Anda di halaman 1dari 1

Haji Abdul Rahman Limbong- Pejuang Negeri Terengganu

LATAR BELAKANG

 Nama sebenar Haji Abdul rahman Limbong bin Haji Abdl Hamid 

 Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, kemaman
untuk mengajar agama

 beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas -pejuangnya dikenali sebagai
“kebangkitan Tani” di Terengganu

Penjajahan  & Campur Tangan Inggeris

Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru yang sama masyhurnya
dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu, tidaklah begitu menghairankan jika Haji Abdul
Rahman Limbong mendapat sambutan yang baik dari orang ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof
merpakan murid kesayaangan Haji Abdul Rahman Limbong. Bahkan lebih dari itu, beliau sentiasa
mengharapkan bahawa suatu masa kelak Syed Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan
perjuangan yang beliau dukung selama ini.

Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris yang mana
tujuan utama mereka turut campur tangan dalam pemerintahan ialah untuk menghancur serta
meleburkan syariat Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit menanamkan perasaan bencikan
agama kepada golongan atasan serta rakyat sekeliannya. Ini dilakukan oleh mereka dengan
membawakan bentuk kehidupan mewah serta pendidikan yang secara terang-terangan
bertentangan dengan cara hidup beragama.

Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan agama telah bangkit menyeru
rakyat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris. Sungguh pun begitu, pada
peringkat awal penentangan itu dilakukan bukan dengan bentuk senjata. Tetapi akhirnya terpaksalah
mereka bengkit menentang menggunakan senjata setelah penentangan secara perlahan tidak
berjaya memadamkan pengaruh penjajah yang semakin hari semakin meningkat.

Anda mungkin juga menyukai