Anda di halaman 1dari 4

DATO' BAHAMAN

 (http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/images/stories/content/malaysiaku/tokoh_pemimpin/
dato%20bahaman.jpg)

Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari
Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan
Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai
bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar
sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari
semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan
sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama
pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato'
Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya .

Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890
lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember
1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan
Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang
termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh
Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah
menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar
perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan
surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan .

Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini
menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan
pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan
itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya
Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar
Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang
mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang
British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku
Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di
sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British
sekali lagi mengalami kekalahan.

Sejarah Dato Bahaman, Orang Kaya Semantan


Nama sebenar Dato’ Bahaman ialah Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang,
Indonesia. Beliau mahir dalam seni pertahankan diri sehingga diberi gelaran Seman Tahan kerana dapat
menyelesaikan masalah secara fizikal dan intelektual. Disebabkan ini juga sungai yang tidak bernama
ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Terdapat beberapa versi tentang tempat kelahiran Dato’ Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh.
Terdapat juga versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang. Pada hari ini,
terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk Bahaman di Lanchang. Lanchang suatu ketika
dahulu digelar sebagai Semantan, kerana itu Dato’ Bahaman mendapat jolokan Pahlawan Semantan.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan
sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’
Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Anugerah Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan
gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta
kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan
Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di
Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan
Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah
sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Punca utama Perang Semantan

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur
tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A
Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman,
tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang,
mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’
Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke
Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya
Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato’ Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-
pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika
beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak
Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera
untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu
pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan
kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British
dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

Dato’ Bahaman Menjadi Buruan Orang British

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan
Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22
Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan
Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat
memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan
dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya
yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah
berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’
Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera
terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata
mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke
Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang
Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang
kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi
di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang
bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau
berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan
belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela
dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di
Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu
adalah helah sahaja.

Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka telah berjaya menggugat kedudukan British di
Pahang. Kebangkitan selama empat tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menaggung hutang
yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut.

Tok Peramu & Sumpah Setia

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan
pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah,
dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri
mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman
(Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat
Senja, Gong Poh), Mamat kelubi.

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia,
sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman
balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman.
Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat
Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering
Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’
Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

Nama Dato’ Bahaman terus kekal di dalam lipatan sejarah sebagai pejuang tulen yang berani menentang
penjajah dan Sekolah Menengah Dato’ Bahaman, Lancang didirikan mengabadikan nama tokoh pejuang
ini agar tidak dilupakan oleh zaman.

Anda mungkin juga menyukai