Anda di halaman 1dari 21

PENGARUH ISLAM

DI ALAM MELAYU
HAFIZ
AFFNAN
TAJUDDIN
PENDAHULUAN
■ Alam Melayu juga disebut sebagai Kepulauan Melayu atau
"Malay Archipelago" adalah merujuk kepada wilayah yang
dikenali sebagai Nusantara.

■ Merangkumi daerah-daerah atau kepulauan Semenanjung


Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Taiwan
hingga ke Madagascar.

■ Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai


Semenanjung Emas atau "Golden Khersonese" kerana
tarafnya sebagai jajahan kerajaan besar Funan ketika itu.
■ Kepulauan Melayu terkenal kerana kedudukan yang
strategik dari sudut geografi iaitu sebagai pengawal
lalulintas antara Barat dan Timur khususnya di antara
India dan China.

■ Dari sudut keilmuan Kepulauan Melayu turut menjadi


terkenal sebagai tempat pertapakan falsafah aliran
pemikiran pelbagai agama.

■ Alam Melayu juga dipanggil sebagai "mutiara timur"


kerana muka buminya yang subur dengan pelbagai flora
dan fauna.
ALAM MELAYU SEBELUM
KEDATANGAN ISLAM

Kepercayaan Animisme

 Kepercayaan yang mempercayai adanya kuasa roh.

 Mereka percaya bahawa roh wujud dalam setiap benda

hidup.
Kepercayaan Hindu-Buddha

 Banyak dianuti oleh golongan atasan terutama sekali


golongan raja.

 Pemujaan 'dewaraja" di mana raja dianggap sebagai


penitisan Dewa Siva atau Visnu dan sekaligus penitisan
dewa Buddha Mahayana.
Keadaan Sosial

 Dibahagikan kepada dua kelas/kasta:


i) kelas pemerintah (raja dan golongan bangsawan)
ii) kelas yang diperintah (rakyat dan hamba)

 Wujud diskriminasi dalam undang-undang jenayah mahupun


awam:
i) Warna kuning khusus untuk golongan raja sahaja
Ekonomi

 Kegiatan ekonomi sara hidup.

 Memperolehi sumber ekonomi dari kegiatan harian seperti


bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil
hutan.

 Masyarakat Melayu bergantung sepenuhnya kepada sumber


alam.
Politik

 Konsep ‘Dewaraja’

 Raja dianggap suci dan mulia kerana berasal dari


keturunan dewa Siva atau Visnu atau dewa Buddha
Mahayana.

 Raja perlu ditaati tetapi juga perlu disembah.

 Raja adalah berdaulat dan tidak boleh ditentang atau


durhaka.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE
ALAM MELAYU
Teori Islam dari India

 Pengkaji-pengkaji Barat seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B.


Harisson, Thomas Arnold, Morguette dan R.O. Winstedt sepakat
menyatakan Islam di Nusantara datang dari India menerusi
aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat dari daerah
(Gujerat, Cambay, Benggal atau Malabar).

 Contohnya: Winstedt menyatakan Islam datang dari Gujerat,


alasannya ialah batu nisan yang ditemui di Beruas, Perak
mempunyai persamaan dengan batu nisan di Gujerat.
Teori Islam dari China

■ S.Q. Fatimi dalam bukunya ‘Islam Comes to Malaysia’


menyatakan bahawa sekitar tahun 876M berlakunya
perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton ke Asia
Tenggara.

■ Perpindahan ini berlaku akibat tercetusnya pemberontakan


yang mengorbankan seramai 100,000 hingga 150,000 Orang
asing yang sebahagian besarnya adalah orang Arab (Islam).

■ Mereka telah melarikan diri dan mencari penempatan baru


yang lebih selamat di Asia Tenggara.
■ Menurut Syed Naquib al-Attas, tumpuan mereka adalah ke
Kedah dan Palembang.

■ Selain daripada Kedah dan Palembang sebahagian mereka


menetap di Champa, Brunei, persisir pantai timur Tanah
Melayu (Pattani, Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Jawa
timur.

■ Mereka telah menyebarkan agama Islam kepada penduduk


tempatan yang pada masa itu beragama Hindu-Buddha.
■ Bukti awal yang mengaitkan Islam datang dari China atau
Champa ialah penemuan batu nisan seorang wali Allah
keturunan Arab di Pekan, Pahang pada 1028M.

■ Penemuan batu nisan yang berunsur keislaman di Leran


berdekatan dengan Surabaya di Jawa Timur yang bertarikh
1082M.
Teori Islam dari Arab

■ Tokoh yang menyokong: John Crawford dan Cesar Ajib


Majul.

■ Mereka mengatakan pengaruh yang paling kuat dalam


perkembangan Islam di Nusantara ialah datang dari orang-
orang Arab sendiri berdasarkan fakta bahawa pedagang-
pedagang Arab sudah lama menguasai jaIan perdagangan
laut dan darat dari Barat ke Timur seawal tahun 300M lagi.

■ Mendapat sokongan kuat sarjana tempatan seperti Prof.


Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof. Dr. Hamka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat;

■ Hasil kesusasteraan keagamaan merujuk kepada tulisan jawi.

■ Nama para mubaligh adalah nama orang Arab/Parsi.

■ Cara bacaan dan sebutan al-Quran di Nusantara adalah sama


dengan bacaan dan sebutan di Asia Barat.

■ Fahaman keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat


Timur Tengah.

■ Cacatan sejarah jelas menunjukkan bahawa pengislaman raja-


raja Melayu dari Melaka hingga ke Brunei dilakukan oleh
pendakwah dari Arab.

■ Pengaruh Arab ke atas perbendaharaan bahasa Melayu.


FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN ISLAM DI
ALAM MELAYU
Ajaran Islam

■ Islam dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat di


rantau ini kerana kelebihan yang ada pada agama tersebut
serta ajarannya bersesuaian dengan fitrah manusia.

■ Islam mengetengahkan konsep persamaan di kalangan


manusia tanpa membezakan di antara golongan atasan dan
bawahan
Perdagangan

■ Pedagang-pedagang yang datang berniaga di Alam Melayu


telah bertindak menyampaikan dakwah Islamiyah kepada
masyarakat sekeliling walau di mana mereka berada.

■ Sifat mulia dan keperibadian yang tinggi serta amalan-amalan


agama yang dilakukan oleh mereka mempengaruhi raja-raja
dan pembesar-pembesar negeri bagi menyakini kebenaran
agama Islam.

■ Hubungan baik di antara mereka dengan pembeli, serta


layanan yang baik berlandaskan Islam telah berjaya menarik
minat ramai pembeli di kalangan masyarakat tempatan untuk
mendalami ajaran Islam.
Perkahwinan

■ Kebanyakan golongan sufi, pedagang dan pendakwah telah


berkahwin dengan anak-anak gadis tempatan, termasuklah
puteri-puteri di kalangan istana dan pembesar negeri ketika itu.

■ Hasil dari pergaulan dalam keluarga tersebut telah menarik


minat ahli keluarga yang lain untuk menerima Islam.

■ Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, baginda telah


mengahwinkan puteri-puteri dari negeri Melaka dengan raja-
raja di Kepuluan Melayu serta Sumatera, Indragiri dan lain-
lainnya.
Penaklukan

■ Kerajaan Pasai pada abad ke 14M seperti dilaporkan oleh Ibn


Batutah telah menakluki negeri-negeri di sekitarnya dan berjaya
menyebarkan Islam ke kawasan-kawasan tersebut,

■ Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15


terutamanya di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan
Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah di bawah bendahara Tun
Perak dan Laksamana Hang Tuah misalnya telah meluaskan
empayarnya merangkumi Johor, Pahang, Terengganu, Pattani,
Kampar, Indragiri, Aru, Rokan, Siak dan Bengkalis.

■ Kerajaan Melaka juga bertindak menghantar ulama ke kawasan


tersebut untuk mengajar agama Islam.
Keperibadian Golongan Pendakwah

■ Pendakwah merupakan golongan ulama yang berwibawa


dalam penyebaran agama Islam.

■ Mereka bukan sahaja memiliki berbagai ilmu Islam secara


mendalam bahkan amat bertakwa kepada Allah di samping
mempunyai keperibadian muslim yang sempurna.

■ Keperibadian yang tinggi seperti ikhlas, jujur,


bertanggungjawab, tidak mencari apa-apa kepentingan diri
dalam berdakwah menyebabkan masyarakat terpengaruh
dengan mereka.
Peranan Pusat Kebudayaan di Alam Melayu

■ Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu Kuno yang


menggunakan tulisan Pallava merupakan bahasa komunikasi.

■ Ekoran dari kedatangan Islam, tulisan Arab diperkenalkan untuk


memudahkan memahami al-Quran dan al-Hadith serta kitab-
kitab agama yang ditulis dalam bahasa Arab.

■ Tulisan Arab telah diubahsuai mengikut iidah pertuturan orang-


orang Melayu yang dikenali dengan tulisan iawi.
■ Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam yang
penting di Alam Melayu ketika itu yang memainkan peranan
sebagai pusat intelektual dan keilmuan seperti Samudera-
Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau.

■ Sebagai contohnya Kerajaan Samudera-Pasai pada zaman


kegemilangannya merupakan pusat penterjemahan di
Kepulauan Melayu.

Anda mungkin juga menyukai