Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN


TUGASAN KERJA KURSUS
Tahun Akademik: 2/2019

Program: Ijazah Sarjana Muda Perguruan Nama Pelajar:


dengan Kepujian
Kod: FTGK3013 Semester 2 Tahun 4
Nama Kursus: Fotografi Kumpulan: Matematik, Rekabentuk dan
Teknologi, Sejarah,TESL
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Tugasan 1:
04 Mac 2019 24 Mac 2019
Penghasilan Karya (60%)
Tugasan 2:
04 Mac 2019 24 Mac 2019
Portfolio (Teknik Fotografi) (20%)
Tugasan 3:
17 Mac 2019 03 April 2019
Portfolio (Laporan Kerja Kursus) (10%)
Tugasan 4:
17 Mac 2019 03 April 2019
Penulisan Apresiasi (10%)

1. HASIL PEMBELAJARAN:-
1. Menggunakan peralatan dan teknik fotografi dalam aktiviti fotografi di dalam dan di luar
studio.
2. Menghasilkan karya fotografi dan pengimejan digital melalui penggunaan perisian
manipulasi semasa.
3. Melaksanakan aktiviti apresiasi seni fotografi dan pengimejan dengan berpandukan nilai
murni dan estetika.
4. Mengaplikasikan ciri-ciri keusahawanan dalam pameran produk fotografi dan pengimejan
digital yang telah dihasilkan.
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 hingga 4.

2. OBJEKTIF KERJA KURSUS:-


Bagi melaksanakan tugasan ini, guru pelatih diminta melaksanakan tugas-tugas berikut:-
1. Merancang dan merakam penggambaran foto digital yang merangkumi konsep-konsep
fotografi berikut; wide angle, B-Stop, Depth of Field, makro, landscape, close-up, panning
dan potret. Setiap foto hendaklah mempunyai ciri-ciri nilai murni dan estetika yang tinggi.
Setiap foto hendaklah dituliskan spesifikasi teknikalnya yang lengkap dan sesuai untuk
pameran dan komersial.
2. Merancang dan menghasilkan satu portfolio bercetak yang membincangkan komposisi
fotografi seperti rule of thirds yang mengintegrasikan nilai-nilai murni dan estetika.
3. Menghasilkan satu laporan kerja kursus berbentuk portfolio bercetak berkenaan dengan
bagaimana anda melengkapkan dan menyiapkan kerja kursus.
4. Menulis satu esei mengapresiasi satu foto pilhan anda. Apresiasi anda hendaklah
merangkumi perbincangan tentang teknik-teknik fotografi, informasi yang hendak
disampaikan, aspek nilai-nilai murni dan estetika yang ada dalam foto tersebut.

1
3. TUGASAN KERJA KURSUS (100 MARKAH)
3.1. Penghasilan Karya (60 markah)
Menguasai kemahiran asas fotografi adalah penting sebagai sokongan kepada kemahiran
mengajar. Foto yang dirakam dengan menggunakan kemahiran fotografi akan memantapkan
lagi penyampaian maklumat kepada pelajar ketahap optimum.
ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN
1. Merancang, merakam penggambaran dan mencetak 5 keping foto digital berasakan
objek yang merangkumi konsep-konsep fotografi berikut; pencahayaan, Depth of Field,
keseimbangan. Setiap foto hendaklah mempunyai ciri-ciri nilai murni dan estetika yang
tinggi. Setiap foto juga hendaklah dituliskan spesifikasi teknikalnya yang lengkap untuk
tujuan pameran dan komersial.
2. Penghasilan karya adalah tugasan individu.
3. Kualiti foto dinilai berdasarkan kepada keaslian idea, kreativiti, teknikaliti perakaman dan
informasi yang boleh disampaikan oleh foto berkenaan.
3.2. Menghasilkan Portfolio Teknik Fotografi (20 markah)
Semasa proses pembelajaran fotografi, seseorang jurufoto secara langsung akan bertemu
dengan pelbagai teknik rakaman foto. Membina portfolio teknik fotografi adalah salah satu
cara terbaik untuk menyimpan dan merujuk info tentang proses-proses dalam teknik fotografi
tersebut.
ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN
1. Merancang dan menghasilkan satu portfolio bercetak yang membincangkan teknik-
teknik fotografi yang terdapat dalam tiga(3) foto yang anda hasilkan pada seperti
tugasan 3.1 di atas dalam perkara seperti berikut:-
1.1. ISO
1.2. Kelajuan shutter
1.3. Aperture
1.4. Jarak fokus
1.5. Jenis lensa
Bahan-bahan portfolio hendaklah difailkan ke dalam satu folder.
2. Penghasilan portfolio adalah tugasan individu.
3. Kualiti portfolio dinilai berdasarkan kekemasan susunan kandungan teknik-teknik
fotografi, kreativiti, catatan dan kritikan berdasarkan kefahaman teori dan praktis fotografi.
3.3. Menghasilkan Portfolio Laporan Kerja Kursus (10 markah)
Dalam proses menyiapkan tugasan fotografi, anda akan melalui pelbagai proses sama ada
dalam bentuk kefahaman teori dan juga praktis. Kesemua langkah harus dipatuhi untuk
mendapatkan hasil yang optimum. Untuk memudahkan sistem perekodan, dan rujukan
pembinaan portfolio berbentuk laporan adalah salah satu cara terbaik.
ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN
1. Menghasilkan satu laporan kerja kursus berbentuk portfolio yang mengandungi
maklumat-maklumat berikut:-
1.1. Bahan-bahan pembelajaran
1.2. Amali yang dilaksanakan
1.3. 5 keping foto yang tercetak (Nota: Boleh cetak semula dari Tugasan 1)
1.4. Aplikasi yang digunakan (Senarai aplikasi mengedit foto yang diketahui)
2. Penghasilan portfolio adalah tugasan individu.
3. Kualiti portfolio dinilai berdasarkan kekemasan susunan kandungan teknik-teknik
fotografi, kreativiti, catatan dan kritikan berdasarkan kefahaman teori dan praktis.

2
3.4. Penulisan Apresiasi (10 markah)
Ungkapan “Sekeping foto menggambarkan seribu makna” adalah satu simpulan bahasa
masyarakat British. Setiap orang mempunyai tafsiran berbeza tentang sesuatu lukisan atau
foto berdasarkan kefahaman seni, teknik dan lain-lain yang berkaitan.
ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN
1. Menulis satu esei mengapresiasi satu foto pilhan anda. Apresiasi anda hendaklah
merangkumi perbincangan tentang teknik-teknik fotografi, informasi yang hendak
disampaikan, aspek nilai-nilai murni dan estetika yang ada dalam foto tersebut.
2. Tugasan adalah tugasan individu.
3. Tugasan harus menunjukkan keupayaan pemikiran kritikal, kefahaman konsep dan teknik
fotografi. kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan penulisan hendaklah menunjukkan keaslian dengan di
sokong oleh teori dan praktis fotografi.
5. Panjang esei anda tidak melebihi 700 patah perkataan (lebih kurang 1½ muka surat tidak
termasuk satu salinan foto berwarna foto yang dirujuk).
6. Format penulisan adalah seperti berikut:
6.1. Jarak antara baris: 1½, font: Arial, saiz font: 11, saiz kertas: A4, margin: 1 inci setiap
tepi.
6.2. Menyertakan satu salinan foto berwarna foto yang dirujuk. Maklumat teknikal
tentang foto, tajuk dan penciptanya hendaklah ditulis dengan jelas dibahagian
belakang foto.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Nama: ZUNAIDI BIN YUSOH) (Nama: Hj. MOHAMMAD YUSOFF BIN


Pensyarah/Penyelaras Kursus AHMAD)
Jabatan Teknologi Pendidikan, Pakar Bidang (SME)/Penyelaras Kursus/
IPGK Sultan Mizan, Pensyarah Kanan
Terengganu Darul Iman. Jabatan Teknologi Pendidikan,
IPGK Sultan Mizan,
Terengganu Darul Iman.

Disahkan oleh:-

(Nama: HJ. MAT ZIN BIN MAT. NAWI)


Ketua Jabatan,
Jabatan Teknologi Pendidikan,
IPGK Sultan Mizan,
Terengganu Darul Iman.