Anda di halaman 1dari 9

TOK JANGGUT

(i) Latar belakang


nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada
dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan
mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
mahir dalam ilmu persilatan
menetap di Kampung Nering, Kelantan
bekerja sebagai petani dan peniaga

FAKTOR PENENTANGAN
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang
mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun
1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan
seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok
pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai
terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai
akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai
British yang bertugas menimbulkan kemarahan
penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki
Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang
penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut
dengan melancarkan penentangan terhadap British di
Pasir Puteh.

:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan


Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan
jihad yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan
perkataan pemberontakan dan penderhakaan.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik
pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh
Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan
Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia
dan bangsa yang pintar akan terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut.
Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka
sedar aura perjuangan Mat Hassan juga perlu
dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf
memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan
harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan
kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan
negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha
itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung
sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan
pengikutnya terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah
dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan
agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa
tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan
tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di
Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.
Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima
istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri
Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52
tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam.
Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya
muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali
sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula
melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan
Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri
di pantai Barat Semenanjung.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan
Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala
Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang
Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan
penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan
pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan
Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar
Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah
itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang
Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk
Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila
tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914.
Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit
akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa
menyatakan bahawa mereka menyebelahi England
dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan
Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama
mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan
dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang
mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan
sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi
menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada
mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai
walaupun tidak berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil
masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada
seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung.
Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar
cukai dan memulakan kempen penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai
penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran
membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi
prolog kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan
pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib
mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan
mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan
mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai
Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu
Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada
Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk
menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya
bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi
memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di
kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan
kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya
bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan
untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya.
Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan
timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di
belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka
mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu
polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat
Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya
sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok
Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh
menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan
diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut
berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan
pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri
dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak
istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah
memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan
memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter,
Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri
Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik
Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding
dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada
Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya
tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau
Latiff yang dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk
Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-
IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan
pengikutnya atas kesalahan menderhaka.
Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada
masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap
Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima
ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan
menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain
mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti
Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok
Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke
Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke
negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok
Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak
berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai
kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka
bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris
terpaksa kembali ke Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan
kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali
membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah
penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan
kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera
di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa
pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State
Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan
menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung
Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada
mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam
mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung
di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung
Merbol dan dengan laungan Allahu akbar!, Tok Janggut
dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok
Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum
dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke
atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

Anda mungkin juga menyukai