Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Pendidikan Jasmani.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL:


Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu
aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang
kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti
mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan
sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan
dan kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.
Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa
akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh
seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah
memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata
dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan
fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini
adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam
masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.
Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu
media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau
tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh
adat resam suku kaum masing-masing.
SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:
Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:
1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480
S.M).
4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia
338 S.M).

Yunani Homer
Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia
petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan
perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya
ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam
peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat
ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar,
aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat.
Dalam zaman ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan
yang memerlukan tenaga dan kekuatan.
Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu
profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua
pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk
membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang
ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta
kemahiran yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu,
gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.
Yunani Athens Awal
Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk
menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan
harmoni. Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh
demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan
ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa
gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan
dan sebagai tanda kurang pendidikan.

Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam


lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali,
permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar
yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan,
baling lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol
dan perlumbaan kereta kuda disediakan.
Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian,
telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan.
Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan
intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi
manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga,
lumba

berperisai,

baling

lembing,

memanah,

equestrian

dan

tinju.

Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada


peserta.
SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan
ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan
upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan
segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan
lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara
mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba
lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan
stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya
perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol,
tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah
menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.
Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (18631937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk

mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa
dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun
1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

Anda mungkin juga menyukai