Anda di halaman 1dari 9

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3

TAHUN 2022

TAJUK:
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

NAMA MURID : DAYANG ADZIDAH

IRDIANA BINTI AG MOHD

ADZRUL

KELAS : 3 UMAR

NAMA GURU : RAZZI ZULFIKHAN BIN ABDUL HAKIM


Pernyataan Masalah

Pengenalan
Campur tangan kuasa Barat di negara kita membawa perubahan pentadbiran
yang sangat berbeza daripada sistem pentadbiran tradisional sedia ada yang
memberikan kesan terhadap kuasa pemerintah dan masyarakat tempatan.
Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat tempatan tidak berpuas hati. Oleh
itu, mereka bangkit menentang kuasa British di negara kita melalui tiga bentuk
penentangan iaitu penentangan bersenjata, mencabar perjanjian dan
menggunakan sistem perundangan. Matlamat perjuangan mereka adalah untuk
mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan, mengembalikan dan
mengekalkan sistem pentadbiran tradisonal yang sedia ada serta menentang
pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan
Persoalan Kajian

a) Pengetahuan
- Terangkan latar belakang tokoh yang dipilih?

b) Kemahiran Pemikiran Sejarah


- Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan tokoh-tokoh tersebut
menentang penjajahan British?
- Ceritakan kronologi peristiwa penentangan tokoh-tokoh tersebut?
- Jelaskan peranan anda sebagai rakyat Malaysia dalam
mempertahankan kedaulatan negara kita?

c) Nilai
- Berikan iktibar yang anda perolehi daripada sejarah penentangan
tokoh-tokoh tempatan yang anda kaji?
Objektif Kajian

Melalui kajian ini, saya dapat :


1. Mengetahui tentang latar belakang Dato’ Bahaman dan Haji Abdul
Rahman Limbong.
2. Menghuraikan tentang kronologi peristiwa penentangan.
3. Menerangkan matlamat dan bentuk penentangan masyarakat tempatan.
4. Menilai penentangan masyarakt tempatan terhadap kuasa Barat.
Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan
maklumat tentang sejarah penentangan Dato’ Bahaman dan Haji Abdul Rahman
Limbong.
Antara kaedah yang digunakan ialah :
a) Melayari internet
Saya melayari Internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
tokoh.
Daripada beberapa laman web seperti :
i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Bahaman
ii. https://penatokoh.blogspot.com/2014/02/dato-bahaman.html
iii.
iv.

b) Buku
Saya melakukan rujukan buku yang bertajuk Sejarah Tingkatan 3.
Melalui buku ini, saya mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan
dengan tokoh.

c) Sumber Lain
Saya melakukan rujukan di aplikasi Youtube. Melalui aplikasi ini, saya
mendapatkan maklumat tentang …………………………………………..
DAPATAN KAJIAN

DATO’
BAHAMAN
(PEnEnTAnGAn
BERSEnJATA) - PAHAnG
Hasil kajian atau laporan kajian
A) Latar belakang Dato’ Bahaman
- Nama sebenar : Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh
- Dikenali sebagai Dato’ Bahaman.
- Dilahirkan di Semantan, Pahang, Tanah Melayu pada tahun 1838
- Meninggal dunia pada tahun 1977 ketika berusia 139 tahun
- Dikebumikan di Kampung Peramu, Kuantan, Pahang
- Salah seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang dan berpengaruh di
kawasan Semantan, Pahang
- Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang
Kaya Indera Segara
- Terkenal kerana mempertahankan tanah air terhadap campur tangan
dari penjajah British di Pahang
- Pernah menjadi anak angkat Tun Ali
- Rakan sepermainan kepada Tun Ahmad semasa zaman kanak-kanak

B) Faktor-faktor yang menyebabkan penentangan


- Berpunca daripada Tindakan provokasi C.E.B Desborough
( Pemangku Pemungut Hasil Semantan ) yang menangkap anak buah
Dato’ Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa kebenaran
dan tidak membayar cukai
- Pembinaan balai polis di Lubuk Terua dianggap satu pencerobohan ke
atas tanah orang Melayu dan mengganggu kegiatan mereka
- Menentang British kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan
balai polis tanpa pengetahuannya

C) Kronologi peristiwa penentangan


1) Pada tahun 1888, beberapa orang pembesar telah bersatu melawan
penguasaan British di Pahang.
- Apabila J.P Rodgers dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama,
Dato’ Bahaman telah menolak pelaksanaan undang-undang British
yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan.
- Undang-undang British meliputi sistem kehakiman, pemungutan hasil
tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.
- Undang-undang itu telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai
Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
2) Pada 16 Disember 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato’
Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
- Dato’ Bahaman dan Tok Gajah(Imam Perang Rasul) serta Mat Kilau
telah bersatu melancarkan gerakan secara mengejut untuk menyerang
Balai Polis Lubuk Terua.
- Peristiwa ini mencetuskan perang dan pihak British telah kalah serta
melarikan diri ke bandar Temerloh

3) Pada 26 Disember 1891, Hugh Clifford dan Tengku Mahmud


mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk
menawan semula Lubuk Terua tetapi mereka tewas dalam
pertempuran di Kelubi.
- Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura
-
4) Pada Januari 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad untuk
menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.
- Pasukan tentera yang dinamakan ‘Gerakan Sultan’ ditubuhkan dan
Sultan Wan Ahmad dilantik untuk mengetuai gerakan ini.
- ‘Gerakan Sultan’ telah menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di
Bentong tetapi jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada
tanda-tanda pengikutnya yang terdekat akan ditangkap.
5) Pada awal bulan Februari 1892, daerah Semantan telah diletakkan
dibawah jagaan Abdullah Bera.
6) Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman Berjaya menawan semula
Lubuk Terua
- Pihak British kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera

7) Pada 8 Mei 1892

Anda mungkin juga menyukai