Anda di halaman 1dari 5

http://new.060s.com/news/mulu/455/http://www.jianjian.

org/flashclass/jianjia

n_flashclass_6_1.html
Jasa Mat Kilau
Sekitar 1890-an, rakyat negeri Pahang memberontak kerana marah dengan
tindakan British yang mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada
pembesar negeri yang dilantik. Kesannya, pembesar negeri bermula siri
pemberontakan hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang
penjajah. Perjuangan Dato Bahaman dalam menawan semula Lubuk Terua menjadi
lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Rentetan
daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar
Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Seterusnya, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri ke
negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat
sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal
Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di
Kelantan.
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak
mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui
beberapa laluan khusus. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British
menyebabkan dia menjadi dicop sebagai penderhaka dan menjadi orang buruan
Inggeris Beliau terpaksa mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu
tempat ke satu tempat.

Mat Kilau Menubuhkan Pasukan Silat Melawan British


Pada peringkat awal perjuangan, kumpulan Mat Kilau itu dan pengikutpengikutnya mencapai beberapa kejayaan. Bagaimanapun, dengan kekuatan tentera

tambahan serta tipu helah kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya menderhaka


sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu
dan seterusnya menghakis kekuatan mereka.
Mat Kilau yang pernah membunuh beberapa askar penjajah terpaksa
melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan dan akhirnya menjadi orang buruan
Inggeris secara berterusan.
Ketika dalam persembunyian, beliau telah membuka gelanggang silat untuk
melatih penduduk setempat bagi menubuhkan satu pasukan silat di kampung
berkenaan dan anak muridnya terdiri daripada muda-mudi di kampung itu dan
sekitarnya.untuk kembali melawan British. Salah satu tempat yang menjadi
persinggahan Mat Kilau ketika merantau ialah Kampung Pasir Raja.
Anak buah yang mengikuti Mat Kilau juga diajar menggunakan senjata seperti
parang dan tombak. Tujuan Mat Kilau mengajar silat kepada mereka adalah untuk
menubuhkan sebuah pasukan bagi menentang penjajah. Selepas kira-kira tiga bulan,
Mat Kilau membuat keputusan untuk pulang semula ke Hulu Tembeling. Kesemua
anak buah memutuskan untuk mengiringi Mat Kilau ke tempat itu melalui kawasan
hutan yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai. Selepas menghantar Mat
Kilau ke Hulu Tembeling, mereka kemudiannya berpatah balik ke Kampung Pasir
Raja mengikut laluan yang sama tetapi kali ini dibantu oleh tiga Orang Asli yang
menjadi juruarah mereka. Selepas daripada itu, Mat Kilau tidak pernah pulang ke
Kampung Pasir Raja.
Kesimpulannya, Pahlawan terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang
menentang

penjajah

di

negeri

kelahirannya,

Pahang

malah

turut

sama

menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di


negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Peristiwa-peristiwa Penting Mat Kilau


Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang
matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford
telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan
Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan
masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan
mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau juga adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat
disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,
tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali
(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan
Mat Kilau.
Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan
tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar
negeri yang dilantik. Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan
pembesar negeri sehingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang
penjajah. Daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa
pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri
dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu
Kelantan dan Terengganu. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat
Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan
Kelantan melalui beberapa laluan khusus.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke
Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri
itu. Laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri
daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar
Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press
menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan
pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895. The Free Press pula memberitahu
bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah
cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di
dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan
tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober
1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.

Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa
orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok
Demali , Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan
Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya
bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga
terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat
Siam.

Mat Kilau menceritakan kisahnya setelah pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang
pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari
menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa
ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26
Disember 1969, MatKilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan
kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan
Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu
dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan

bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi
hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri
Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya
dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai
berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya
kepada kita dengan lebih lanjut.
Keberanian dan ketabahan Mat Kilau haruslah kita menyemai dalam diri kita.
Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi
orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris
menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat
ke satu tempat. Walaubagaimanapun, beliau tetap mengaku identiti sendiri pada
akhirnya dan generasi baru dapat menghargai jasa beliau.
Mudah-mudahan jasa dan pengorbanan Mat Kilau dapat dihargai dan
disanjungi oleh seluruh warga Malaysia.
http://pewira79.wordpress.com/2008/10/08/kisah-perjuangan-mat-kilau/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Kilau
http://jiwang.org/sejarah-mitologi/34890-mat-kilau.html
http://resam-melayu.com/2010/06/mat-kilau-pahlawan-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai