Anda di halaman 1dari 7

SEJARAH KOTA LUKUT

Lukut merupakan sebuah bandar kecil yang berada dalam daerah Port Dickson
Negeri Sembilan. Disebalik bandar kecil ini terdapat sebuah kota lama yang merupakan
kubu pertahanan serta gudang simpanan bijih timah terpenting suatu ketika dahulu. Kini
kota lama ini telah dijadikan sebahagian daripada kompleks muzium lukut yang kini
dikenali sebagai Kota & Muzium Lukut.

MacPherson, Residen Inggris di Malaka pada 1858 – 1860 adalah sahabat Raja
Juma’at bin Raja Jaafar yang telah membuat Lukut berjaya dan menjadi pusat
perdagangan pada masa pemerintahannya. Raja Juma’at seorang Bugis putra Raja Riau
datang ke Lukut pada 1846 untuk menguruskan tambang timah milik ayahnya.
Menurut catatan sejarah, Raja Juma’at membina istana sekaligus kota pertahanan dan
gedung menyimpan bijih timah yang dikuasainya di Lukut. Beliau merupakan salah
seorang yang sangat kaya di Selangor kerana kejayaannya menjual hasil jualan bijih
timah ke Melaka (Lukut) terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an).

Bagaimanapun, Raja Juma’at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut sebaliknya


orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah
seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor. Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah
sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah Melayu iaitu Raja Busu,
iaitu anak Sultan Selangor ketika itu. Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali
sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki
bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa
terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.
Kota yang dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, berbentuk segi empat
dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit
merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah
ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam
juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang
kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.

Tangga menuju tapak Kota Lukut.

Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini
adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 1815. Lukut
pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting khususnya di Sungai Lukut
dan Sungai Ujong (Seremban)
Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor Ke-3) yang
memerintah dari tahun 1826-1858, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya
dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih
timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap
di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir
yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina
dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong-lombong bijih timah.

Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak
sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar
dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan
peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka. Pada suatu pagi yang
gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan
menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah
menyerang Istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan
rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.

Sekitar tapak Kota Lukut

Sekitar tapak Kota Lukut


Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu
kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan
orang cina telah menyerang Istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun
serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.

Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota.
Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan dipenuhi perasaan marah yang
meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau
mereka akan membakar istananya. Walaubagaimaapun Raja Busu telah membalas kata-
kata pemberontak ini dengan kata-kata yang sangat sensitif sehinggakan para
pemberontak ini menjadi sangat marah.

Perigi Beracun Di Kota Lukut

Akibatnya para pemberontak cina ini telah menyerang dan membakar Istana dan
rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang melayu yang dirompak dan juga
dibunuh. Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka
dengan kejam, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa
Raja Busu melawan dan keluarganya cuba untuk menyelamatkan diri, mereka telah
ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar.
Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala
perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan bernilai kira-kira
3,500 paun.

Cumi-cumi
Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini melarikan diri ke kawasan
desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita sedih ini. Mendengarkan
berita pembunuhan Raja Busu dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam
api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah segera
berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas
pembunuhan dan kematian seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana.

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak


tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka. Namun mereka telah diserang
hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan
laluan keluar dari Lukut. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu
dibawah pemerintahan British Melaka untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah
nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina Kecil sempena
mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang
berlindung sebagai pelarian.

Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-
kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama
bertahun-tahun. Raja Juma’at lebih dikenali di Lukut kerana ia membina semula kota
yang musnah itu dan berjaya memajukan Lukut menjadi sebagai pusat perdagangan
yang mashyur lagi terkenal pada zaman itu.

Raja Juma’at terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut
pada pertengahan abad ke-19. Malangnya setelah beliau meninggal dunia, puteranya
Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan
akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.
PERJANJIAN SEMPADAN SELANGOR -SUNGEI UJONG
(10 FEBRUARI 1878)

Pada 10 Februari 1878, Residen Selangor, B. Douglas, Residen Sungai Ujong


P.J. Murray, Sultan Abdul Samad dan Dato’ Kelana telah menandatangani satu
perjanjian sempadan Selangor dengan Sungai Ujung untuk menyelesaikan
masalah yang telah berlarutan selama beberapa tahun itu.

Perjanjian di antara Sultan Abdul Samad Yang Dipertuan Negeri Selangor


dengan Dato’ Kelana Sungai Ujung, Tengku Saiyid Abdul Rahman antara lain
menyatakan bahawa:-

 Pertama: Dengan nasihat Kapten Bloomfield Douglas (Residen British di Selangor)


Sultan Abdul Samad Yang Dipertuan Negeri Selangor bagi pihak dirinya, dan
puteranya Raja Musa atau sesiapa juga penggantinya yang akan ditabalkan sebagai
Sultan dan waris-warisnya, mulai saat itu mengaku bahawa kawasan Lukut yang
pada masa itu diperintah olch Raja Bot dan semua kawasan tanah dalam Sungai
Raya yang sekarang diperintah oleh Raja Daud, yang kesemuanya itu adalah di
bawah kekuasaan Sultan Abdul Samad.

 Kedua: Dengan nasihat Kapten Murray (Residen British di Sungai Ujung) Tengku
Saiyid Abdul Rahman Dato’ Kelana Sungai Ujung bagi pihak dirinya, pengganti-
penggantinya dan waris-warisnya atau sesiapa juga yang memerintah Sungai Ujung
dan bergelar Dato’ Kelana, mengaku bahawa mulai dari saat itu kawasan yang
terletak di Seberang Tebing Sungai Langat bernama Rekoh dan semua tanah
bernama Labu adalah diserahkan kepada Sultan Abdul Samad Selangor,
pengganti-penggantinya dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai