Anda di halaman 1dari 3

MELAKA MENJADI PUSAT ILMU PENGETAHUAN

ISLAM DI MELAKA

MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

Apabila pentadbiran Melaka berjalan dengan baik, atas faktor kedudukan geografi, Melaka yang
strategik di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.Ia terlindung daripada tiupan
angin monsun Barat Daya ditambah pulamempunyai sumber hasil Negara seperti hasil pertanian
dan hasil hutan yang banyak . Hal ini menyebabkan, Sultan dan pembesar menjadikan Melaka
sebagai sebuah pelabuhan dan terus berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang
yang singgah hanya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka sebagai pusat
pengumpulan dan pertukaran barang dagangan. Pada masa ini, Syahbandar dilantik sebagai
menguruskan hal ehwal perdagangan seperti system cukai dan surat kebenaran berniaga yang
menjana ekonomi Melaka. Penggunaan mata wang yang diperkenalkan menjadi mudah dan
berkembang maju.Melaka juga akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang
terkenal atas perancangan teliti oelh Kesultanan Melayu Melaka.

Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari
Makkah. Setelah Parameswara memeluk islam, Islam berkembang dengan giatnya. Pedagang Islam
dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam perkembangan Islam sambil berdagang.Ada
juga juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam
serantau .Institusi keagamaan seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan sekolah pondok mula
ditubuhkan. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai pusat intelektual dimana
disitulah berkumpulnya golongan cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama
tersohor.Pengenalan sistem tulisan jawi juga turut membantu pengembangan ilmu di
Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua buah buku undang-undang Melaka iaitu
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut
dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan saduran seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Bulan Belah dan Hikayat Nabi Bercukur.

Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan
berkembang.Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang berpengetahuan
tinggi.Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang
ke Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan.

ISLAM DI MELAKA

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan
putra kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang perama memeluk Islam. Pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.Baginda
juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun
Melaka.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka.
Antaranya adalah:
Ø Peranan Pedagang dari Sumatera

- Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.

Ø Peranan Pedagang dari Arab dan India

- Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-
Raja Pasai dan Bustanus Salatin, islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama
Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
Ada juga berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islaqm berkembang subur di
Melaka.

Ø Peranan Sultan

- apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama
Islam.

Ø Peranan Ulama

- Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut mambawa ulama bersama


mereka.Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.

Ø Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah
menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam.

MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

v Melaka menjadi pusat penyabaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan
pendakwah

v Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk
bertanyakan hal-hal agama.

v Masjid, madrasah dan surau diwijudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-quran.

v Melaka menjadi menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul
Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
v Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.

v Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

v Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah iaitu berbincang bersama pembesar
dalamurusan pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai