Anda di halaman 1dari 16

Islam dalam tamadun melayu

SHANTHINI A/P GUNASEKARAN


LEELATHEVI A/P JAYABALAN
Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu
Dari Arab Parsi (sebelum tahun 1883M)
- Dikemukakan oleh John Crawford, Prof .Syed Mohammed
Naquib Al-Attas dan Prof. Dr. Hamka.
- Hubungan perdagangan antara Alam Melayu dengan Tanah
Arab telahpun sedia terjalin sebelum kelahiran Islam lagi.
- Selepas kelahiran Islam hubungan tersebut semakin pesat
kerana ditambah dengan kesedaran dakwah Islamiah.
- Terdapat bukti penempatan orang-orang Islam pada zaman
pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah sebelum
tahun 1883M.
- Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian dan Khalifah Umar bin Abd
Al-Aziz serta Khalifah Makmun (Abbasiyah) telah menghantar
mubaligh dan pedagang semasa pemerintahan Kerajaan
Srivijaya.


- Pedagang2 Arab, India , Cina dan Asia Tenggara telah
menggunakan Yaman (Hadhramaut) sebagai pelabuhan
pertukaran barangan.
- Teori ini diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Hikayat
Raja-raja Parsi , Sejarah Melayu dan Hikayat Acheh
mencatatkan bahawa pendakwah2 Islam spt Syeikh Ismail,
Syarif Mekah dan Syeikh Abdullah b. Syeikh Ahmad
semuanya dari Mekah dan Yaman.
- Pendakwah itulah yang menyebabkan pengislaman Raja-
Raja Melayu spt Maharaja Derbar II (Sultan Muzaffar Shah)
yang memerintah Kedah pada 1136M dan Parameswaran
(1414) yang memeluk Islam daripada Sheikh Aziz dari
Jeddah.
- Sumber Sejarah Cina menyatakan bhw terdapat
perkampungan orang Islam di Pantai Barat Sumatera pada
tahun 674M.

- Penggunaan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf
Arab.
- Beberapa huruf ditambah dalam Jawi bagi memenuhi sistem
fonetik tempatan.
- Cara membaca al-Quran daN lagu mirip bacaan Arab Parsi
dan tidak seperti bacaan cara India atau China.
- Penggunaan istilah2 Arab kitab,surat dan ilmu kertas
serta penggunaan bin dan binti jelas pengaruh Arab di Alam
Melayu.


Dari India (Selepas tahun 1883M)
- Dikemukakan oleh Snuck de Hurgronje, Brian Harison, Arnold
dan Weirtheim.
- Kajian Orientalis Barat di atas menjelaskan bahawa
pedagang dan mubaligh Indialah yang membawa Islam ke
Asia Tenggara.
- Hubungan India dengan Alam Melayu didapati lebih lama dan
kerap berbanding dengan Arab-Parsi.
- Keadaan ini jelas dilihat melalui perkembangan kerajaan
Srivijaya, Majapahit, Mataram dan sebagainya.
- Catatan Marco Polo mengakui kehadiran saudagar-saudagar
India di Perlak.
- Penggunaan istilah Lebai berasal dari India.
- Batu Nisan makam Maulana Malik Ibrahim di Gersik (1419)
dibawa dari India.

- Ada dua pendapat yang agak berbeza berkaitan dengan
kedatangan Islam dari India ini.
- S.Q Fatimi dalam bukunya Islam Come to Malaysia ,
mengatakan bahawa Islam datang dari Gujerat, India.
- Pada masa pemerintahan Alauddin Khilji, Gujerat telah
menjadi pelabuhan penting dan saudagar Gujerat sering
berkunjung ke Alam Melayu.
- Thomas Arnold pula berpendapat Islam dibawa oleh
pedagang India muslim dari Banggala atau dari Malabar.
- Pendapatnya berdasarkan pegangan mazhab Syafie
penduduk daerah tersebut sama dengan mazhab penganut
Islam di Alam Melayu.


Teori Kedatangan Islam China dan Campa
- Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eradia, R.A.Kern S.Q.
Fatimi dan R.O Winsterd.
- Laporan daripada orang Cina Islam bahawa orang Arab Islam
telah datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja
Tai Tsuing dari Dinasti Pang (627-650 M).
- Islam telah bertapak di Negeri China sejak zaman Khalifah
Uthman ibn Affan ( Abad ke-4), iaitu Khalifah telah
menghantar Saad bin Abi Waqqas sebagai utusan.
- Catatan China mengatakan terdapat 120,000 orang Islam
tinggal di Canton.
- Pada tahun 878M berlaku pemberontakan di Canton dan
ramai orang Islam terbunuh dan telah lari berpindah ke Asia
Tenggara.
- Mereka melarikan diri ke Palembang, Kedah dan Kemboja.

- R.A. Kern mengatakan bahawa Islam di Asia Tenggara
datang dari Campa atau Kemboja.
- Bukti ini diperkukuhkan dengan penemuan batu bersurat di
Phan- Rang Kemboja (1039) ; batu bersurat di Gerisek
(1082), batu bersurat di Terengganu (1303) dan penemuan
dinar emas di Kelantan (abad ke -13M).
- Kedudukan tempat-tempat tersebut di sekitar Laut China
Selatan memungkinkan Islam datang dari arah negeri China
dan Champa.
Kesan,Pengaruh Dan Peranan Islam Dalam
Tamadun Melayu
Pegangan Agama dan Kepercayaan
- Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah
dan kepercayaan.
- Sebahagian besar masyarakat Melayu telah meninggalkan
ajaran agama Hindu- Buddha dan Kepercayaan animisme.
- Mereka percaya kepada konsep ketuhanan yang satu iaitu,
Allah.
- Konsep Rukun Iman dan Rukun Islam telah menjadi panduan
hidup masyarakat Melayu.
- Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada
mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada
mempercayai Tuhan Yang Maha Esa (satu Tuhan Allah),
percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-
kitab.
- Kitab suci al-Quran telah mengukuhkan keyakinan orang
Melayu tentang keesaan Allah dan kekuasaannya.
- Syed Naquib al-Attas menjelaskan bahawa kehadiran Islam
telah mencetuskan suatu zaman baru.
- Perubahan yang dibawa merupakan perubahan menyeluruh
berteraskan asas tauhid.
- Kesan pegangan tauhid ini menyebabkan berlakunya
perubahan terhadap rupa dan jiwa Alam Melayu.
- Prinsip Rukun Iman dan Rukun Islam telah menjadi tonggak
dalam kehidupan tamadun Melayu.

Kehidupan Sosial, Kekeluargaan dan Adat
- Buku Sejarah Melayu awal menggambarkan bahawa masyarakat
Alam Melayu terdiri daripada dua lapisan : pertama, raja dan
pembesar dan kedua, rakyat jelata.
- Golongan pertama mendapat pelbagai keistimewaan dan golongan
kedua agak terpinggir.
- Keadaan ini mewujudkan satu golongan kecil yang sangat berkuasa
dan golongan terbanyak pula perlu taat dan tidak boleh menderhaka.
- Perbezaan darjat itu menyebabkan mobiliti sosial kurang berlaku.
- Kehadiran Islam telah menetapkan satu dasar sosial yang adil.
- Mengagungkan raja secara melulu berkurangan kerana Allah S.W.T
lebih berkuasa dalam segala galanya.
- Kedatangan Islam telah memantapkan sistem kekeluargaan .
- Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat.
- Pembentukan jati diri dan peribadi orang Melayu yang baik ,
beragama , berakhlak telah mengikut acuan Islam.


Pendidikan
- Pencapaian tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah spt
berikut :
1. Lahirnya institusi pendidikan Islam secara formal dan tidak formal.
Pendidikan Islam bermula di istana , kemudiannya berkembang di
rumah-rumah ulama ( guru agama), sekolah pondok dan madrasah.
2. Raja-raja Alam Melayu menyambut baik pendidikan Islam. Aktiviti
penulisan dan penterjemahan kitab-kitab dari bahasa Arab ke
bahasa Melayu.
3. Kelahiran kitab-kitab dan naskah-naskah Melayu yang memberi
panduan tentang ibadat, perubatan,perundangan , kekeluargaan
dan pendidikan Islam.
4. Perkembangan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi dan perhubungan
Alam Melayu serta perhubungan Alam Melayu serta perhubungan
dengan negara luar sehinggalah zaman penjajahan.
5. Kemunculan golongan intelektual Melayu seperti Tun Sri Lanang,
Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri , Nurudin al-Riniri, Abdul Rauf
Sengkel dan Shamsuddin al Sumatrani.


Bahasa Dan Kesusasteraan
- Bahasa Melayu telah mencapai tahap bahasa perhubungan di seluruh
Asia Tenggara kerana bahasa Melayu memainkan peranan seperti
berikut
1. Bahasa perpaduan Alam Melayu
2. Bahasa Ilmu
3. Bahasa untuk golongan atasan dan bawahan
4. Bahasa perhubungan antara bangsa khususnya di Nusantara.
5. Bahasa dakwah agama Islam
- Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar
terhadap warisan kesusasteraan Melayu.
- Contohnya, Hikayat Nabi Muhammad S.A.W., Hikayat Para Nabi dan
Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para
Pahlawan Islam dan Hikayat Ali-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih.
- Begitu juga hasil sastera puisi Melayu terkenal telah dipengaruhi oleh
sastera Arab Islam contohnya Syair Perahu dan Syair Burung Pingai
karangan Hamzah Fansuri .
Perundangan
- Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan
di Alam Melayu.
- Sistem perundangan tempatan turut berubah seperti yang tercatat
dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
- Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran
agama Islam dikekalkan.
- Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya semasa
menjatuhkan hukuman seperti sama ada hukuman potong tangan,
penjara atau denda bagi kesalahan mencuri.
- Pelaksanaan hukum Islam dan adat banyak digunapakai selepas
kedatangan Islam.
- Contohnya, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang
meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk
Melaka.
- Manakala Undang-Undang Laut Melaka meliputi soal perkapalan
dan perdagangan di laut dan di darat.
- Kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum
syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992:29).









Politik dan Pemerintahan
- Kedatangan Islam telah memberi corak baru dalam sistem politik.
- Sistem pemerintahan bercorak kesultanan dan status sultan tidak
lagi dianggap umpama dewa.
- Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.
- Kecekapan pembesar Melaka mentadbir kerajaan mengikut
pengkhususan tugas seperti di bawah telah menjadikan Melaka
aman, makmur dan stabil.
1. Penghulu Bendahari memastikan kelicinan perbelanjaan negara,
pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah.
2. Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan
3. Temenggung sebagai Ketua Pasukan Keselamatan
4. Laksamana - sebagai Ketua Angkatan Keselamatan
5. Syahbandar - menguruskan pentadbiran pelabuhan dan
perdagangan asing.
6. Ulama menjadi penasihat sultan dalam hal agama Islam.








Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai