Anda di halaman 1dari 2

Mat Salleh Menyanggah SBUB

1. Latar belakang Mat Salleh

(a) Dilahirkan di Inanam.

(b) Berketurunan Bajau dan Suluk.

(c) Pemerintah di Sungai Sugut.

2. Sifat keberanian dan kepahlawanan Mat Salleh dapat dilihat semasa kebangkitannya menentang
Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

3. Antara faktor yang membawa kepada penentangan Mat Salleh terhadap SBUB ialah:

(a) Perjuangan jihad

(i) Mat Salleh terpengaruh dengan semangat perjuangan jihat orang Sulu menentang Sepanyol di
sekitar Filipina.

(b) Pengenalan peraturan yang membebankan.

(i) Peraturan baru yang diperkenalkan oleh British termasuklah amalan buruhpaksa, cukai beras dan
lesen perahu.

(ii) Peraturan ini membebankan rakyat Sabah.

(c) Percubaan rundingan gagal (Ogos 1895)

(i) Mat Salleh dan pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk menemui GabenorBeaufort iaitu C.V.
Creagh.

(ii) Beliau ingin mengadu tentan gmasalah cukai dan kekejaman pegawai SBUBterhadap penduduk
tempatan.

(iii) Namun Mat Salleh tidak dilayan biarpun menunggu selama sepuluh hari.

(d) Perkampungan Mat Salleh dibakar.

(i) Tindakan membakar dan memusnahkan perkampungan Mat Salleh diambilkerana Gabenor Beaufort
menganggap Mat Salleh telah mengancamkepentingan SBUB.

(ii) Hadiah sebanyak 500 dolar ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkapMat Salleh.

4. Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan


kubu di Ranau

dan membakar Pulau Gaya.

5. Mat Salleh meneruskan perjuangannya dengan bertindak membakar Ambong padabulan November
1897.

6. Pengarah Urusan SBUB iaitu William Cowie menawarkan perdamaian danpengampunan kepda Mat
Salleh kerana tidak berupaya untuk menewakan MatSalleh.

7. Satu rundingan telah diadakan antara Mat Salleh dan Cowie di Menggatal pada bulanApril 1898.

8. SBUB tidak menepati janji kerana telah mengambil alih semua pentadbiran Tambunanpada tahun
1899.

9. Mat Salleh meneruskan semula penentangannya terhadap SBUB dengan membina kubudi Kampung
Teboh, Tambunan.

10. Kubu Mat Salleh diserang secara besar-besaran oleh SBUB dan pada bulan Januari 1900,pihak SBUB
berjaya mengalahkan perjuangan Mat Salleh.

11. Mat Salleh telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Namun perjuangannya masihditeruskan
oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta.

12. Kebangkitan perjuangan Mat Salleh dapat ditamatkan sepenuhnya pada bulan Julai 1902.

Anda mungkin juga menyukai