Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMELING

PERJUANG TEMPATAN NEGARA KITA

NAMA: NURUL HASYA DARWISHAH BINTI SANI

KELAS: 5 IBNU SINA

NAMA GURU: PN. HAFIZAH


BIODATA MURID

NAMA: NURUL HASYA DARWISHAH BINTI SANI

UMUR: 11 TAHUN

TARIKH LAHIR: 12.08.2006

NAMA AYAH: SANI BIN IKHWAN

NAMA IBU: SITI ROHAIDA BINTI HJ DAUD

BIL. ADIK BERADIK: 3 ORANG

NAMA KAKAK: NURUL HASYA MAWADDAH BINTI SANI

: NURUL HASYA BATRISYIA BINTI SANI


PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.r.t.

Bersyukur kehadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Tokoh
Perjuangan Negara Kita.Folio ini amat penting buat saya untuk mengenali
lebih mendalam tentang perjuang perjuang negara kita.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan folio saya ini.Pertama sekali,
sekalung penghargaan untuk guru subjek saya Pn. Hafizah kerana telah
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini dan
telah banyak memberikan bimbingan dan semangat dan kepada semua
pelajar untuk menyiapkan folio ini.Jasamu akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.Terima
kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya
bantuan dari segi kewangan.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

Perkara Muka
Surat
1.0 Pengenalan ( Konsep
Penjajahan )
2.0 Kedatangan Kuasa Luar
3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa
Luar
4.0 Penentangan Oleh Tokoh
Tempatan
5.0 Kesimpulan
6.0 Lampiran
7.0 Bibliografi
KONSEP PENJAJAHAN
DEFINISI
Penjajahan sering berkait rapat dengan istilah kolonialisme dan imperialisme.

KOLONIALISME
Kolonialisme berasal dari kata kolonial (latin) yang membawa maksud tanah
permukiman/jajahan. Ianya bermaksud dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu
kawasan serta masyarakatnya yang dianggap lemah. Pengeksploitasian itu meliputi berbagai
sudut seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta politik atau secara ringkasnya
meliputi kesemua cara hidup masyarakat tersebut.

Penjajahan Dan Campur Tangan British

Kekayaan hasil bumi mendorong kuasa luar bersaing untuk menguasai Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah. Persaingan ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke negara kita.
Akibatnya,terbentuk beberapa jenis pentadbiran yang berbeza.

7.2 Dol Said Pahlawan Naning


(Teks m/s: 166-168)
(i) Latar belakang
- daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka
- Penghulu naning ialah Dato Naning Abdul Said yang dikenalisebagai Dol Said
- pusat pentadbiran terletak di Taboh
- Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih
timah
- 1831 Dol Said telah bangkit menentang British
(ii)Faktor Penentangan
a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning
- 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
- dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British
- British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
- British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
- dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat
Naning
b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
- British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan
kuasa Dol Said
- peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
- tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes
jenayah di naning
- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan
British
c) Menentang Bayaran Cukai
- melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10
daripada hasil keluaran pertanian
- arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500
dolar sebulan
(iii)Peristiwa Penentangan
- 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka
- British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie
untuk menyerangnya
- British berjaya ditewaskan
- Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat
bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar
- turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar
pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Shaaban
- British sedar Naning sukar dikalahkan
- British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau
bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning
- Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
- British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas
Naning
- pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
- pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning
dibakar
- Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British
(iv)Kesan Penentangan
- British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka
- Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
- British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling
- walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan
semangat juang di kalangan bangsa Melayu

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak


(Teks m/s: 172-173
(i) Latar belakang
- pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang
- berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang
- dilantik oleh Sultan Abdul Mumein dari Brunei
- berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di
Sungai Skrang
(ii)Faktor Penentangan
- James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei
- kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah
pentadbiran Brooke
- pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British
dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
- Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke
wilayahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
- tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan
mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
- James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di
Sarikei
- Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke
- Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching
untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak
- tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit
- peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak
- tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung
Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi
menggulingkan Brooke
- Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur
dan dipenjarakan di Betawi
- pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai
Sadong
- kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64
orang pengikutnya terbunuh
- Sharif Masahor berundur ke Mukah
- tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan
menahan Sharif Masahor
- Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura
(iv)Kesan Penentangan
- walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan
menentang Brooke tidak pernah berakhir
- pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin
Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
- tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin
orang Iban di Sungai Kanowit

7.5 Dato Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak


(Teks m/s: 174-176)
(i) Latar belakang
- Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir
Salak
- pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil
daripada Perjanjian Pangkor
- pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak
yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak
(ii)Faktor Penentangan
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
- 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan
yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai
- Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
- Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai timah di Bidor
b) Mencabar Ketuanan Melayu
- kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak
- pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan
penyerahan kuasa kepada British
- kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen
- Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik
penghulu
c) Memperkenalkan Cukai Baru
- Birch bertindak sesuka hati
- Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan
bayaran permit untuk membalak
- Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin
d) Mencabuli Adat Resam
- Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu
- Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan dirumahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
- Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di
Durian Sebatang
- mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch
- Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya
- mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
- pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
- Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk
membunuh Birch
- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak
- Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan
Pasir Salak
- pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
- pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir setengah
tahun
- pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
- pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari
India dan Hong Kong
(iv)Kesan Penentangan
- tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum
dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak
- Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di
Lautan Hindi
- Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
- British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
- Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti


(Teks m/s: 177-178)
(i) Latar belakang
- nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin
- dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875
- wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir
dan Jempol
(ii)Faktor Penentangan
- Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana Syed Abdul
Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British
- tindakan Dato Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua
- Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah
Sungai Ujong
- hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato Kelana bertambah runcing
apabila Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
- dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri
Menanti
- Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru
ukur untuk membuat siasatan
- Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British
menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
- berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran
- kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato Siamang Gagap, Tengku
Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
- Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina
kubu di situ
- British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-
Negeri Selat
- Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor
(iii)Kesan Penentangan
- Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan
British
- Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu
William Jervois
- Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti
- tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato Siamang Gagap
- rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh
Negeri Sembilan

7.7 Dato Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179-181)


(i) Latar belakang
- nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
- dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang
saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera
Segara
- Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
(ii)Faktor Penentangan
a) Hilang Hak Mengutip Cukai
- Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai
Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
- Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di
Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis
- pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa
berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman
- konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius
- Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan
serta mengancam kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan
mematuhi arahan British
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan
- tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau bersumpah menghalau
keluar British dari Pahang
(iii) Peristiwa Penentangan
- 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana
mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
- tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya menyerang
Balai Polis Lubuk Terua
- peristiwa ini mencetuskan perang
- 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk
menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
- Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
- Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan
rakyat Pahang
- pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai oleh J.P.Rodger
ditubuhkan
- British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11
buah kubu Dato Bahaman di Bentong
- Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
- pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
- di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang
berjihad menentang British
- 14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai
- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula
Jeram Ampai
- Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
- pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang
(iv)Kesan Penentangan
- Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang
British
- kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh
pahlawan Pahang
- kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 1894
- British terpaksa menanggung hutang yang banyak
- Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi
menyelesaikan hutang tersebut

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teks m/s: 182-183)


(i) Latar belakang
- nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu
- dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut
- berketurunan Bajau dan Suluk
- mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang
- kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah
penentangan di Sabah
(ii)Faktor Penentangan
a) Perjuangan Jihad
- kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu
menentang Sepanyol di selatan Filipina
b) Peraturan Yang Membebankan
- SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa,
cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat
c) Percubaan Berunding Gagal
- Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan untuk menemui
Gabenor Beaufort, C.V.Creagh
- tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai
SBUB terhadap penduduk tempatan
- Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama
10 hari beliau meninggalkan Sandakan
d) Perkampungan Di Bakar
- Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB
- SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh
- SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap
Mat Salleh
(iii)Peristiwa Penentangan
- Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya
- November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong
- William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat
Salleh lalu menawarkan perdamaian dan pengampunan kepadanya
- April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
- Antara syarat perjanjian adalah;
- Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan
- penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali
semula
- Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
- Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB
- SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih
pentadbiran di Tambunan
- Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina kubu
di Kampung Teboh, Tambunan
- SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran
- Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh
- Mat Salleh terkorban
(iv)Kesan Penentangan
- perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta
- Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah
sepenuhnya

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar


(Teks m/s: 184)
(i) Latar belakang
- nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
- ketua kaum Murut di Rundum
- dilahirkan tahun 1875
- ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang
SBUB yang menindas kaumnya
(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- merasakan hak mereka diceroboh
- akibatnya mereka kekurangan beras
b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
- cukai kepala satu dolar setiap orang
- cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
c) Menjadi Buruh Paksa
- orang Murut dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara
Tenom dengan Rundum
d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah
tebing sungai
- mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB
untuk dijadikan buruh paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan
akan mengganggu roh nenek morang mereka
(iii)Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah
mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan
kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum
dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
- kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut
Antanom bertambah menjadi 900 orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7
buah rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
- pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- penentangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum
(iv)Kesan Penentangan
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf
dari Kimanis hingga ke Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan
kebangkitan seterusnya
- orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap
SBUB

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad


(Teks m/s: 187-189)
(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
- dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras
dada
- dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
- mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
- mahir dalam ilmu persilatan
- menetap di Kampung Nering, Kelantan
- bekerja sebagai petani dan peniaga
(ii)Faktor Penentangan
a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani
membayar cukai tanah
b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
- petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- peraturan ini membenakan rakyat
c) Perasaan anti-British
- sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki
Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
- kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad
menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh
d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
- penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat
bayaran cukai terletak jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British
(iii)Peristiwa Penentangan
28 April 1915
- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap
Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok
Janggut
29 April 1915
- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol
mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh
bebas daripada ancaman British
- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
9 Mei 1915
- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
23 Mei 1915
- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan
menyerah diri
- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh
24 Mei 1915
- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh,
Saring
- Tok Janggut terkorban
- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung
songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan
(ii)Kesan Penentangan
- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang
kuasa penjajah Barat
- semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani


(Teks m/s: 290-192)
(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
- dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke
Limbong, Kemaman untuk mengajar agama
- beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas
- perjuangannya dikenalsebagai Kebangkitan Tani di Terengganu
(ii)Faktor Penentangan
a) Pas Kebenaran Yang Membebankan
- 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
- petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan
kebenaran dengan bayaran 50 sen
- peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti
daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas
- membebankan hidup petani yang sedia ada miskin
b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas
- 1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang
penduduk memburu binatang liar
- sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka
akan dirampas
c) Peraturan Tanah Baru
- 1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan
bayaran sebanyak 2.50 sen seorang
d) Pengaruh Pemimpin Agama
- pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di
Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan tanah adalah hak Allah dan rakyat
bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan
- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan
syariah Islam
(iii)Peristiwa Penetangan
Kebangkitan 1922
- petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan
tanah tanpa mengambil pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan
hak negeri
- mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka
Kebangkitan 1925
- seramai 300 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk
tanam
- mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400
ekar tanah kerajaan
- tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada
saudagar Cina
- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul
Rahman Limbong
- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran
British di daerah Kuala Berang menindas rakyat
Kebangkitan 1928
- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-
petani yang enggan membayar cukai
- ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala
Telemong dan Kuala Berang
- mereka mengisytiharkan perang terhadap British
- mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta
mengibarkan bendera merah
- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- pertempuran berlaku di Padang Kacong
(iv)Kesan Penentangan
- seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji
Abdul Rahman Limbong ditangkap
- tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas
tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu

Anda mungkin juga menyukai