Anda di halaman 1dari 6

Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah
selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang
banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik
minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan
adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini
berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia
Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan
beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13
Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad
ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah
melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada
masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang
Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada
masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah
sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara
tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan
mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum
mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan
meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha
yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat
sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak
keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik
berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka &
Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-
lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan
dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak
Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab
berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah
dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para
pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu


Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung
dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik
masyarakat melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam
di Tanah Melayu :

• Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi

• Kedatangan Islam dari India

• Kedatangan Islam dari China

Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi

Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi .
Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7
masihi . Sesuai dengan Islam yang bersifat universal , masyarakat melayu selesa dengan agama islam
yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk melakukan
aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong oleh Syed
Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang dari Arab melalui pedagang . Buktinya , Buktinya
catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak
tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat
Melaka kerana kedudukannya strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia
Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab . Perkampungan ini juga
menjadi tempat untuk berdagang . Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita
tempatan dan menyebarkan Islam . Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di
Sumatera Utara iaitu di Ta Shih .

Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor
Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah :

• Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab

• Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti
Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .

• Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .
• Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah
Islamiyyah' untuk mentadbir negara .

Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa

Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada
ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat
tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah berlaku
pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-
pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam
menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam
dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan
teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo
atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.
Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China
dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa
berdagang di sana .

S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut :

• Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah
beramai-ramai ke Asia Tenggara.

• Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala
Berang, Terengganu

• Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui
sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.

• Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan,
Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.

• Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin
lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.

Teori Kedatangan Islam Dari India


Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah
mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat
India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan . Ianya
bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam
yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai'
telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga
dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india .

Snouck Hurgronje merupakan sejarawan belanda telah mengemukakan sejak abad ke13 lagi Islam
telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel .
Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut :

• Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di
Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.

• Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan
Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.

• Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia
Tenggara.

Pengaruh kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

Perubahan kepercayaan

• Animisme kepada Islam :


Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep
keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir
secara

• Tahyul dan Fantasi :

Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan
sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain. Mengubah pandangan
masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-
tokoh Islam.

Perundangan/peraturan

• Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam.
Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-
Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan
sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.

Pentadbiran

• Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. Konsep
Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi.
Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.

Pendidikan

• Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.

• Terbuka kepada semua golongan masyarakat.

• Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.

• Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.

• Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji.

• Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.

• Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.

• Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum
baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.
Bahasa dan Kesusasteraan

• Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.

• Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.

• Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.

• Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.

• Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.

• Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli.

Kesenian Islam

• Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar,
batu nisan dan lain-lain.

• Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.

• Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Anda mungkin juga menyukai