Anda di halaman 1dari 4

Kerangka Kasar

Bil Butiran Huraian


1. Latar belakang Dato’ -Nama sebenar Abdul Rahman bin Tunku Iman Nuh-
Bahaman menentang berasal daripada Bangkinang Kampar, Sumatera-
penjajahan dan penindasan mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan dan
British digelarkan sebagai “Seman Tahan”- menjadi sahabat
kepada Wan Ahmad- dilantik sebagai salah seorang
Orang Besar Berlapan dengan gelaran sebagai Dato
Setia Perkasa Pahlawan Semantan-menunjukkan
kebolehannya menjadi panglima semasa mengetuai
peperangan antara Sultan Ahmad dengan adindanya
Wan Mutahir-membantu Tengku Kudin memerangi
Tengku Mahadi di Klang dalam Perang Saudara.
2. Sebab-sebab penentangan -pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan
Dato Bahaman terhadap dengan adat resam dan politik tempatan- pembinaan
British balai polis yang dianggap menafikan hak rakyat
tempatan-menyebarkan sentimen kebencian kepada
British terhadap pengikutnya-tetap membina balai polis
di Lubuk Terua-kemuncak apabila British menangkap
pengikutnya yang masuk ke hutan mendapatkan hasil
tanpa kebenaran.
3. Cara/peristiwa penentangan -kemuncak kemarahan Dato Bahaman menyebabkan
Dato Bahaman. beliau menyerang balai polis Lubuk Terua-British
menyerang kembali untuk menawan balai polis dengan
kekuatan 200 orang tentera namun gagal dan berundur
meminta bantuan Singapura-Sultan Ahmad dipaksa
British menamatkan kebangkitan rakyat- Dato
Bahaman menawan kembali Lubuk Terua dengan
bantuan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. British
menawan semula Jeram Ampai menyebabkan Dato
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke
Kelantan-berakhirnya perang.
4. Kesan penentangan kepada -Akibat tekanan British Dato’Bahaman berundur ke
Dato’ Bahaman Kelantan.
-Mendapat pelindungan daripada penduduk dan
pembesar Terengganu dan Kelantan dan menetap di
Hulu Kelantan.
-Berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik
oleh Raja Chulalongkorn.
-Menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup
sebanyak 1000 baht.
-Meninggal dunia di Chieng Mai.
5. Ikhtibar -Walaupun gagal, perjuangan Dato Bahaman tetap
memperlihatkan keberanian menentang British-
Semangat patriotisme telah berjaya mengugut jiwa
British- British terpaksa menanggung hutang yang
banyak.
Nama sebenar Dato Bahaman ialah Abdul Rahman bin Tunku Iman Nuh. Beliau
berasal daripada Bangkinang Kampar, Sumatera. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam ilmu persilatan, kelebihan ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman digelarkan sebagai
Seman Tahan. Pada zaman mudanya, beliau telah menjadi rakan sepermainan dengan Sultan
Wan Ahmad dan menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali. Apabila Sultan Wan Ahmad
menaiki tahta, beliau terus menabur bakti kepada tanah airnya dan dilantik sebagai salah
seorang pembesar Orang Besar Berlapan yang membolehkan menyandang gelaran Dato Setia
Perkasa Pahlawan Semantan. Sehubungan dengan itu, kebolehan beliau sebagai panglima
telah dapat dilihat menerusi mengetuai peperangan antara Sultan Ahmad dengan adindanya
Wan Mutahir. Selain itu, beliau turut membantu Tengku Kudin memerangi Tengku Mahadi
di Klang.

Antara salah satu faktor penentangan Dato Bahaman adalah kerana pelaksanaan
undang-undang British yang dianggapnya sangat bertentangan dengan adat resam dan sistem
politik tempatan yang mana cuba menghapuskan peranan pembesar tempatan. Selain itu,
beliau juga amat lantang menentang pembinaan balai polis oleh E. A Wise. Hal ini kerana,
beliau mengganggap pihak British telah menceroboh kawasan dan mengancam
kedudukannya dengan tidak berunding dahulu dengan dirinya sebagai wakil pembesar dan
berpendapat pembinaan balai polis perlu melibatkan rakyat tempatan. Namun, residen tetap
membina balai polis di Lubuk Terua yang terletak dalam lingkungan kawasan Dato Bahaman
bertujuan mencabarnya. Tambahan pula, pihak British juga turut menangkap pengikutnya
yang masuk ke hutan bagi mencari hasil tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. Keadaan
ini menimbulkan kemarahan Dato Bahaman sehingga melancarkan serangan ke atas balai
polis Lubuk Terua.

Peristiwa penentangan Dato Bahaman bermula apabila secara rasminya menyerang


balai polis Lubuk Terua dan menawannya kerana menangkap pengikutnya. Selepas itu, pihak
British kembali dengan kekuatan 200 orang tentera namun sekali lagi terpaksa berundur dan
mendapatkan bantuan Singapura. Sementara itu, pihak British turut memaksa Sultan Ahmad
menamatkan kebangkitan rakyat dengan menawan 11 kubu pertahanan Dato Bahaman.
Walau bagaimanapun, Dato Bahaman semakin bersemangat menyerang British apabila
mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau sehingga berjaya menguasai
Jeram Ampai dan Kuala Tembeling. Akhirnya, British kembali melakukan serangan ke atas
Dato Bahaman dibawah pimpinan Kolonel Walker untuk menawan Jeram Ampai. Keadaan
ini menyebabkan Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan
peristiwa ini menandakan berakhirnya penentangan terhadap British di Pahang.

Kesan penentangan kepada Dato Bahaman adalah menerima tekanan British


menyebabkan Dato’Bahaman berundur ke Kelantan. Di Kelantan, beliau telah mendapat
pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan. Seterusnya,
keadaan ini menyebabkan beliau menetap di Hulu Kelantan. Selepas itu, beliau berpindah ke
Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn serta menetap di Chieng
Mai. Tambahan pula, beliau turut diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Akhirnya,
beliau meninggal dunia di Chieng Mai.
Iktibar yang diperoleh daripada peristiwa perjuangan tokoh Dato Bahaman adalah
walaupun Perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, mereka telah memperlihatkan
keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka telah
berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan selama empat telah
menyebabkan British menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa
membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai