Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN Perkataan tamadun mula diperkenalkan oleh Jurji Zaydan atau dikenali di Eropah dengan nama George Zeedane, seorang pemikir dan pengkaji tarikh yang menulis tentang sejarah Islam dan kesusasteraan Arab melalui bukunya yang terkenal iaitu al-Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Perkataan tamadun berasal daripada kata dasar bahasa Arab madana yang membawa kepada kata tamaddun yang bermaksud suatu kemajuan atau kemodenan yang berasaskan unsur-unsur tertentu bersesuaian dengan keadaan masa dan tempat. Menurut kamus al Marbawi, istilah tamadun ialah kata dasar madana yang membawa maksud kehalusan budi dan akhlak mulia di samping itu juga membawa maksud membangun kota, Menurut Kamus Dewan (1997), tamadun didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran yang lebih tinggi merangkumi bidang sosial, politik, kebudayaan, agama dan sebagainya. Manakala menurut kamus Istilah Bahasa Melayu (1994), perkataan tamadun bererti kebudayaan dan peradaban, bermaksud kemajuan dalam aspek budaya dan tamadun yang merangkumi jasmani dan rohani. Dari perspektif barat, A.S Hornby dan E.C Pornwell (1972) menyatakan kalimah adalah seerti dengan civilization yang bermaksud suatu yang berupaya meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam pelbagai bidang. Max Weber (1965), menyatakan perkataan tamadun merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang berkait rapat dengan urbanization. Hal ini kerana perkataan civilize diambil daripada Istilah Latin City dan Civitas dengan alasan bahawa setiap perubahan jelas pertumbuhannya di bandar besar dan ciri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di Bandar.

2.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MALAYSIA 2.1 Islam Datang dari Tanah Arab Teori ini telah dikemukakan oleh John Crawford kemudian disokong oleh Proffesor Muhammad Naquib al-Attas. Menurut John Crawford, islma berkembang melalui aktiviti para pedagang. Menurut bukti catatan China, orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M. pada waktu tersebut, pedaganag Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Pedagang Arab telah berdagang secara berterusan di Asia Tenggara setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke 7M. Pedagang Arab yang berdagang di China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti pelabuhan Melaka. Sebahagian besar daripada mereka membina perkampungan di Asia Tenggara contohnya Ta Shih di Sumatera Utara. Dalam waktu ini, ada diantara mereka yang telah berkahwin dengan wanita tempatan. Menurut Prof. Naquib al-Attas ada mengemukakan kewujudan persamaan bahan penulisan, sastera, adab resam dan kebudayaan orang Melayu yang sama seperti orang Arab. Perkara ini dikukuhkan lagi oleh pengislaman raja di Asia Tenggara yang dilakukan oleh sheikh di Semenanjung Tanah Arab

2.2 Islam Datang dari India Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga mengatakan bahawa ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. Manakala B. Harrison pula berpendapat bahawa masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat 2

nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990). Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987). Walau bagaimanapun, sarjanasarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

2.3 Islam Datang dari China Sarjana tempatan dan barat bersetuju dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah dari negera China. Ini kerana terdapat bukti yang menyokong pendapat tersebut. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang terletak pantai timur Tanah Melayu menunjukkan bahawa Islam telah sampai dari arah Timur, dan sarjana setuju menyatakan ianya datang dari China, Hainan atau Champa. Negera China telah menerima Islam lebih awal dari negara lain di Timur kerana pada zaman Kerajaan Islam, utusan telah pun dihantar ke China melalui jalan sutera bagi mengembangkan agama Islam. Menurut laporan orang-orang China Islam, orang Arab-Islam telah pun datang ke negara China sejak zaman pemerintahan Maharaja Tai Shiung dari Dinasti Pang (627-650M). Wahab bin Abi Kabsyah dikatakan pendakwah pertama yang datang ke China yang diutuskan oleh Rasulullah S.A.W. Sesampainya di Canton, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di situ. Selain itu, pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, dikatakan bahawa Saad bin Abi Waqas telah pergi ke China dan telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton yang terkenal dengan nama Wai Shin-Zi (Masjid Kenangan Nabi). Menurut Lui Tahich, seorang penulis China-Islam, mengatakan bahawa selepas Saad bin Abi Waqas pulang ke Tanah Arab, beliau telah tinggal untuk sekian

waktu di Canton dan Khalifah Uthman sekali lagi mengutusnya ke sana. Beliau dikatakan telah meninggal dunia dan dimakankan di sana. Terdapat pelbagai teori dan bukti yang menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Islam tersebar ke Alam Melayu adalah dari negara China. Salah satu buktinya ialah melalui kegiatan perdagangan. Melalui China, perdagangan Arab-China sudah lama wujud. Para pedagang China akan keluar mengembara dengan kapal ke negara-negara asing yang menjadi pusat perdagangan. Pada masa tersebut, Alam Melayu merupakan suatu tempat yang strategik kerana menjadi laluan kapal-kapal pedagang yang berulang-alik dari timur dan barat. Negara China telah pun menerima Islam sejak dari zaman Kerajaan Islam di Tanah Arab lagi. Maka kebanyakan yang mula-mula menerima Islam ialah para pedagang. Selain dari China, ada juga teori yang menyatakan ianya dibawa dari Champa atau Kemboja. Menurut R.A Kern, orang-orang Islam di Nusantara berasal dari IndoChina dalam kurun ke-7 Masihi. Perhubungan itu berdasarkan kepentingan penaklukan dan perkahwinan terutamanya dalam kalangan keluarga Diraja. Selain itu, ada yang terdapat dalam sumber China, menyatakan bahawa Phanrang telah pun menerima Islam sejak tahun 960 Masihi lagi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Sung.

3.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE MALAYSIA DAN PENGARUHNYA TERHADAP AMALAN POLITIK DAN CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

3.1 AMALAN POLITIK Kedatangan Islam ke kepulauan melayu melalui pelbagai cara dan teori. Setiap teori kedatangan islam ke nusantara pastinya meninggalkan cebisancebisan pengaruhnya ke atas kepulauan melayu. Antara pengaruh yang paling besar ialah pengaruh amalan politik. Amalan politik di Malaysia mengalami pelbagai perubahan sama ada dari segi pentadbiran mahupun perundangan setelah munculnya islam di kepulauan melayu. Dikatakan bahawa kerajaan agung Srivijaya dan Majapahit juga runtuh setelah kedatangan islam ke tanah melayu. Pertamanya, setelah kedatangan islam ke tanah melayu, agama islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka, dan ini jelas menunjukkan bahawa amalan politik di tanah melayu mengamalkan amalan politik Islam. Sistem kesultanan kerajaan Uthmaniyyah ada memperkenalkan dimana ketua negara dan ketua agama islam ialah sultan iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Sultan akan dibantu oleh penasihat iaitu ulama dan mufti. Bukan itu sahaja, pada asalnya kita menggunakan perkataan raja yang berasal daripada bahasa sanskrit ditukarkan kepada Sultan yang berasal daripada perkataan arab. Islam memperlihatkan ajaran politik yang berbentuk adil, saksama dan bertanggungjawab. Konsep penghormatan kepada ketua negara dengan memuliakan seseorang yang memerintah. Dewaraja juga telah ditukarkan kepada konsep sultan. Sultan merupakan ketua tertinggi sama ada dari agama ataupun adat. Sultan juga turut mentadbir negara dengan berpandukan alquran dan hadis. Jika dilihat dari segi amalan politik perundangan, undang-undang Islam iaitu Hukum Syara telah dijadikan sebagai asas kepada sistem perundangan di Malaysia. Contohnya Hukum Kanun Melaka yang telah mengambil undang-

undang Islam sebagai asasnya untuk mengukuhkan sistem perundangan Kerajaan Melayu Melaka. Antara kandungan Hukum Kanun Melaka ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Tanggungjawab raja dan pembesar Pantang larang dikalangan anggota masyarakat Hukum kesalahan awam dan jenayah Undang-undang keluarga Permasalahan ibadat Muamalat Undang-undang keluarga

Selain itu, Malaysia turut mengamalkan perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Syafie. Hukum syarak tersebut digunakan dalam pelbagai aspek termasuklah jenayah dan muamalat. Contoh yang paling jelas dapat dilihat ialah di negeri Terengganu yang melaksanakan undang-undang syarak. Salah satu upacara yang dapat dilihat dalam pertabalan Sultan ialah upacara menjunjung Al-Quran yang jelas menunjukkan bahawa sistem yang digunakan adalah berpandukan Al-Quran dan al hadis. Sultan juga adalah terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Manakala dalam melaksanakan pemerintahan Sultan perlu merujuk kepada ulama jika berkaitan dengan hukum- hakam Islam. Secara holistiknya, sultan telah menggunakan Al-Quran dan al-hadis sebagai sumber rujukan utama, dan ini jelas menunjukkan bahawa jika kita mempercayai dan meyakini kandungan ia adalah sebahagian daripada rukun iman iaitu beriman kepada rasul. Hadis adalah sesuatu yang berkaitan dengan nabi Muhammad S.A.W dan jika kita tidak yakin pada hadis itu bermakna kita tidak mempercayai autoriti rasulullah. Jelas dilihat pada amalan politik di Malaysia yang mementingkan Al-Quran dan hadis sebagai panduan. Tanpa panduan yang sebenar mungkin Malaysia tidak akan maju seperti kini.

3.2 CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

Setelah datangnya Islam ke Malaysia banyak perubahan yang dapat dilihat secara jelas. Pertamanya, institusi kesultanan umpamanya sultan telah dianggap sebagai satu amanah Allah dimana ia dibantu oleh ulama dan agama Islam seterusnya dijadikan amalan rasmi bagi negara Malaysia. Islam telah menjadikan transformasi kepada masyarakat melayu daripada mempercayai animisme kepada kepercayaan tauhid. Selain itu, adat resam masyarakat melayu ditukar jika ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam manakala jika ianya sesuai digunakan, adat tersebut akan diteruskan. Cara hidup masyarakat Malaysia dapat dilihat dengan jelas mengikuti cara hidup Islam daripada kelahiran hinggalah kematian individu tersebut, cara ini jelas telah mengenepikan kepercayaan animisme dan hinduisme. Contohnya, kelahiran bayi disambut dengan azan ataupun iqamah, manakala perkahwinan pula memerlukan akad nikah bersama kadi, wali, saksi serta pasangannya. Namun begitu adat-adat lama masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu masih dipraktikkan tetapi tidak merosakkan aqidah masyarakat Melayu. Islam telah merubah kehidupan masyarakat Melayu melalui pelbagai dimensi kehidupan. Terdapat fakta sejarah yang mengatakan teori Islam yang datangnya dari China melalui perdagangan. Para pedagang telah berkahwin dengan wanita tempatan dan dari sini lah wujudnya komuniti Islam tempatan China. Kesejajaran ajaran konfusianisme dan agama Islam iaitu konsep hubungan kekeluargaan, ketaatan kepada ibu bapa dan raja telah menjadi landasan pegangan hidup masyarakat Malaysia dan ia memudahkan penyebaran cara hidup Islam di Malaysia apabila berlakunya interaksi antara tamadun seperti ini. Jika dilihat di Malaysia, setiap institusi kekeluargaan adalah perkara utama yang diambil kira dalam setiap perkara. Oleh itu, konsep hubungan kekeluargaan yang dibawa oleh konfusianisme sangat penting dan dari inilah timbulnya perasaan kasih antara ahli keluarga. 7

Islam adalah satu agama yang syumul iaitu menyeluruh, islam mengangkat setinggi-tinggi penghargaan kepada manusia dan setiap individu mempunyai kedudukan yang sama di sisi Allah, yang membezakan cuma amalan mereka terhadapNya. Terbentuknya satu sistem bertoleransi antara satu sama lain, dan bermula daripada itulah golongan bawahan mula mendapat perhatian dan diberi penghormatan sehingga kini di Malaysia masih mengamalkan sistem ini. Tiada lagi sistem kasta yang menyeksa setiap individu bawahan. Komunikasi antara semua pihak berjalan dengan baik dan wujudnya sifat hormat menghormati dalam kalangan semua pihak. Sehinggalah hari ini Malaysia masih mengamalkan sistem ini agar orang bawahan juga mempunyai hak untuk bersuara. Kedatangan Islam memberi impak yang besar kepada Tanah Melayu hingga kini. Pegangan hidup masyarakat melayu telah berubah dan membentuk cara hidup baru dalam kehidupan seharian yang berlandaskan Al-Quran dah alhadis. Pelbagai perkara khurafat dan tahyul perlahan-lahan hilang. Bukan itu sahaja masyarakat Malaysia kini sedang membasmi buta huruf dan mengamalkan pendidikan sepanjang zaman kerana terdidiknya sejak daripada Melaka ditakluki Islam yang dibina pusat pembudayaan ilmu oleh pemerintahnya ketika itu. Jelas dan nyata cara hidup masyarakat Malaysia banyak berubah apabila datangnya Islam ke tanah melayu. Semangat jihad untuk berbakti kepada Tuhan sama ada dalam bentuk fizikal dan mental merupakan sebahagian kepada kehidupan masyarakat Malaysia.

4.0 KESIMPULAN Agama Islam iaitu agama rasmi yang menjadi anutan lebih daripada separuh bilangan masyarakat Malaysia. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga telah membawa pengaruh yang besar bukan sahaja dalam bidang politik atau cara hidup, namun ia dapat dilihat juga pada bidang ekonomi dan seni bina. Jelaslah bahawa kedatangan Islam telah banyak mempengaruhi sistem pentadbiran di Malaysia hingga kini. Professor S. M. Naquib al-Attas telah menyatakan bahawa Islam telah bawa zaman baru di Nusantara dan berjaya mengubah jiwa dan wajah alam Melayu. Namun pada tugasan kali ini, kami perlu memfokuskan hanya kepada sistem politik dan cara hidup yang telah dipengaruhi oleh kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Jika dilihat pada sistem beraja di Malaysia tersangatlah menyamai sistem Islam. Pelbagai islamisasi telah berlaku dan ianya berlaku secara beransuransur menyebabkan pengaruh ini mudah diterima oleh masyarakat. Penyebarannya semakin meluas dan akhirnya Islam dijadikan agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

REFLEKSI

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan projek tamadun Islam dan tamadun asia pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya kepada pensyarah bimbingan iaitu En. Ahmad Rahimi Bin Ishak. Tanpa bantuan beliau mungkin saya dan kumpulan saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Kerisauan jelas terpancar di wajah kami ketika menerima tugasan ini kerana pada tanggapan kami ianya terlalu rumit untuk dilakukan. Namun, berkat kesabaran dan pertolongan daripada pelbagai pihak ianya berjaya dilakukan dengan baik dan tepat pada masanya. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sepanjang melakukan tugasan ini. Bukan itu sahaja pelbagai ilmu pengetahuan turut diperolehi terutamanya dalam mengetahui sejarah asal usul tamadun yang pastinya akan digunakan pada masa hadapan. Tidak pernah terjangkau akal kami bahawa kami akan belajar lebih mendalam tentang sesuatu tamadun itu. Selain itu, melalui tugasan ini juga kesabaran kami teruji apabila menghadapi masalah mencari maklumat dan akhirnya dengan bantuan sistem OPAC di perpustakaan IPG Kampus Perlis telah banyak membantu kami dalam mencari bahan rujukan dengan lebih mudah. Di samping itu, ia turut menjimatkan masa kami untuk mecari bahan rujukan. Menguruskan masa juga adalah salah satu perkara yang kami belajar ketika menjalankan tugasan ini. Akhir kalam, kami akan lebih berusaha untuk menyiapkan tugasan seperti ini dengan lebih baik pada masa akan datang. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ukhwah antara kami juga bertambah erat.

10

BIBLIOGRAFI A. Aziz Deraman. (2002). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Mohd Rosdi Mahmud. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kedah Darul Aman. Pustaka Darussalam. Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hashim Hj. Musa. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Mohd Liki Hamid. (2003). Pengajian Tamadun Islam. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

INTERNET Diakses pada 24 Januari 2013 di laman web: http://www.oocities.org/tamadunislam/islam_dari_china.htm Diakses pada 25 Januari 2013 di laman web: http://www.scribd.com/doc/4853651/Pengenalan-Tamadun

11

Anda mungkin juga menyukai