Anda di halaman 1dari 11

7.

11 Haji Abdul Rahman Limbong


Pejuang Tani
 nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji
Abdul Hamid
 dikenali sebagai Haji Abdul Rahman
Limbong kerana beliau sering ke Limbong,
Kemaman untuk mengajar agama
 beliau berjuang untuk membela nasib
petani yang ditindas
 perjuangannya dikenal sebagai
‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu
a) Pas Kebenaran Yang Membebankan
 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
 petani yang ingin membuka tanah dan
bercucuk tanam perlu mendapatkan
kebenaran dengan bayaran 50 sen
 peraturan yang sama jika menebang pokok
dan mengutip hasil hutan seperti daun
nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun
palas
 membebankan hidup petani yang sedia ada
miskin
b) Penguatkuasaan Undang-Undang
Binatang Buas
 1923 diperkenalkan Undang-Undang
Kawalan Binatang Buas yang melarang
penduduk memburu binatang liar
 sesiapa yang ingkar dikenakan denda
sebanyak 500 dolar dan senapang
mereka akan dirampas
c) Peraturan Tanah Baru
 1924 peraturan tanah mewajibkan
penduduk mendaftar tanah mereka
dengan bayaran sebanyak 2.50 sen
seorang
d) Pengaruh Pemimpin Agama
 pemimpin agama berperanan penting
dalam kebangkitan anti-British di
Terengganu
 Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan
‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas
mengerjakannya tanpa perlu membayar
cukai kepada kerajaan’
 Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan
peraturan British bertentangan dengan
syariah Islam
Kebangkitan 1922
 petani di Kuala Telemong menentang peraturan
baru dengan membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran
 British menangkap 43 orang petani dan
mendakwa mereka di mahkamah
 Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai
peguam
 British gagal mematahkan hujahnya bahawa
tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri
 mahkamah menerima hujah tersebut dan
membebaskan mereka
Kebangkitan 1925

 seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di


Kuala Telemong untuk bercucuk tanam
 mereka membersihkan 200 ekar tanah milik
Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah
kerajaan
 tindakan dilakukan kerana British akan memberi
konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina
 British mendesak Sultan Sulaiman supaya
bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
 Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada
sultan bahawa pentadbiran British di daerah
Kuala Berang menindas rakyat
Kebangkitan 1928
 British mengancam untuk mengambil
tindakan undang-undang ke atas petani-
petani yang enggan membayar cukai
 ini menyebabkan seramai 1000 orang
petani berhimpun di Marang, Kuala
Telemong dan Kuala Berang
 mereka mengisytiharkan perang
terhadap British
 mereka menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang serta
mengibarkan bendera merah
 British meminta bantuan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
 pertempuran berlaku di Padang Kacong
 seramai 12 orang petani terkorban dan
semua pemimpin petani termasuk Haji
Abdul Rahman Limbong ditangkap
 tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala
Terengganu
 Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi
hukuman buang negeri ke Makkah atas
tuduhan menghasut dan mencetuskan
kebangkitan di Terengganu

Anda mungkin juga menyukai