Anda di halaman 1dari 27

Sejarah Pulau Besar

1)Masyarakat lebih suka menerima informasi bulat-bulat


daripada sumber yang kurang sahih daripada mengkaji
sendiri .Adakah masyarakat mampu mengubah persepsi
mereka terhadap sesuatu perkara ?

2)Adakah langkah drastik yang diambil pihak autoriti
dengan merobohkan sebahagian tempat bersejarah untuk
membasmi amalan khurafat adalah tepat ?

3)Apakah langkah untuk memajukan Pulau Besar supaya
kembali mahsyur seperti pada zaman kegemilangannya ?


Pernyataan
masalah
OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji sejarah dan
keistimewaan pulau besar
yang pernah menjadi pusat
penyebaran Islam
Mengenalpasti
perbezaan di
Pulau Besar
dulu dan
sekarang
Menghuraikan
penyelewengan
yang berlaku di
Pulau Besar

Kajian
lapangan
Kajian
internet
Kajian
perpustakaan
Buku
Judul Buku : Menyingkap Misteri Pulau Besar
Nama Pengarang : Ana Faqir
Kandungan :

1) Sejarah Melaka & Sejarah Pulau Besar serta perkaitan antara
Melaka dan Pulau Besar .
2) Kedatangan ahli ulama Islam ke Melaka & Pulau Besar .
3) Penceritaan tentang sejarah Sheikh Ismail , Sunan Bonang &
Sunan Giri

Sumber : Perpustakaan Peringatan Zaba ,
Universiti Malaya
KAJIAN PERPUSTAKAAN
Akhbar




KAJIAN LAPANGAN
TEMURAMAH
sesi temuramah bersama 4
orang responden
TINJAUAN
Melawat tempat bersejarah di Pulau
Besar :-Makam Sultan Ariffin ,Kubur
Syarifah Rodziah,Makam 7 beradik ,
Muzium Pulau Besar
http://shalattas.blogspot.com/2012/09/pe
nunggu-pulau-besar-dari-buku-
firasat.html

http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpre
ss.com/

http://azlanlin.blogspot.com/2010/11/pul
au-besar-melaka-apakah-misterinya.html

Kajian internet
SEJARAH PULAU BESAR
1400 Masihi : didiami oleh Orang Laut & Orang
Selat .
Orang Laut menjalankan aktiviti :
menangkap ikan
menjadi lanun di Selat Melaka.
Tarikan :
Pusat bekalan air bersih
Kedudukan yang dekat dengan Pelabuhan
Melaka .
PENGENALAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , Pulau
Besar telah berfungsi sebagai :
pusat bekalan air bersih & kayu api .
(digelar sebagai Wu Shu(Pulau Air) oleh
pedagang Cina )
tempat mempelajari ilmu persilatan .
tempat untuk mengawasi perairan Selat Melaka
.
tempat merekrut & melatih hulubalang .
pusat pengembangan ajaran Islam .








KESULTANAN MELAYU MELAKA &
PULAU BESAR
Mengapa Pulau Besar dipilih untuk berdakwah?

Tempat strategik kerana ramai pedagang datang ke sini
untuk bekalan air bersih .

Siapakah pendakwah-pendakwah Islam yang telah
merintis usaha menjadikan Pulau Besar sebagai pusat
pendakwahan Islam di Alam Melayu ?
Sultan Al-Ariffin Sheikh Ismail bin Abdul Qadir
- Keturunan ke-18 Nabi Muhammad s.a.w.
- Beliau beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan
abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari
Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M.
ISLAM DI PULAU BESAR
-Mereka menetap di sana untuk berdakwah
tentang Islam di Alam Melayu .
-Mendapat petunjuk untuk berdakwah di Pulau
Besar melalui mimpi dan kunjungan ke makam
baginda Nabi Muhammad s.a.w.
-Kemudiannya , beberapa lagi para pendakwah
datang dari Syria, Yemen dan Semenanjung Arab
sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang
menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat
Perkembangan Dakwah Alam Melayu.



- 2 orang Wali Sembilan , iaitu Sunan Bonang dan
Sunan Giri pernah berguru dengan Sheikh Ismail
sehinggalah telah membawa kepada pengasasan
Kerajaan Islam Demak .

Syeikh Yusuf As-Siddiq
-Guru kepada Sheikh Ismail .
-Guru Sufi yang tinggi ilmunya .
-menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad
SAW

Ada 2 sebab :
Hajat ilmu
-Golongan yang ingin mempelajari ilmu persilatan
atau ilmu agama Islam berkunjung ke sini agar
hajat mereka tertunai .

Kebetulan disangka kuasa Pulau Besar
- Golongan yang sama juga mendapati bahawa
doa-doa mereka di Pulau Besar termakbul .
- Tempat mencuba nasib .
PULAU HAJAT
Makam Syarifah Rodziah
Makam ini dikatakan makam milik Siti Sarah atau nama
sebenar Siti Sarah Ibn Syeikh Yusuf As-Siddiq. Beliau
merupakan wanita yang sangat taat kepada agama Islam
sehingga mengikut ayahandanya ke Pulau Besar untuk
menyebarkan agama Islam. Beliau juga dikatakan sebagai
penduduk tempatan dari sebuah perkampungan di Melaka,
berpindah dan menetap ke Pulau Besar bersama suaminya
sehingga ke akhir hayat.






Makam Tujuh Beradik
Makam ini adalah makam tujuh orang bersaudara
seperguruan berasal dari Palembang dan telah datang ke
Pulau Besar untuk mengembangkan ilmu persilatan.
Kini, kubur tujuh beradik telah diratakan kerana dikatakan
dahulu menjadi tumpuan tempat permujaan yang sangat
aktif. Bagi mengurangkan aktiviti ini, pihak berkuasa telah
meratakan kubur-kubur mereka.



GUA YUNUS
Menurut cerita penduduk tempatan, gua ini dahulunya menjadi tempat
tinggal Syeikh Yunus. Beliau digambarkan sebagai seorang sufi yang suka
menyendiri dan hidup terpencil. Seminggu sekali, beliau akan datang ke
kawasan penempatan penduduk di pulau ini untuk mendapatkan bekalan
makanan. Bagaimanapun pada satu ketika, beliau dilaporkan tidak lagi
kelihatan di pulau ini.

Hal ini menimbulkan tanda-tanya di kalangan penduduk tempatan. Mereka
akhirnya pergi ke gua tersebut untuk melihat keadaan Syeikh Yunus dan
mendapati beliau sudah tidak ada di situ. Peliknya, seketul batu yang
menjadi tempat duduknya telah bertukar warna menjadi putih. Padahal,
batu-batu dalam gua itu dahulunya berwarna hitam. Ada pelbagai spekulasi
yang dibuat oleh penduduk tempatan mengenai kehilangannya. Namun
begitu, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tentang segalanya.

Terdapat juga tempat bersejarah yang lain
seperti :-

Kubur Al Mursyid Sheikh Yusuf As-Sidiq
Kubur Tok Janggut
Pokok Disula
Perigi Bunian
Batu Belah
Perigi Nenek Musallimah
Tasik Biawak


AMALAN SYIRIK DI PULAU BESAR
Majoriti pengunjung ke Pulau Besar adalah
berketurunan Muslim Pakistan, India (Muslim
dan Hindu) serta Melayu. Upacara memuja
kubur, batu, pantai atau mandi bunga biasanya
dilakukan oleh golongan yang dilihat masih
jahil dengan ajaran Islam yang sebenar.
Kadangkala, terdapat juga kaum Cina yang
bukan beragama Islam yang datang untuk
melakukan aktiviti pemujaan di pulau ini
mengikut kepercayaan mereka.
Suatu masa dahulu, pulau ini pernah dijadikan
tempat mandi safar yang diisi dengan aktiviti
tarian dan nyanyian yang ternyata bercanggah
dengan syarak. Hasil dakwah dan kesedaran
masyarakat tentang kesalahan amalan itu,
tradisi mandi safar itu lenyap begitu sahaja.





Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Tan Sri Rahim
Thamby Chik pada waktu itu telah merobohkan dan
menghapuskan semua bangunan dan tempat-tempat yang
seringkali dijadikan tempat melakukan upacara syirik dan
khurafat .

Tentangan : Golongan ulama Muslim kerana bangunan-
bangunan bersejarah itu ialah tanda kegemilangan Islam .

Kejadian Aneh :

- Empangan Durian Tunggal kering kontang mendadak pada
tahun 1991, tidak berapa selepas Makam Sheikh Ismail
dirobohkan .




USAHA-USAHA MEMBASMI
AMALAN SYIRIK
Usaha ke arah memulihkan semula Pulau Besar
sebagai Pusat Pengembangan Islam dimulai oleh
Ketua Menteri selepas itu, Mohd Zin Abdul Ghani
pada 1996.
Bangunan yang kita lihat hari ini siap pada tahun
2000 dengan ingatan keras dari Majlis Agama
Islam Melaka supaya setiap amalan khurafat
diharamkan sama sekali di Makam tersebut.
Amaran ini dinyatakan di beberapa papan
kenyataan di Jeti Umbai dan juga di pintu masuk
Makam tersebut.
Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama
Islam Melaka (MAIM) telah membina sebuah
surau(telah dinaik taraf kpd masjid) dan melantik
2 orang imam untuk bergilir-gilir menguruskan
masjid tersebut.
Perbezaan dulu dan sekarang
DULU
SEKARANG
Sekolah tahfiz ditubuhkan
dan surau dinaiktaraf
menjadi masjid.
Amalan khurafat
berkurangan .

Pulau mendapat bekalan
elektrik daripada TNB
Amalan yang
bertentangan dgn Islam
berleluasa



Tidak mendapat bekalan
elektrik . Hanya
menggunakan generator.
1)Masyarakat perlu mengubah persepsi yang negatif
terhadap Pulau Besar sebaliknya cuba menghayati
sejarah berharga yang terdapat di pulau ini dengan cara
mengkaji terlebih dahulu.
2)Para pengkaji atau penyelidik yang membuat kajian di
Pulau ini juga perlu adil dalam memberikan maklumat
yang diperoleh di pulau ini kepada orang ramai.
3)Kerajaan perlu giat menggandakan usaha untuk
mengembalikan nama Pulau Besar sebagai tempat yang
mahsyur dengan pengembangan ajaran Islam dan juga
menjadikan Pulau Besar antara tempat bersejarah yang
patut dipelihara dan dipulihara .
Cadangan & Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai