Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 1

Menganalisis (10 markah )


b)

Cara /strategi perjuangan pemimpin tempatan menetang British.

Terdapat pelbagai cara atau strategi yang digunakan oleh pemimpin


tempatan untuk menetang British antaranya ialah dengan meminta
bantuan ketenteraan daripada pembesar lain apabila diserang seperti
yang dilakukan oleh Penghulu Dol Said . Beliau dapat mengalahkan
150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie dengan bantuan Yam
Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Recat, Dato
Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh.
Cara yang kedua ialah pemimpin tempatan menyerang kapal penjajah
contohnya kapal Nemesis dekat Batang Lupar seperti yang dilakukan
oleh Linggir iaitu pemimpin kaum Iban sebagai tindak balas terhadap
James Brooke dan Kapten Farguhar yang menghalang pelayaran
mereka di Sungai Saribas. Namun Linggir dan pengikutnya tewas
dalam pertempuran tersebut.
Selain itu ialah menyerang pasukan tentera James Brooke secara
terbuka seperti yang dilakukan oleh Rentap di Kubu Nanga Skrang dan
Datu Patinggi Abdul Gapur bersama Syarif Masahor di Kuching,
Sarawak.
Seterusnya pemimpin tempatan juga menyerang kubu penjajah
seperti kubu James Brooke di Kanowit yang di lakukan oleh Syarif
Masahor dan kubu SBUB di Pulau Gaya oleh Mat Salleh.
Strategi yang seterusnya ialah pemimpin tempatan akan cuba
menyelamatkan diri dengan melarikan diri apabila gagal dalam
penentangan seperti yang dilakukan oleh Syarif Masahor yang
melarikan diri ke Brunei dan Datu Patinggi Abdul Gapur yang melarikan
diri ke Betawi. Namun akhirnya mereka dapat di tangkap.
Di samping itu kaedah perbincangan dengan penjajah juga cuba
dilakukan oleh pemimpin tempatan seperti yang dilakukan oleh Mat
Salleh yang pergi Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi
tidak dilayan.
Strategi seterusnya ialah penentangan secara bersatu oleh semua
pembesar dan sultan seperti yang berlaku di Perak .Mereka bersatu di
bawah pimpinan Dato Maharaja Lela untuk menentang British yang
didalangi oleh JWW Birch.
Selain itu mengadakan bantahan secara terbuka seperti yang
dilakukan oleh Dato Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak
terhadap campur tangan British di Perak.
Mereka juga mengadakan mesyuarat untuk membincangkan strategi
penentangan seperti yang dilakukan oleh Dato Maharaja Lela dan
pembesar Melayu Perak yang bermesyuarat di Durian Sebatang dan di
Belanja.
Tindakan seterusnya ialah membunuh Residen British di Perak iaitu
JWW Birch oleh Seputum, Pandak Lam serta beberapa orang pembesar
atas arahan Dato Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
Strategi yang seterusnya ialah pemimpin tempatan enggan
menandatangani perjanjian dengan British seperti yang dilakukan oleh
Dato Syahbandar Sungai Ujong pada 21 April 1874.
Selain daripada itu terdapat juga pemimpin tempatan yang berpindah
ke tempat lain apabila mendapat tekanan daripada pihak British

seperti yang dilakukan oleh Dato Bahaman yang berpindah ke


Bangkok.
Beliau juga mendapatkan perlindungan politik daripada Raja
Chulalongkon.
Strategi seterusnya ialah terdapat pemimpin tempatan yang enggan
menerima peraturan British seperti Tok Janggut yang enggan
membayar cukai dan Haji Abdul Rahman Limbong yang enggan
menerima undang-undang tanah yang
diperkenalkan oleh British.
Di samping strategi di atas , strategi terakhir ialah melancarkan
penentangan bersenjata terhadap British seperti yang dilakukan oleh
Haji Abdul Rahman Limbong bersama pengikutnya pada bulan Mei
1928 dengan menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan
mendudukinya..

Anda mungkin juga menyukai