Anda di halaman 1dari 8

DATUK MAHARAJA LELA

BIODATA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia:


20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan
Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya
tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya
sendiri.
Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam
adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan
dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran
"Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa
boleh memancung tanpa bertanya.
PEJUANG BANGSA
 Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang
mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-
sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang
Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato'
Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat
pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch
(J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu
diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau
didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2
November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang
bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di
Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati
pada 20 Januari 1877 di Taiping.
 Melalui perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan
Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat. Sir Andrew Clarke,
pada 20 Januari 1874. Negeri Perak terpaksa menerima seorang
Residen Inggeris yang pertama bagi negeri Perak.

Birch telah mengubahsuai adat istiadat melayu dan menjadikan
negeri Perak sebagai tanah jajahan Inggeris di negeri-negeri selat
yang mendatangkan banyak hasil kewangan bagi penjajah
inggeris. Tindakan sedemikian telah ditentang oleh Datuk Mharaja
Lela di Pasir Salak juga oleh Sultan sendiri. Akibatnya pada waktu
subuh 2 November 1875 Birch diserang dan dibunuh.

Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris. Mereka
menganggap peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu
menentang penjajahan Inggeris. Pada 7 November 1875 Inggeris
telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar lalu
menyerang Pasir Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan
oleh Perwira-perwira Melayu yang dipimpin Datuk Maharaja Lela.
Dalam pertempuran itu Kapten Innes pemerintahan pasukan
Inggeris dan dua orang askarnya telah terkorban.

 Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar
kelapan Negeri Perak yang merupakan bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Beliau merupakan keturunan Daeng Salili adalah anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 111, beliau datang ke
Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran
Dato' Maharaja Lela Tan Lela.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan
menentang British di Perak. Bersama-sama dengan
pemimpin lain seperti Orang kaya-kaya Seri Agar Diraja
(Lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau
merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James
Wheller Woodfird Birch (J.W.W.Birch), Residen British Perak.
Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang
yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.
 perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh
Sultan Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat.
Sir Andrew Clarke, pada 20 Januari 1874. Negeri Perak
terpaksa menerima seorang Residen Inggeris yang
pertama bagi negeri Perak.

Birch telah mengubahsuai adat istiadat melayu dan
menjadikan negeri Perak sebagai tanah jajahan Inggeris
di negeri-negeri selat yang mendatangkan banyak hasil
kewangan bagi penjajah inggeris. Tindakan sedemikian
telah ditentang oleh Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak
juga oleh Sultan sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2
November 1875 Birch diserang dan dibunuh.
 Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris. Mereka
menganggap peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu
menentang penjajahan Inggeris. Pada 7 November 1875 Inggeris telah
menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar lalu menyerang Pasir
Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan oleh Perwira-perwira
Melayu yang dipimpin Datuk Maharaja Lela. Dalam pertempuran itu
Kapten Innes pemerintahan pasukan Inggeris dan dua orang askarnya
telah terkorban.

Namun beliau dianggap bersalah kerana disabitkan terhadap kes
pembunuhan J.W.W.Birch oleh mahkamah yang bersidang dari 14
Disember hingga 22 Disember 1876. Beliau dijatuhi hukuman gantung
sampai mati di tali gantung sebagaiorang yang bermaruah
demikebebasan dari penjajah kuffar.

Inilah iktibar yang perlu diambil kira oleh seorang syuhada'. Seorang
yang telah dilantik secara sah sebagi seorang mufti bangun untuk
menegakkan keadilan. Beliau bukan sahaja telah menyelamatkan negeri
Perak bahkan tetapi telah menyelamatkan Negeri perak dari dijajah
pemikiran serta wabak doktrin-doktrin kufar. Maka Allah telah memilih
penghabisan nyawa Syuhada' Dato' Maharaja Lela sebagai seorang
Syahid. Moga pemergian Dato' Maharaja Lela akan melahirkan lebih
ramai lagi semangat dan jiwa kental di negeri Perak seperti beliau.

GAMBAR-GAMBAR DATUK MAHARAJA LELA