Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan sejarah dalam sistem pendidikan formal di setiap negara adalah penting bagi

pembinaan negara bangsa, khususnya mendidik golongan muda mengenai perjuangan


golongan terdahulu untuk menjadikan negara mereka sebuah negara yang berjaya.
Malahan pendidikan sejarah juga digunakan untuk memupuk sifat-sifat positif di kalangan
penduduk supaya kagum dengan bangsa dengan sejarah negara sendiri.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sejarah mula


diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2014 bagi
menggantikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dan Kajian
Tempatan (KT). Mata pelajaran Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah bagi murid
tahap dua bagi menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah dari
peringkat awal lagi agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran sejarah. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tuan Muhyiddin Yassin (2011),
juga telah menyatakan yang “Hidup tanpa mengenal Sejarah adalah ibarat hidup tanpa
negara.” dalam karyanya yang bertajuk “Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin”.
Kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah ini mencakupi sejarah awal hingga masa
sekarang yang bertujuan untuk menanam minat murid dalam mata pelajaran sejarah ini.

Menurut Booth (1993); Goodwin dan Stevens (1993) pelajar yang berkualiti
terhasil menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru
mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi guru yang baik seperti menguasai
kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan dalam pedagogi, berupaya memilih
sumber pengajaran, mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, memiliki kemahiran
teknologi, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelajar serta mempunyai
sikap dan personaliti yang positif seperti bermotivasi, humor dan berkeyakinan.

Kemmis dan McTaggart (2000) mengenal pasti dua jenis penyelidikan tindakan yang
boleh diamalkan oleh para pendidik. Yang pertama ialah penyelidikan tindakan bilik darjah di
mana fokus adalah pada penyiasatan tentang amalan guru di bilik darjah ke arah memahami diri
demi menambah baik amalan. Ini adalah di peringkat individu. Jenis kedua adalah kolaboratif dan
participatory dengan penglibatan komuniti guru. Kedua-dua jenis penyelidikan tindakan ini adalah
sesuai untuk sekolah kerana ia mengalakkan pendekatan dan kaedah yang demokratik dan
fleksibel, memangkinkan perubahan amalan yang berdasarkan ilmu pribumi dan menerapkan
nilai-nilai seperti menghormati orang lain, sikap yang terbuka dan pembelajaran yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai