Anda di halaman 1dari 11

AKIDAH PEL : 12 : BERIMAN KEPADA RASUL

Buku teks ms 83-90 Unit 1 : Konsep Kenabian, Sifat Rasul, IsmaturRasul, Ululazmi

3.6.1:Konsep Kenabian:
MAKSUD BERIMAN KEPADA RASUL

Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan Nabi dan Rasul kepada umat
manusia dan meyakini pengutusan 25 orang rasul yang disebutkan dalam
al-Quran secara khusus.

1- ALLAH SWT BERFIRMAN :


3.6.2 : DALIL KEWAJIPAN
BERIMAN

(Surah al-Baqarah ayat 285)

Maksudnya: “ Rasulullah telah beriman kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya


daripada Tuhannya, dan juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,
MalaikatNya, Kitab-kitabNya dan Para RasulNya. (KataNya) ”Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasulNya”.......

2- Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Bin al-Khattab r.a.:

Maksudnya : …..bahawa kamu beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Para RasulNya, Hari Akhirat, dan
kamu beriman kepada Qadar Allah terhadap perkara baik dan buruk.

PENGERTIAN NABI DAN RASUL 3.6.3 : PENGERTIAN


NABI RASUL
Seorang lelaki yang dipilih Allah dan Seorang lelaki yang dipilih Allah dan
dikurniakan wahyu kepadanya tetapi dikurniakan wahyu kepadanya serta
tidak diperintahkan untuk diperintahkan untuk
menyampaikannya kepada orang lain. menyampaikannya kepada umatnya. 1
3.6.4 : Sifat Wajib, Mustahil dan Harus Bagi Rasul

SIFAT WAJIB SIFAT MUSTAHIL

SIDDIQ KIZBUN
benar dusta

AMANAH KHIANAT
jujur pecah amanah

TABLIGH KITMAN
menyampaikan menyembunyikan
n

FATANAH BALADAH
bijaksana bodoh

SIFAT HARUS

BASYARIAH

Sifat manusia biasa:


Makan/ minum, tidur, letih, sakit,
gembira, sedih, berkahwin, meninggal

3.6.6 : HIKMAH RASUL ADALAH MANUSIA


HIKMAH RASUL DIPILIH DALAM KALANGAN MANUSIA
MENJADI CONTOH IKUTAN YANG SEMPURNA kerana lebih mengetahui keperluan
manusia. Manusia tidak boleh menolaknya dengan alasan di luar kemampuan
mereka(manusia).
MENUNJUKKAN KEMULIAAN MANUSIA yang dipilih menjadi khalifah di bumi
berbanding dnegan makhluk lain
MANUSIA LEBIH MUDAH BERIMAN apabila membuktikan kerasulannya dengan
mukjizat.
MENJADI UJIAN KEPADA MANUSIA sama ada mengakui kebenaran rasul atau
mendustakannya.

2
3.6.7 : Maksud IsmaturRasul

Bahasa : Terpelihara daripada sesuatu yang buruk.


Istilah :
Pemeliharaan Allah terhadap para Rasul daripada
melakukan dosa dalam apa bentuk sekali pun sama ada dosa kecil
atau dosa besar.

ALLAH BERFIRMAN :-

MAKSUDNYA: “ Sesungguhnya kami telah membuka bagi perjuanganmu satu


jalan kemenangan yang nyata. Kerana Allah mengampunkan dosamu yang lalu
dan yang terkemudian...”.

3.6.8 : MAKSUD MUKJIZAT


Bahasa Yang melemahkan.
Istilah Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada
nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan
kerasulan mereka.
Jenis Hissiyah dan Maknawiyah

3
JENIS MUKJIZAT
-Mukjizat yang dapat dikesan dengan pancaindera tetapi tidak
HISSI : berkekalan.
-Berlaku ketika sesorang rasul yang diberi mukjizat tersebut masih
hidup.

-Mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian


MAKNAWI : berdasarkan ilmu.
-Mukjizat yang kekal(‫ )خالدة‬hingga kiamat iaitu : AL-QURANUL KARIM
yang sentiasa membuktikan kebenaran rasulullah dan ajaran Islam.

CONTOH MUKJIZAT HISSI


RASUL CONTOH MUKJIZAT HISSI
NABI SOLEH AS Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada celah batu.
-Tongkat Baginda bertukar menjadi ular kemudian menelan jelmaan
ular tukang sihir Firaun.
NABI MUSA AS -12 mata air terpancar daripada batu yang dipukul dengan
tongkatnya.
- membuat burung daripada tanah kemudian meniupnya, lalu
NABI ISA AS burung tersebut hidup dengan izin Allah SWT.
- Menyembuhkan orang buta dan sopak setelah menyapu
dengan tangan Baginda.
- peristiwa ISRAK dan MIKRAJ.
NABI MUHAMMAD SAW - Baginda membelah bulan dengan isyarat tangan Baginda
sehingga Penduduk Mekah dapat melihatnya dengan jelas.

4
3.6.9 : Maksud ULULAZMI

ULULAZMI

Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah.
Firman Allah SWT :

Maksudnya:-
” Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Ululazmi daripada kalangan Rasul2 dan
janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka.”

* Menurut al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri dalam kitab TUHFATUL MURID ALA JAUHARATUL
TAUHID....Allah memilih LIMA ORANG RASUL yang diberi pangkat Ululazmi iaitu Nabi NUH, IBRAHIM,
MUSA, ISA dan MUHAMMAD

3.6.10 : CONTOH KECEKALAN RASUL ULULAZMI


RASUL ULULAZMI KECEKALAN / UJIAN
-Dakwah selama 950 tahun, hanya sebahagian kecil umatnya yang beriman.
NABI NUH AS -Kebanyakan umatnya kufur termasuklah isteri dan anak Baginda.

-Dijatuhkan hukuman bakar oleh NAMRUD dan dihalau daripada tanah air sendiri.
NABI IBRAHIM AS -Diuji dengan perintah Allah supaya menyembelih anak Baginda , Nabi Ismail AS.

NABI MUSA AS -Berhadapan dengan Firaun yang zalim dan berhijrah ke Palestin bersama dengan
Bani Israel yang degil dan ingkar.
-Ditentang oleh orang Yahudi sehingga mereka merancang untuk membunuh
NABI ISA AS Baginda, tetapi Allah SWT menyelamatkannya lalu diangkat ke langit.
NABI MUHAMMAD -Berhadapan dengan tentangan Musyrikin Quraisy di Mekah dan tentangan Yahudi
dan Munafik di Madinah (Yathrib).
5
3.6.11 : TUGAS-TUGAS RASUL

Menjadi saksi terhadap manusia yang Menjadi contoh teladan yang


tidak beriman kepada Allah SWT. terbaik kepada umat manusia
dalam semua aspek kehidupan.

TUGAS-TUGAS
RASUL
Menyampaikan berita gembira Menyeru manusia supaya
kepada orang beriman dan berita mengabdikan diri kepada Allah
sengsara kepada orang kafir SWT semata-mata.

3.6.12 : KESAN BERIMAN KEPADA PARA RASUL

i- BERSYUKUR kepada Allah kerana mengutuskan Rasul untuk membimbing manusia ke


arah kebenaran.
ii- MENCINTAI DAN MEMULIAKAN RASUL yang membawa rahmat daripada Allah dan
menyampaikannya dengan penuh kesabaran.
iii- MENCONTOHI RASUL dalam semua aspek kehidupan.
iv- MENDAPAT KEBAHAGIAAN di dunia dan akhirat kerana mematuhi ajaran rasulullah.

6
AKIDAH PEL : 12 : BERIMAN KEPADA RASUL
Buku teks ms 92-97
Unit 2 : Sirah 25 Rasul
BIL NAMA RASUL SEJARAH RINGKAS
1. Adam as -Manusia pertama, dicipta drp tanah
- digelar Abu al-Basyar kerana manusia pertama diciptakan Allah.
- Berhadapan Iblis yang cuba menyesatkan Baginda hingga ke anak cucu.

2. Idris as - Generasi ke-5 keturunan Adam as.


- Nabi yang pandai dalam ilmu penulisan dan jahitan.
-
3. Nuh as - Keturunan ke-10 Nabi Adam.
- Berdakwah selama 950 tahun, hanya sebahagian kecil sahaja yang
beriman.
- Baginda membina bahtera untuk menyelamatkan orang beriman daripada
banjir besar.
-
4. Hud as - Keturunan Sam bin Nuh.
- Diutus kpd kaum ’Ad di Ahqaf, Yaman.
- Kaumnya bertubuh besar, kuat & kaya-raya
- Dibinasa dengan angin Sarsar, iaitu angin sejuk yang sangat kencang
selama 8 hari 7 malam.
-
5. Soleh as - Diutus kpd kaum Thamud yang kufur & sembah berhala yang tinggal di
Darul Hijir di Arab Saudi.
- Membuktikan kenabian Baginda dengan mukjizat mengeluarkan seekor
unta daripada celah batu, tetapi kaumnya membunuh unta tersebut.
- Dibinasakan dengan pekikan suara yg kuat dari langit & gempa bumi.
-
6. Ibrahim as - Keturunan Sam bin Nuh as.
- Digelar ’Khalilullah’.
- Membina Kaabah di Mekah
- Digelar juga Abu Al-anbiya’ kerana ramai rasul lahir daripada keturunan
Baginda.
- Baginda lahir di Iraq semasa pemerintahan Raja Namrud; berhadapan
beliau seorang raja yang kafir dan zalim di Babylon.
- Baginda membawa isteri dan anak Baginda, Ismail ke Semenanjung
Tanah Arab dengan perintah Allah.
- Ketika Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam usia remaja, Allah
mengujinya supaya Baginda menyembelih Ismail.
- Kepatuhan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail menjadi syiar dalam ibadat
Qurban.

7. Luth as - Anak saudara Nabi Ibrahim.


- Diutus kpd penduduk Sadom yg derhaka & mengamalkan jenayah
homoseks @ liwat.
- Dibinasakan dengan hujan batu dan menterbalikkan bumi ke atas
mereka.
- Negeri Sadom terletak di kawasan Laut Mati di Negara Jordan.

8. Ismail as - Nabi Ismail as bersama dengan ibunya Saidatina Hajar(berketurunan


Arab) dihantar oleh bapanya Nabi Ibrahim ke bumi Mekah ketika Baginda
masih kecil.
-
9. Ishak as - Nabi Ishak dilahirkan oleh Saidatina Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim
yang berketurunan Yahudi.
- Baginda diutuskan kepada Kaum Kan’an di Palestin.
- Daripada keturunan Baginda lahir para Nabi dan Rasul Bani Israel.
-
10. Yaakob as - Putera Nabi Ishak.
- Yaakob dalam bahasa ’Ibrani ialah Israel yang bermaksud hamba Allah.
- Baginda dikurniakan 12 orang putera yang mengembangkan keturunan
Bani Israel.
- Asal-usul Bani srael ialah daripada keturunan Baginda.

7
11. Yusuf as - Putera Nabi Yaakub.
- Dilahirkan di Iraq dan merupakan cicit Nabi Ibrahim.
- Dikurniakan ketampanan rupa paras dan pandai tafsir mimpi.
- Baginda telah mentafsir mimpi Raja Mesir mengenai peristiwa kemarau
yang akan berlaku sehingga dapat menyelamatkan ekonomi Mesir.

12. Syuib as - Keturunan Nabi Ibrahim as.


- Diutus ke Negeri Madyan (Jordan) yang mengamalkan penipuan dalam
urusan sukatan dan timbangan ketika berjual-beli.
- Binasa : gempa bumi & petir yg dahsyat
-
13. Ayub as - Keturunan Nabi Ibrahim as.
- Allah menguji Baginda dengan kehilangan harta, kematian anak dan sakit
yang lama.
- Berkat kesabaran Baginda, Allah SWT telah menyembuhkan penyakitnya.
-
14. Zulkifli as - putera Nabi Ayub as.
- Nama Baginda disebut dalam al-Quran bersama dengan Nabi Idris as,
Nabi Ismail as dan Nabi Ilyasa’
- Merupakan antara Nabi yang tinggi kesabaran dalam berdakwah.
- Nama asal Basyar ; digelar Zulkifli (yg bersanggupan) kerana banyak
berpuasa & beribadat waktu malam

Musa as - Keturunan Yaakub. Putera Imran.


- Lahir di Mesir ketika Firaun melancarkan agar semua anak lelaki Bani
15. Israel dibunuh.
- Allah mengilhamkan kepada ibunya agar menghanyutkannya ke Sungai
Nil.
- Terselamat drp dibunuh , malah dipelihara Asiah isteri Firaun malah
disusui oleh ibu kandungnya sendiri.
- Baginda berdakwah kepada Firaun agar beriman kepada Allah SWT.
- Firaun bertindak menentang Nabi Musa beserta pengikutnya dan
mengejar Baginda sehingga ke Laut Merah.
- Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa agar memukul laut
dengan tongkatnya lalu laut terbelah menjadi laluan yang selamat
untuk Nabi Musa as dan pengikutnya.

16. Harun as - Saudara Nabi Musa.


- Allah SWT telah menganugerahkan Baginda kepetahan berbicara dan
melantik Baginda sebagai pembantu Nabi Musa as dalam berdakwah.

17. Daud as - Keturunan Nabi Yaakob melalui Ishak.


- Dilantik menjadi Raja Palestin.
- Miliki suara yg merdu & boleh melembutkan besi dgn tangan
- Walaupun seorang Raja, Baginda bekerja sendiri untuk kehidupan
- Bina Bailtul Maqdis bersama Nabi Sulaiman, puteranya.
- Terkenal dengan amalan berpuasa selang sehari.

18. Sulaiman as - Putera Nabi Daud


- Rasul & Raja yg bijak
- Faham bahasa binatang & boleh perintahkan jin serta angin kerana boleh
menguasai angin, jin dan haiwan dalam pemerintahannya.
- Kehebatannya Berjaya menguasai Empayar Saba’ , berjaya islamkan &
kahwin Ratu Balqis

19. Ilyas as - Keturunan Nabi Harun


- Diutus kpd Bani Israil yg menyembah Berhala Ba’al.
- Ditentang oleh kaumnya dan mereka membuat perancangan membunuh
Baginda.
- Binasa: kemarau panjang selama 3 tahun

20. Ilyasa’ as - Sahabat setia Nabi Ilyas as.

8
- Setelah Nabi Ilyas wafat, Baginda dilantik menjadi Rasul dan
menyambung perjuangan Nabi Ilyas as.
- Diutus kpd Bani Israel.
- Berjaya menyeru mereka beriman
- Kembali kufur selepas Baginda wafat.
- Binasa: ditimpa bala dgn dilenyapkan segala nikmat

21. Yunus as - diutus kpd penduduk Nainawa di Iraq tetapi mereka mengingkari dakwah
Baginda.
- Baginda lari meninggalkan kaumnya dengan menaiki kapal yang sarat
dengan muatan.
- Telah diundi dibuang ke laut selepas kapal dilanda taufan.
- Dicampakkan ke lautan dan ditelan oleh ikan Nun.
- Baginda sentiasa bertasbih kepada Allah sehingga Allah mengeluarkan
Baginda dari perut ikan Nun dan kembali berdakwah kepada kaumnya.

22. Zakaria as - keturunan Nabi Daud as.


- Diutus kpd Bani Israel di Palestin
- Tidak dikurniakan anak pada lanjut usia melebihi 100 tahun dan isterinya
mandul.
- Namun, telah dikurniakan Allah anaknya, Nabi Yahya setelah tua.
- Turut memelihara Maryam, ibu Nabi Isa.
- Wafat kerana dibunuh oleh raja yang zalim.

23. Yahya as - Putera Nabi Zakaria as.


- Ibunya bernama Eisya’ ialah saudara perempuan Maryam.
- Dianugerahkan ilmu yg luas sejak kecil dan dipelihara drp maksiat.
- Baginda dan ayahandanya Nabi Zakaria mati syahid dibunuh oleh raja
yang zalim kerana menghalangnya daripada berkahwin dengan anak
tirinya sendiri.

24. Isa as - putera Maryam Binti Imran, merupakan rasul terakhir dari Bani Israel.
- Mukjizat Baginda terzahir apabila dilahirkan tanpa bapa.
- Boleh bercakap ketika masih bayi untuk mempertahankan kebenaran
ibunya.
- Diutus kepada Bani Israel, dengan kitab Injil di mana sebahagian sahaja
yang beriman(al-Hawariyyun) dan banyak yang kufur.
- Mereka cuba menangkap dan membunuh Baginda tetapi Allah telah
menyelamatkan dan mengangkat Baginda ke langit.
- Akan turun semula ke dunia apabila hampir berlaku Hari Kiamat.

25. MUHAMMAD SAW - keturunan Quraisy, iaitu qabilah paling mulia daripada keturunan Nabi Ismail
- Gelaran: al-Amin, Khatamul Anbiya’ dan Saiyyidul Mursalin.
- Dilantik menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun.
- Diwahyukan kitab al-Quran dan merupakan Penghulu sekelian Rasul dan
Nabi Terakhir.
- mukjizat terbesar Baginda ialah al-Quranul Karim.
- wafat dan dimakamkan di Madinah.

9
LATIHAN T3 BAHAGIAN AKIDAH
PELAJARAN 12 BERIMAN KEPADA RASUL : Unit 1

NAMA: .................................................................... KELAS: ...........................

JAWAB SOALAN BERIKUT MENGIKUT FORMAT:-

1- Nyatakan maksud beriman kepada rasul.

______________________________________________________________________________
(2 markah)

2- Jelaskan DUA perbezaan antara nabi dengan rasul.

Nabi Rasul
i-
ii-
(4 markah)

3- Nyatakan sifat WAJIB, MUSTAHIL dan HARUS bagi rasul:


Sifat Wajib Sifat Mustahil Sifat Harus
1- 1- 1-
2- 2-
3- 3-
4- 4-
( 9 markah)

4- Jelaskan DUA hikmah Rasul dipilih dari kalangan manusia.

i- _______________________________________________________________

ii- _______________________________________________________________
(4 markah)

5- Jelaskan maksud IsmaturRasul.

______________________________________________________________________________
(2 markah)

6- Jelaskan maksud Mukjizat berserta jenisnya.

______________________________________________________________________________
(2 markah)

10
7- Jelaskan maksud Rasul Ululazmi.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
(2 markah)

8- Senaraikan DUA contoh kecekalan Rasul Ululazmi.

i- _______________________________________________________________

ii- _______________________________________________________________
(4 markah)

9- Terangkan DUA tugas Rasul.

i- _______________________________________________________________

ii- _______________________________________________________________
(4 markah)

Mukjizat dan IsmaturRasul ialah keistimewaan yang Allah


10- SWT kurniakan kepada para Rasul.

Apakah yang akan terjadi jika Rasul tidak dianugerahkan dengan


keistimewaan tersebut.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(4 markah)

11

Anda mungkin juga menyukai