Anda di halaman 1dari 37

SEJARAH

PT3
BAB 4
PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
4.2 PERLUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS,
KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU
1. Kesemua negeri berhadapan dengan pengaruh Siam sebelum British.
2. Abad ke-19 berlaku hubungan British dengan Siam dan telah memberi kesan besar
kepada negeri-negeri ini.
3. Faktor kedudukan strategik dan kemakmuran menarik minat British.
4. British tidak mampu meluaskan kuasa ke negeri-negeri ini jika kawasan tersebut masih
diletak di bawah naungan Siam.
FAKTOR PELUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS,
KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU
1) Menghalang kemasukan kuasa Barat lain
2) Kedudukan yang strategik
3) Kemakmuran dan kekayaan sumber hasil
4) Menghubungkan Burma dan Pulau Pinang
5) Beban orang putih
STRATEGI PERLUASAN KUASA BRITISH

1) Secara berperingkat kerana negeri-negeri ini dibawah naungan Siam jika British
bertindak agresif akan timbul masalah dengan Siam.
2) Strategi yang digunakan adalah dengan perjanjian. British berkuasa di Pulau Pinang
jadi mudah untuk memantau negeri-negeri Melayu sebelum buat perjanjian dengan
Siam.
KE ARAH PERJANJIAN BANGKOK 1909

• NNMTB naungan Siam


• NNMTB hantar bunga emas dan perak setiap 3 tahun kepada Siam tanda pertuanan.
• NNMTB pula anggap itu tanda persahabatan.
• British kurang senang dengan pengaruh Siam ke atas NNMTB
• Matlamat British pastikan laluan perdagangan antara India dan China selamat.
• Untuk berdepan dengan Siam menyatakan hasrat akan merugikan British jadi strategi perjanjian
digunakan
• Sejak dari tahun 1826, sudah terdapat beberapa siri perjanjian British dengan Siam yang
menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu. Perjanjian ini berakhir dengan perjanjian Bangkok
1909.
PERJANJIAN BANGKOK 1909

• Ditandatangani pada 10 Mac 1909 dan memberikan kesan besar kepada NNMTB.

• Perjanjian ini beri laluan pada British untuk kuasa negara kita tanpa ada halangan.
PERISTIWA PERJANJIAN BANGKOK 1909

April 1907 Jun 1907 13 September 1907


• Rundingan antara pihak British dan
Siam. Pejabat Tanah Jajahan Strobel menyampaikan
• Perjanjian diusahakan oleh membenarkan usaha hasrat British kepada Puteri
penasihat Am bagi kerajaan Siam perundingan Damrong, Menteri Dalam
dengan wakil British di Bangkok
Negeri kerajaan Siam

Januari 1908 – Januari


November 1907 1909
Draf perjanjian dirangka 10 Mac 1909
Hasrat disampaikan kepada
pada bulan Januari 1908 dan Perjanjian ditandatangani
Raja Siam
dipersetujui pada tahun
1909.
KESAN PERJANJIAN BANGKOK 1909

1. NNMTB menerima seorang penasihat British.


2. Sultan kena minta nasihat dan patuh dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat
istiadat agama Islam
3. Antara penasihat:
(i) George Maxwell – Kedah
(ii) Kapten Meadowe Frost – Perlis
(iii) J.S. Mason – Kelantan
(iv) J.L. Humphreys – Terengganu
4. Mula-mula Kelantan dan Terengganu menolak tapi terima pada tahun 1911.
4.3 Peluasan Kuasa British di Johor

2. Hal ini kerana kerana


1. Sebelum campur tangan 3. Namun, penguasaan British
kebijaksanaan pemerintah
British, Johor sistem terhadap Singapura
embangunkan negeri hingga
pentadbiran yang teratur dan menyebabkan kedudukan Johor
British tiada alasan meluaskan
mencapai tahap kemakmuran. terancam.
kuasa ke Johor.
KEMAJUAAN DAN KEMAKMURAN JOHOR

• Kemajuan dan kemakmuran dan permodenan dalam pentadbiran membolehkan Johor mengekalkan kedaulatannya hingga
1 tahun 1914.

• Johor menerima kesan tidak langsung terhadap pelaksanaan sistem pentadbiran Barat di Singapura.
2

• Faktor kemajuan Johor ialah:


• a) Ekonomi komersial
3 • b) Permodenan
• C) Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan
• d) Kemunculan golongan pentadbir yang komited
STRATEGI BRITISH MENGUASAI JOHOR

• kemajuan ekonomi di Johor menyebabkan Britiish merangka strategi seperti


perjanjian dan manipulasi bagi mengelakkan Johor menjalinkan hubungan
dengan kuasa-kuasa Barat lain
ANTARA STRATEGI BRITISH

1. Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim.

2. Antara kandungan perjanjian tersebu lalah sekiranya jajahan


Kesang hendak dijual oleh Sultan, Kesang hendaklah terlebih
dahulu ditawarkan kepada pihak British.

3. Perjanjian Setia 1885 antara Johor dengan British.


4. Antara Perjanjian Tersebut Ialah:

a) Johor menerima sebarang ejen yang peranannya menyamai


pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat.

b) Hal ehwal luar dikawal oleh British.


• Pada tahun 1879, Gabenor NNS mencadangkan kepada British

5
menempatkan Residen British di Johor. British memanipulasi kedudukan
kewangan Johor dengan menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar
kepada Johor bagi membiayai pembinaan kereta api.

• Usaha ini tidak berjaya apabila cadangan tersebut tidak


6 diterima kerana kesannya akan menjejaskan ekonomi
Johor.

• Pada 12 Mei 1914, perjanjian Sultan Ibrahim dengan Sir


7 Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-negeri Selat
ditandatangani.
• Antara kandungan perjanjian tersebut ialah
8 Jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di
Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British.

• Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat


9
British pertama di Johor.

• Pelantikan telah menukarkan taraf Johor daripada


negeri berdaulat kepada sebuah negeri naungan
British. Walau bagaimanapun, perkara tersebut
10
tidak menjejaskan kedudukan Sultan Johor. Pihak
British masih mengakui kedudukan dan kedaulatan
Sultan.
• Pelantikan telah menukarkan taraf Johor daripada negeri berdaulat

11 kepada sebuah negeri naungan British. Walau bagaimanapun, perkara


tersebut tidak menjejaskan kedudukan Sultan Johor. Pihak British masih
mengakui kedudukan dan kedaulatan Sultan.

1 • Kemampuan anak tempatan yang diterajui oleh Sultan Johor dengan


gandingan pemimpin berwibawa berjaya mengekang asakan British
2 menguasai Johor.

13 • Asakan yang berterusan gagal dihalang hingga menyebabkan British


berjaya meluaskan kuasanya di Johor.
• Sikap jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
pembesar memastikan kedaulatan Johor terus terjamin.
11

• Jelaslah kewibawaan pemimpin amat penting dalam


memperjuangkan maruah bangsa
12
PRAKTIS FORMATIF 4.3

1. Senaraikan faktor kemajuan Johor.


-Kebijaksanaan pemimpin / Ciri pentadbir yang komited / Ekonomi
pesat membangun / Permodenan pentadbiran.

2. Mengapakah British ingin menguasai Johor?


- Bimbang Johor menjalin hubungan dengan kuasa Barat lain / Pesat
dalam ekonomi komersial / Tanah subur / Hasil bumi banyak /
Geografi yang strategik.
3. Jelaskan usaha British untuk menguasai Johor.
- Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggong Ibrahim / Jika
wilayah Kesang hendak dijual perlu ditawar kepada British dahulu /
Persetiaan Setia 1885 antara Johor dengan British. Johor menerima
agen dan hubungan luar dikawal British / Tawaran pinjaman 200, 000
dolar / Perjanjian 1914, Johor menerima Penasihat British

4. Apakah kesan pelantikan penasihat British di Johor?


- Taraf Johor berubah dari berdaulat kepada naungan British.
4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu

1. Perjanjian Bangkok 1909 2. Pada tahun 1914,


membawa perubahan kedudukan Johor berubah
penting dalam sejarah di
apabila menerima
negeri-negeri Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu. Penasihat British.
LATAR BELAKANG NEGERI-NEGERI MELAYU
TIDAK BERSEKUTU
Pentadbiran Tidak ada Raja di Negeri-

3
1

2
bersifat longgar perjanjian khas negeri Melayu
kerana ditadbir bagi mewujud Tidak Bersekutu
sebagai satu unit “gabungan” ini, mempunyai kuasa
pentadbir tunggal. sebaliknya lebih yang lebih besar
bersifat berbanding dengan
membezakan kuasa raja di
pentadbiran negeri- Negeri-negeri
negeri ini dengan Melayu Bersekutu.
Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.
• Negeri-negeri ini terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British yang merupakan
Gabenor Negeri-negeri Selat.
4

• Mengamalkan pemerintahan beraja yang bebas dan mempunyai kuasa autonomi di bawah
pemerintahan raja masing-masing.
5

• Usaha British untuk menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran turut gagal kerana
adanya tentangan daripada raja Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
6

• Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berasingan dengan Negeri-


negeri Melayu Bersekutu berterusan hingga Perang Dunia Kedua.
7
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu
PENTADBIRAN DI PERLIS

1
• Penasihat British terlibat secara dalam pentabiran
yang turut melibatkan terlibat secara langsung dalam
turut melibatkan pembesar

2
• Raja mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri yang
berperanan menjalankan urusan pentadbiran

3
• Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada
kalangan orang Melayu.
4 Pada tahun 1931, hanya terdapat tiga
orang Eropah dalam pentadbiran di Perlis.

5 Setiausaha kerajaan merupakan pegawai


tadbir terpenting
PENTADBIRAN KEDAH
Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut
melibatkan pembesar tempatan.

Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran sejak tahun 1905.

Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan
bertulis Sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada kalangan orang Melayu


yang berkebolehan.

Setiausaha kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.


Pentadbiran Terengganu
Pentadbiran negeri
Undang-undang Penasihat British terlibat
berlandaskan Undang-
menetapkan bahawa secara langsung dalam
Undang Bagi Diri Kerajaan
hukum syarak pentadbiran dan
Terengganu yang
dilaksanakan dan tidak melibatkan pembesar
diluluskan pada tahun
boleh dipinda. tempatan.
1911.

Jemaah Menteri dan


Penglibatan pegawai Kakitangan perkhidmatan Majlis Mesyuarat Negeri
Eropah dihadkan dalam awam terdiri daripada diwujudkan bagi
pentadbiran. kalangan orang Melayu. melaksanakan pentadbiran
kerajaan.
Pentadbiran Kelantan

Penasihat British Sultan


Menteri Besar
terlibat secara langsung mempengerusikan Majlis
berperanan penting
dalam pentadbiran dan Mesyuarat Negeri dan
dalam pentadbiran
turut melibatkan Penasihat British
negeri.
pembesar tempatan. menjadi anggota Majlis.

Kakitangan Pegawai Eropah


perkhidmatan awam dihadkan memegang
terdiri daripada jawatan tertentu
kalangan orang Melayu. sahaja.
Pentadbiran di Johor

Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Sultan tidak dibenarkan menyerahkan negerinya kepada kuasa asing.

Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan
pentadbiran.

Menteri Besar menjalankan urusan pentadbiran. Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu
yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi.

Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan
kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan pentadbiran.
PERKEMBANGAN PENTADBIRAN

• Pembentukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membawa kesan besar


kepada tiga utama dalam dalam pentadbiran, iaitu:

Pengekalan Penerusan Pengenalan


1

3
kedudukan sistem birokrasi
Sultan pentadbiran. Barat.
1. PENGEKALAN KEDUDUKAN SULTAN

• Sistem pentadbiran Negeri -negeri Melayu Melayu Tidak Bersekutu tidak


mengubah kedudukan Sultan
• Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri. Sultan
mempunyai kuasa terutama dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu.
• Selain itu, kedudukan pembesar turut dikekalkan. meskipun bidang tugasnya
telah berubah.
• Pembesar tidak lagi mengutip cukai dan pajak seperti sebelum ini, sebaliknya
diberikan elaun dan pencen.
2. PENERUSAN SISTEM PENTADBIRAN

• Sistem pentadbiran tradisional seperti Sistem Jemaah Menteri dan Majlis


Negeri dan peraturan yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan
diteruskan.
• Sistem pentadbiran negeri diterajui oleh pembesar Melayu.
• Pihak British membantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan
Awam Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
• Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri.
• Kerajaan Kedah dengan kerajaan British menyatakan perjanjian semua jawatan
perkhidmatan awam terdiri daripada pegawai Melayu Kedah.
3. PENGENALAN BIROKRASI BARAT

• Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri hingga mengurangkan


kuasa sultan dan pembesar.
• Jabatan-jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri.
• Pasukan polis diwujudkan.
• Urusan pentadbiran negeri mengamalkan cara Barat.
• Mahkamah sivil diperkenalkan.
• Pegawai-pegawai British dilantik sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.
PRAKTIS FORMATIF 4.4

1. Nyatakan latar belakang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.


- Tidak ditadbir sebagai satu unit tunggal
- Tidak wujud gabungan
- Diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi
- Raja berkuasa lebih besar
- Bebas
- Menguasai autonomi
2. Namakan Menteri Besar pertama bagi Negeri negeri Melayu
Tidak Bersekutu.

• Perlis : Raja Ahmad bin Raja Endut


• Kedah : Datuk Wan Muhammad Saman
• Kelantan : Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail
• Terengganu : Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhammad bin
Yusof
3. Terangkan ciri pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

- Penglibatan Penasihat British dan pegawai British dalam pentadbiran


- Penubuhan jabatan baharu
- Diketuai sultan
- Dibantu Menteri Besar dan pembesar tempatan
- Setiausaha kerajaan
- Majlis Mesyuarat Negeri
- Kebajikan kakitangan awam orang Melayu.
4. Bagaimanakah kedudukan Sultan setelah menerima Penasihat British?

- masih kekal ketua negeri


- Berkuasa dalam agama islam dan adat istiada Melayu
- Walau bagaimanapun kuasa semakin terhakis kerana Penasihat British
menentukan dasar pentadbiran. British menguasai negeri melalui
penubuhan jabatan-jabatan baharu.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai