Anda di halaman 1dari 1

Kesan penentangan Mat Kilau

Penentangan Mat Kilau walaupun tidak berjaya menyekat kemaraan


British,setidak-tidaknya ia dapat menyedarkan pihak British agar
tidak memandang remeh terhadap keupayaan rakyat tempatan
yang memiliki kekuatan tersendiri sebagaimana ditonjolkan oleh
Mat Kilau. Berdasarkan kepada sumber-sumber rasmi yang terdapat
di Arkib Negara Malaysia, pihak pentadbir British terpaksa
membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan
khidmat tambahan polis Sikh bagi membantu memerangi kumpulan
penentang (terdapat hampir 200buah fail dalam simpanan Arkib
Negara berkaitan Mat Kilau dan pergolakan di Pahang yang oleh
dirujuk). Perbelanjaan tambahn juga diperlukan untuk mendirikan
kubu-kubu pertahanan, jambatan dan menyediakan peralatan
senjata selain membiayai ekspedisi memburu penentang tersebut.
Perkara ini jelas memnunjukan betapa besar ancaman dan tekanan
yang dihadapi oleh pihak British, walaupun kumpulan penentang ini
terdiri daripada orang-orang kampung yang tidak terlatih dan tidak
memiiki senjata yang canggih untuk menandingi senapang dan polis
upahan British sebaliknya hanya berbekalkan semangat juang yang
tinggi dan kecintaan kepada negara yang tidak berbelah bahagi.
Jika rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotik dan ketahan
diri yang tinggi sebagaimana yang dimilik oleh Mat Kilau, kita tidak
perlu untuk mengadakan institusi-institusi bagi menyemai semangat
patriotisme dan cintakan negara seperti Biro Tata Negara, Program
Latihan Khidmat Negara dan sebagainya. Namun, kerana ramai di
antara kita yang lupa sejarah perjuangan bangsa serta lemah jati
diri, kerajaan telah menubuhkan Biro Tata Negara pada tahun 1974,
yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan
kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia.
Pendidikan kenegaraan ini amat penting untuk diterapkan kepada
semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi
pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan,
serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
Pendidikan ini juga untuk mempertingkatkan kesedaran,
penghayatan serta komitmen rakyat secara berterusan kepada
wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecermelangan,
mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke
arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
Semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi kepada negara
merupakan benteng bagi mempertahankan kemerdekaan dan
menjamin keharmonian yang dinikmati kini dapat terus dikekalkan.
Sebagai rakyat dan juga pemimpin, pastinya tidak mahu peristiwa
hitam 13 Mei 1969 serta penjajahan kuasa asing berulang dan
bertapak lagi di bumi Malaysia tercinta.

Anda mungkin juga menyukai