Anda di halaman 1dari 5

penentangan yang dilakukan oleh Dato' Maharaja Lela

2.1.2d) Huraikan penentangan yang dilakukan oleh Dato'


Maharaja Lela ke atas British di Perak. (Teksms 37-38)

i) Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch
telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh
Dato' Maharaja Lela.

ii) Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua
pembesar dan sultan serta penduduk tempatan terhadap
British.

iii) Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti
yang termaktub dalamPerjanjianPangkor 1874.

iv)Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan
hak mereka.

v) Para pembesar menolak penguasaan British terhadap
kawasan mereka.

vi) Para pembesar menolak campur tangan British dalam
adat resam dan hal ehwal tempatan.

vii) J. W. W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak tahu berbahasa Melayu.

viii) Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh
Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke menyebabkan
berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak
terhadap campur tangan British.

ix) Dato' Maharaja Lela membuat Kubu di Pasir Salak
dengan mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang antara
Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu
bertujuan menentang undang-undang British.

x) Selepas bermesyuarat Dato' Maharaja Lela bersetuju
membunuh J.W.W. Birch manakala Sultan Abdullah
memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

xi) Sultan Abdulah terpaksa menyerahkan Perak kepada
British walaupun berlaku penentangan terhadap British.

xii) Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh
penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di
Pasir Salak.

xiii) Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam,
dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di
Sungai Perak, Pasir Salak.

xiv) Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak menyebabkan Dato'
Maharaja Lela danDato' Sagor melarikan diri ke Kota
Lama.

xv) Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch
ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris sebagai hakim
manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

xvi)Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman
gantung, Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor, Sultan
Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan
Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
DATO MAHARAJA LELA
PERJUANGAN DATO MAHARAJALELA DI PERAK

Latar Belakang
Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.
Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada
Perjanjian Pangkor.
Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang
mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
FAKTOR PENENTANGAN J.W.W BIRCH

J.W.W Birch

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang
membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan
diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja
Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah
didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir
negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai
dan melantik penghulu.
c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi,
perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki
membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan
amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan
permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.
PERISTIWA PENENTANGAN

Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang.
Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato Maharaja Lela dan pengikutnya
Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka
berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

Tempat Birch Di bunuh
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato Maharaja Lela dan
pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch
menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor
memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten
Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir
setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak
akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.


Kubu Dato Maharajalela.
KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum
gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke
Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas
menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.
Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

Anda mungkin juga menyukai