorial/kuliah.

Apakah teknik yang digunakan? Mungkin guru tersebut akan menggunakan teknik soal jawab
atau teknik bercerita menggunakan media Power Point.

Contoh teknik biasa yang digunakan;


1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog

Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan
sedang dilaksanakan.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan
wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian
yang lebih utama. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.

Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.
Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik.

Contoh pendekatan yang biasa digunakan;


1. Konseptual
2. Kontekstual
3. Masteri
4. Kajian masa depan
5. Konstruktivisme
6. Belajar cara belajar
7. kecerdasan pelbagai
8. Akses kendiri
9. Kemahiran berfikir
10. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
Apa pula strategi pengajaran dan pembelajaran?

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya


menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan
kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan


dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan
tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat
keputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey, 1996).

Guru akan memikirkan keseluruhan proses pengajaran beliau. Strategi mengajar mewakili
satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan selalunya mengandungi beberapa
kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran. Dengan bahasa yang lebih
mudah, strategi ialah perancangan guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan
menggunakan pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran.

Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran


menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang konduksif ke araha
mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu kriteria guru yang
berkesan ialah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk
disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar.

Rujukan:

(2007). Modul Pengenalan Pendidikan Seni visual. Kuala Lumpur: Open


University malaysia.

(2008). Modul Prinsi Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open University malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala


Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran


mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


1.1 STRATEGI
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang
teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan
yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk
mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi
merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang
diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu
aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi
merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk
mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.
Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan
teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh
hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa
menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran,
isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di
dalam bilik darjah.
Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan
lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah
serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif
pelajaran dengan berkesan.
Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran
merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan
objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang
ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti
pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum,
penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik
mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,
menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian
yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada
beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya
pertuturan, membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga
boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi
penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.
Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.2 PENDEKATAN
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran
seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan
merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan
sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara
mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.
Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian
yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara
sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria
sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut
Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan
pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk
pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau
falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set
andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik.
Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari
sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari
elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran,
maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

1.2.1 PENDEKATAN DEDUKTIF


Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada
sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah
dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus,
prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.
Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai
contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk
mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan
bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid
menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid
akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti
pengukuhan murid-murid menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan
contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan
kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek,
minat, kecekapan, dan daya cipta.

1.2.2 PENDEKATAN INDUKTIF


Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan
memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu
mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh
yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah
seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan
melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid
akan membuat satu kesimpulan serta membuat generalisasi mengenai konsep yang
diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam
mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru
supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.
Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang
bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat
perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com
(1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru
memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji
serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa,
Sains dan Matematik

1.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF


Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada
istilah bahasa Inggeris elective bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan
pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus,
prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai
strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru
boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti
pengayaan).
Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk
murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan
secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau
memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana
ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru
akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan
(induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan
mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Kebiasaannya, pendekatan ini
banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.

1.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF


Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan
kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa
yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang
pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid
tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang
tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur
(1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan
ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi
bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan
pengajaran ini lebih bepusatkan murid

[NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg 2


1.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

1.3 KAEDAH
Kaedah adalah cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi
kandungan, dan bahan bantuan mengajar oleh guru supaya objektif sesuatu
pelajaran itu tercapai. Kaedah merupakan satu siri perlakuan aktiviti yang
berturutan dan berkait antara satu sama lain dan dilaksanakan oleh guru untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh kaedah
pengajaran yang boleh dikendalikan oleh guru ialah kedah dapatan, projek,
inkuiri, natural, nahu terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz dan
sebagainya.

Mengikut Edward M. Anthony(1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar


keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah
yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan
kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori
pembelajaran.

1.3.1 KAEDAH ORAL-AURAL (DENGAR-TUTUR)

Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin(1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural


atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan diolag untuk dihafaz dan diikuti
secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik
dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara
realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang
menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita
rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya buka penutur
jati bahasa yang diajar itu.

Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk


dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang
lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah
disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara
induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi
sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna.
Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga
kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula
kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan
yang telah diperlajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas
dibenarkan.

Berdasarkan www.potralpendidikan.com, terdapat juga objektif pengajaran dalam


kaedah oral-aural ini. Kaedah ini membolehkan pelajar memperkembangkan
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Dalam hal ini, mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-
kemahiran ini kemudiannya dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan
tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing
melalui pengalaman dalam bahasa.

1.3.2 KAEDAH BAHASA KOMUNITI

Merujuk kepada laman web www.potralpendidikan.com, kaedah komuniti ini, guru


bertindak sebagai kaunselor bahasa, cuba memahami pelajar melalui caunsellor
emphities. Kamarudin Hj. Husin(1990) pula menyatakan dalam pembelajaran
bahasa ia adalah dianggap sebagai social prosess. Pengajaran pembelajaran
bahasa merupakan satu kesinambungan yang bermula pada peringkat
penglahiran, peringkat pelajar boleh berdikari, peringkat pelajar boleh ditegur
dan dikritik dan peringkat terakhir pelajar menguasai gaya, linguistik mampu
berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan bahasa gramatis.

Guru-guru biasanya digalakkan menggunakan kaedah bahasa komuniti dalam


pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Jean Piaget (1961), beliau
mencandangkan guru boleh menyediakan dan melakukan aktiviti mengikut
kaedah bahasa komuniti. Aktiviti boleh dilakukan seperti perbincangan kumpulan
kecil untuk menyediakan bahan perbualan atau cerita atau mengadaptasikan
bahan sedia ada. Aktiviti seperti berdialog, bercerita atau berlakon ini dirakam
dan hasil rakaman tersebut didengar semula melalui pita rakaman atau VCR.
Guru memberi peluang kepada murid untuk melakukan perbualan bebas dalam
masa 3 hingga 5 minit tentang pengalaman pembelajaran yang telah dilalui.
Pada akhir aktiviti pembelajaran, guru dan murid dapat membuat rumusan dan
memberi aktiviti pengukuhan kepada murid.
1.3.3 KAEDAH KOD KOGNITIF

J. B. Carroll(1998) berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan


dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky(2005)
berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang
ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk
abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang kanak-kanak telah
dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam
jangka mas yang singkat.

Pada umumnya Diller (1971) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai


andaian terhadap bahasa iaitu kaedah ini merupakan satu tingkah laku yang
ditetapkan dengan peraturan-peraturan. Selain itu, kaedah ini boleh digunakan
untuk berfikir dan mempunyai peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi
psikologi. Melalui kaedah ini, manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu, kaedah ini pula mempunyai andaian terhadap pembelajaran


bahasa iaitu khusus bahasa kedua. Salah satu andaian ialah kaedah ini
merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu
bahasa secara sedar. Selain itu, kaedah ini dapat dilaksanakan melalui
pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan. Dalam
pengajaran, guru lebih mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap
struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi
yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada tafar
kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan
berkembang secara automatik.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi


murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat-ayat pecahan digunakan
dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam
pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa
sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan
untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar.
Contohnya, membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan
akhiran kan dan i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif
dan tak transitif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa
yang diajar baharulah mereka diberi latihan pengukuhan.
Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru
tentang konsep konsep yang diajar.

Kesimpulannya, kaedah ini memberi gambaran bahawa kaedah ini


mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa
dalam pengajaran bahasa. Ciri-ciri ini adalah sama dengan ciri pengajaran
bahasa malalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula
adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan
bukan ayat-ayat dalam konteks penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih
mengutamakan kecekapan bahasa berbanding kecekapan berbahasa

1.3.4 KAEDAH LINGUISTIK

Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengadungi teori-teori
dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajarinya. Teori-teori dan teknik
menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatian-
pemerhatian mereka terhadap bahasa. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd.
Dain(1970), mengatakan ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains
mengenai bahasa yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam
pengkajian sains-sains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji,
disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang tertentu.

Ferdinand de Saussure (1913) adalah orang yang pertama menekankan bahawa


linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang-pukang susunannya tetapi
merupakan unit-unit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan
hubungan unit-unit itu sendiri.

Melalui kaedah ini, guru memulakan pengajaran dengan mengajar pelajar


menbunyikan perkataan. Samsuri (1972) menyatakan bunyi-bunyi bahasa itu
dipindah melalui udara, mengatur jumlah tenaga gelumbang menurut gejala-
gejala serta bagaimana sifat-sifat itu berubah dalam proses penghasilannya
kepada aspek yang lebih kompleks. Walaupun penghuraian linguistik mengenai
bahasa yang sama tidak serupa, namun, ahli bahasa tetep merupakan orang
yang berkebolehan untuk menuliskan tatabahasanya dan selok-belok bunyi
bahasa.

Kebiasaannya, latih tubi ini berkait dengan rangkai kata dan perkataan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, untuk menggunakan kaedah ini, guru bermula
dengan aspek mudah Arbak Othman (1983) mengatakan salah satu daripada
kegunaan ilmu linguistik ialah terutamanya dari segi faedah yang diperolehi oleh
seorang guru yang mengajar dengan mempelajari ilmu linguistik itu.

Walaupun kadang-kala ilmu linguistik sebagai satu sains tidak mempunyai


banyak sumbangan dalam pengajaran bahasa tetepi sumbangan linguistik yang
paling bererti ialah bagi menambah pengetahuan seseorang yang cuba
memahami sifat-sifat bahasa. Apabila kaedah ini diterapkan dalam aktiviti kelas,
murid-murid dapat menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Mereka
dapat belajar membunyikan perkataan-perkataan apabila guru menggunakan
kaedah linguistik ini.

Ilmu linguistik ini penting dari segi isi yang harus diajar, manakala psikologi penting dari
segi penguasaan isi yang yang disampaikan dengan cara-cara tertentu dalam sesuatu
pengajaran.

1.3.5 KAEDAH NAHU TERJEMAHAN

Berdasarkan kaedah nahu terjemahan, pelajar-pelajar boleh memahami nahu


sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang
betul. Di samping itu, pelajar-pelajar dapat menterjemahkan bahasa asing ke
bahasa natif dan sebaliknya. Perkembangan kaedah ini bermula sejak tahun
1960-an apabila ahli linguistik iaitu Laurent Metzger (Kamarudin Hj. Husin, 2004)
mula mengkaji bahawa bahasa itu adalah satu sistem dan bukan semata-mata
perkataan.

Apabila guru mempratikkan kaedah ini kepada murid-murid, guru dapat


melengkapkan pelajar dengan perebendaharaan kata yang luas yang dapat
digunakan dalam penulisan atau penggunaan bahasa dalam peperiksaan. Selain
itu, jika guru menggunakan kaedah ini, guru dapat membentuk pelajar-pelajar
membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa
ibuanda dan membolehkan pelajar menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
Dalam teknik ini, terdapat beberapa teknik pengajaran yang disarankan. Salah
satu teknik yang diperkenalakan ialah pelajar-pelajar diperkenalkan kepada
undang-undang nahu terdahulu. Selepas itu, guru akan memberi penerangan
kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh
kepada mereka. Selain itu, pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata
yang perlu dihafal.

Dalam pembelajaran bahsa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan


dengan makna dalam bahasa pertama. Selepas itu, pelajar disuruh membuat
ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan
undang-undang yang telah dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua,
pelajar-pelajar dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa
kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Mengikut Mok Soon Sang(2004), beliau mengatakan kaedah ini dirancang dengan
tujuan memberi kemahiran menulis, dan bukannya kemahiran bertutur. Dalam
erti kata yang lain, kaedah ini tidak mementingkan sebutan. Penggunaan bahasa
secara aktif tidak berlaku sewaktu pengajaran bahasa menggunakan kaedah ini.
Terdapat beberapa tujuan kaedah ini dijalankan iaitu pelajar dilatih untuk
mengkaji dan menghuraikan bahasa. Unsur-unsur bahasa yang dikaji dalam
sesuatu pengajaran bahasa merupakan ayat-ayat yang terpisah daripada konteks
penggunaan. Selain itu, pelajar juga diajar tentang unsur-unsur kekecualian
dalam sesuatu bahasa supaya mereka tidak membuat kesalahan tentang unsur-
unsur tersebut.

1.3.6 KAEDAH NATURAL

Kamarudin Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural


merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa
dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat.

Berdasarkan pandangan Mok Soon Sang(2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk


Pengajaran dan Pembelajaran, beliau menyatakan dalam kaedah ini, terdapat
beberapa aspek yang harus dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan
pengajaran, kaedah natural bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid
tentang apa yang ada di sekitar mereka atau daripada gambar mudah. Selain itu,
pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara bebas seperti berbual dengan
rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya.

Pada peringkat early productions, pelajar bertindak balas terhadap soalan


pendek, perbualan, memenuhkan tempat kosong, menerangkan grafik mudah
seperti peta perjalanan, jadual dan sebagainya. Dalam kelas, guru akan memberi
input dan memberi klu supaya pelajar dapat mentafsir input dan guru harus
menjadikan suasana kelas konduktif untuk pengajaran.

Dalam pembelajaran mengikut kaedah ini, guru akan memberi tumpuan terhadap
aktiviti iaitu extra linguistics contexs bermaksud aplikasi kepada kehidupan
seharian pelajar. Selain daripada itu, BSPP yang sesuai dalam kaedah ini ialah
realia, gambar-gambar, RCR, pita rakaman, komputer dan perisian dan bahan
grafik.

Razali Arof (1971) menyatakan mengikut proses pengajaran , pembelajaran


dimula dengan total fizikal respons iaitu gerakan unsur-unsur non-linguistik
berpandukan arahan guru manakala pelajar-pelajar akan mengikuti arahan guru.
Dalam pengajaran, guru akan menyediakan bahan audio visual dan pelajar
bertutur berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Berdasarkan kaedah ini,
aktiviti ini boleh dijalankan mengikut berpasangan atau berkumpulan. Melalui
aktiviti ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar dan bertutur murid serta
dapat membuat rumusan pada akhir pengajaran.

1.3.7 KAEDAH TERUS

Michel West dan Harald Palmaer (1920-1935) ialah orang yang


bertanggungjawab memperkenalkan kaedah ini kepada umum. Kaedah ini mirip
kepada kaedah tentera yang ditolak oleh Michael Fries, Profesor Linguistik dari
Universiti Michigan yang diperkenalkan satu lagi kaedah, iaitu kaedah Audio-
Lingual.

Laman web www.potralpendidikan.com menyatakan kaedah ini dikenali sebagai


kaedah tentera kerana digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat
dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah ini diperkenalkan adalah
kerana membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Selain itu, tujuan kaedah terus ini diperkenalkan adalah
kerana pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
masyarakat yang berkenaan.

Kaedah ini terus memberi keutamaan kepada pengajaran yang berdasarkan


psikologi kanak-kanak. Kaedah ini mempunyai objektif untuk membolehkan
kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara lebih efektif
dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
masyarakat berkenaan. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan untuk mempelajari
bahasa pertama dan bahasa kedua kerana sifatnya sama dengan cara pelajar
menguasai bahasa ibunda atau bahasa natif mereka.

Kaedah ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana
kaedah ini dapat menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan
dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah ini usaha
yang lebih adalah dituntut bagi melaksanakannya dan guru perlu berkemampuan
dan mahir untuk menggunakan pelbagai cara atau teknik untuk menyatakan
makna perkataan dan frasa dengan jelas.

Pelajaran bahasa menghubungkan pelajar-pelajar terus dengan bahasa yang


hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu.
Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-
pelajar tetapi terjemahan tidak digunakan langsung dalam pembelajaran. Dalam
pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak
difahami, guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian,
lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain.
Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang
hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat
menguasainya dan undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan
struktur ayat.

Selain itu, bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan
yang dibuat. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana
penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa
pertama/ ibuanda / natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan betutur
serta pelajar-pelajar akan dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.
Dalam pembelajaran, terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh itu, sebutan
yang betul diutamakan, dan kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi, kaedah ini
merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.

Anda mungkin juga menyukai