Anda di halaman 1dari 3

http://pmdecfive.blogspot.com/2015/03/kesan-kesan-kedatangan-british-ke-tanah.

html

Sunday, 15 March 2015

Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah


Melayu
Kesan-Kesan Kedatangan Barat ke Asia Tenggara

Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara telah
meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Politik

Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil
oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat
selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa
sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan
lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh
pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-
soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah
Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-
kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini
dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus
peperangan di Asia Tenggara.

Ekonomi

Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di
Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-
besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah
memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur,
Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga
menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di
Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor
berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi,
getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan
oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang
besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan
tenaga buruh yang tidak mencukupi.
Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah
jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British
hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching.
Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina
dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan
kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan
(Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan
yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri
Sainuddin.:2003:64-65).

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru
dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak.
Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat
pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi
negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat
pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan
ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional
yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala
penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem
matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan
ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan
timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah.
Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan
sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.

Sosial

Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi
terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan
pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik
dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan
bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan
bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah
jenis venikular berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya,
tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar mendapat
pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap
orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam
sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai
kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-
buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan
buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang
yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar
ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang
wujudnya perpaduan kaum

Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu
miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa mereka
berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu
hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada
dalam keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom
dan peluru untuk memuaskan naluri perang merekatp://pmdecfive.blogspot.com/2015/03/kesan-
kesan-kedatangan-british-ke-tanah.html

Anda mungkin juga menyukai