Anda di halaman 1dari 10

PEJUANG KEMERDEKAAN

Dato Maharaja Lela

SIAPAKAH MAHARAJA LELA?


Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak
Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

PENENTANG PENJAJAH.
Pandak Lam atau Dato Maharaja Lela
merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpinpemimpin yang lain seperti Orang Kayakaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin.

MEMBUNUH RESIDEN INGGERIS.


Beliau merancang dan membuat pakatan
untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.

Beliau telah membunuh J.W.W Birch semasa

residen British itu datang ke Daerah Pasir Salak untuk memeras cukai daripada rakyat . Birch di bunuh ketika sedang mandi di sungai Perak. Askar-askar benggali yang ditugaskan mengawal Birch telah lari bertempiaran kerana ketakutan.

Namun, beliau didapati bersalah terhadap


pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak .

KEMATIAN MAHARAJA LELA


Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai
mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

PENUTUP.
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam
(meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Dato Maharaja Lela adalah seorang ulama

dan pejuang yang sangat berani.Beliau tidak gentar berjuang menentang Inggeris yang cuba menjajah negerinya. Beliau mati di tali gantung sebagai pejuang bangsa yang merdeka dan akan dikenang selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai