Anda di halaman 1dari 19

SHARIF MASAHOR

Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab biasanya dikenali


sebagai Syarif Masahor atau Sharif Masahor. Beliau meninggal
pada tahun1890 di Selangor merupakan pahlawan Melayu
LATAR BELAKANG
Sebelum ketibaan James Brooke, dia merupakan pemerintah
tempatan yang berkuasa, dan pada masa lalu, seperti Datu
Patinggi Abdul Gapur, amat berpengaruh dan dihormati kerana
tarikannya dalam menyatukan penduduk pelbagai kaum dan
kepercaPolisi pengembangan James Brooke menimbulkan
gangguan di kebanyakan tempat di Borneo. Dalam perjanjian
awal antara James Brooke dan Sultan Brunei, Sarawak hanyalan
jajahan yang menganjur dari Tanjung Datu ke Sungai Maong.
Wilayah Syarif adalah jauh dari kawasan
tersebut.
Pencerobohan
Brooke
kewilayah
pemimpin
tempatan
menyebabkan ramai pemimpin tempatan memberontak,
termasuk Syarif Masahor.

PENENTANGAN DAN KEMATIAN

James Brooke berlepas ke England pada akhir 1857,


meninggalkan anak saudaranya Charles di belakang bagi
memantau pentadbiran. Ini memberi peluang bagi Masahor
untuk melaksanakan rancangannya. Pada Julai 1859, Masahor
dan tenteranya menyerang pos luar Brooke berhampiran Bukit
Rejang di Kanowit. Semasa serangan ini, pegawai Charles Fox
dan Henry Steele dibuhuh oleh orang Melanau yang dipimpin
oleh Sawing dan Sakalai. Ini menyebabkan pihak British
sepanjang
Kuching
meradang
berikutan
dengan
pemberontakan oleh kaum Cina.
Pada awal 1860, Masahor memerintah Temenggung Hayim Jalil
dari Brunei untuk pergi ke Pontianak, Indonesia bagi berjumpa
dengan Abdul Gapur. Pada awal Februari 1860 mereka
melancarkan serangan ke atas Kuching (pada masa itu,
Sarawak), menurut rancangan Masahor. Masahor dan
tenteranya ingin mara ke Kuching melalui Sungai Sarawak.
Dalam pertempuran yang berlangsung, pihak British mendapat
kejayaan apabila Charles Brooke berjaya menyerang hendap
dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Berhadapan
dengan kekalahan, Masahor berundur ke Brunei, di mana dia
mencari perlindungan dari pihak British.
Bagaimanapun pada tahun 1861, James Brooke pergi ke Brunei,
dengan harapan memaksa Sultan Brunei untuk menghalau
Syarif Masahor ke Selangor untuk selamanya. Masahor akhirnya
tiba ke Klang, Malaysia, di mana dia menjadi penasihat kepada
Sultan Abdul Samad.
Bagaimanapun, semasa Perang Klang Syarif Masahor
menyokong Raja Mahadi, ketua wilayah Klang yang
memberontak yang tidak mengakui pemerintahan Sultan Abdul
Samad. Sultan Abdul Samad mencari bantuan British bagi
memenangi perperangan, dan Masahor kembali bertempur
dengan pihak British buat kali kedua. Bagaimanapun selepas
Raja Mahadi dan Syarif Masahor menyerah, mereka berdua
diampunkan oleh Sultan Abdul Samad. Syarif Masahor
meninggal di Kerling, Selangor pada tahun 1890 dan
dikebumikan di situ.
-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan
Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei.

-Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan


masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di
Skrang. -Kewibawaan beliau tergugat apabil James Brooke
mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan
Brunei. -Sharif Masahor menentang tindakan Brooke membina
kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil
British disana. -Pada tahun 1855,Sharif Masahor memimpin 150
buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran
Matusin yang menyokong James Brooke. -James Brooke telah
melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di
Sarakei,menyebabkan beliau berasa marah. -Sharif Masahor
telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching
untuk mengusir James Brooke keluar dari Sarawak. -Pada tahun
1859,Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Konawit. -Pada
tahun 1860,Sharif Masahor,Datu Patinggi Abdul Ghafur dan
Temengung Hashim dari Sadong berpakat menyerang Brooke di
Kuching. -Pakatan tersebut telah diketahui oleh Charles Brooke.
-Dengan bantuan Belanda,Datu Patinggi Abdul Ghafur telah
ditahan dan dipenjarakan di Betawi. -Pertempuran sengit
antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai
Sadong. -Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor
ditenggelamkan dan 64 pengikutnya terbunuh. -Akhirnya,
Sharif Masahor tewas dan berundur ke Mukah. -Pada tahun
1861,Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif
Masahor ditangkap kemudian dibuang ke negara Singapura.
-Walaupun perjuangan berjaya dipatahkan,gerakan menentang
Brooke tetap di teruskan. -Keluarga Brooke kemudianya
menghadapi tentangan Banting pada tahun 1894 dan penghulu
Asun pada tahun 1931.

MAT SALLEH

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat


Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam
penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah.
Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai
daerah di bawah kekuasaannya.

Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adikberadik daripada suku ajau dan uluk. Ibunya daripada suku
Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan
berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali, sedangkan adikadiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang
bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga
Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.

PERJUANGAN
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu
sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut.
Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada
pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui
Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu
menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan
kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik
perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan
keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada
bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya
menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni
di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh
menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di
Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat


Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris
terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali
lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan
tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota
pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung
Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi.


Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak
dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan
terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang
rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata,
makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga
dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila
dikepung musuh.

Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian


dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya.
Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan
daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus
kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang
akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan
pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan
gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota


Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam
bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu
Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North
Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran
Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang
pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah
pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun,
terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan
keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah
bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak
mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang
kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk
kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara
menyeluruh.

ANTANOM

Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros Antanom) (18851915) adalah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa dari
Borneo Utara (kini Sabah), Malaysia yang menurut sejarah lisan
tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu dia telah
menerima sokongan dari ketua dan penduduk dari kampung
sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum dan
mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat
Borneo Utara British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran
dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran
Pensiangan.

Dibawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (British


Chartered North Borneo Company - BCNBC), selain
mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah didengari oleh
penduduk tempatan, pihak British turut memaksa setiap
pasangan Murut yang memiliki dua orang anak untuk
menyerahkan seorang dari mereka sebagai buruh syarikat.

Hilang sabar, Ontoros Antonom mengumpulkan hampir seribu


pahlawan Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan untuk
menentang empayar British pada tahun 1915. Pegawai British
dikejutkan dengan beratus pahlawan Murut membanjiri
bangunan pentadbiran mereka dan menyerang mereka.
Ontoros Antonom membina beberapa kubu dengan terowong
bawah tanah dan rumah.

Pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang tentera


yang dilengkapi dengan senjata api bagi menyerang balas.
Sungguhpun pihak Murut hanya memiliki senjata asas seperti
sumpitan, pedang dan lembing, tentera British gagal
menundukkan
merekaDengan
itu
mereka
memasang
perangkap dengan menawarkan perundingan damai di
Rundum. Apabila Ontoros Antonom dan pengikutnya dalam
perjalanan ke tapak tersebut, mereka dikepong dan ditahan
oleh beratus-ratus tentera British. Selepas itu Ontoros Antonom
telah dihukum mati oleh pihak British.

YAMTUAN ANTAH

Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin ( 1812 - 1888 )


merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang
keenam. Memerintah dari 1869 - 1888 dan memperjuangkan
Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada tahun 1876.
Merupakan anakanda Yamtuan Radin dan mempunyai
anakanda yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku
Muhammad Shah.

British bertapak di Negeri Sembilan


Perjuangan menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori
Tuanku Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin atau dikenali
Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah) kelapan bagi
kawasan Seri Menanti. Perjuangan di negeri itu bermula pada
Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk
Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian
membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka
lombong biji timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula
detik itu, Empayar British bertapak di Negeri Sembilan.
Kemarahan Orang Melayu semakin meluap-luap pada April
1874 apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk
Muda Linggi pergi ke Singapura untuk bertemu British
membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke
yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan
Sungai Ujong berada di bawah lindungan penjajah itu. Datuk
Kelana menghantar surat itu kepada Clarke yang mengalualukan kehadiran seorang residen untuk menasihatinya

memerintah Sungai Ujong. Bendera Union Jack akhirnya dinaik


dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk
Kelana di Ampangan pada September 1874, seterusnya disusuli
istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British
cuba memberitahu penduduk yang mereka berkuasa di Sungai
Ujong. Bagi mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong,
Datuk Kelana yang dibantu oleh 150 askar British lengkap
bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan
membakar Rahang yang dimusuhinya pada November 1874.
Datuk Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat
serangan itu.
Dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar
Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama
dilantik di Sungai Ujong, PJ Murray dilantik untuk membantu
Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri Sembilan
jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka,
tindakan Datuk Kelana membawa masuk British ke Sungai
Ujong umpama mengundang penjajah untuk menjajah negeri
mereka. Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih
tidak menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan
pembesar menabalkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri
Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi, Ulu Muar,
Gunung
Pasir
dan
Jempol.
Tindakan
Datuk
Kelana
membenarkan British bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan
huubungan antara dirinya dengan pembesar lain termasuk
Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf
Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada
pertengahan 1875, di bawah lindungan British, Datuk Kelana
mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus,
sebagai sebahagian daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai
Ujong sekali gus mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan
Antah. Datuk Kelana dan British bertindak melantik orangnya
sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan daerah itu sudah
menjadi milik mereka pada November tahun yang sama.
Yamtuan Antah yang semakin berang kemudian memecat
Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik Datuk Kelana. Residen
British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana
mengganggap perbuatan Yamtuan Antah itu sebagai
mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan
melanggar undang-undang. Pada 27 November 1875, Murray
ke Terachi bersama 20 askar diketuai Leftenan Hixman selain

30 polis dan masing-masing seorang doktor dan seorang


jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke Terachi, tetapi
tidak mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu. Sehari
kemudian, Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly
ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung
Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly
bertemu sekumpulan penduduk seramai 200 orang yang
menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai
Ujong. Daly ketakutan, dia segera minta bantuan kepada
Murray di Sungai Ujong dan Residen itu segera dimaklumkan
kepada Yamtuan Antah.

Pertempuran
Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri
Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya seramai
kira-kira 4000 orang supaya bersedia untuk menghadapi
peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir
penjajah itu turut mendapat sokongan beberapa pembesar
antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Seterusnya, pasukan
perang Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberang Bukit
Putus untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus
surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi menggangu
kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh Terachi. Murray yang
ketakutan melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan
Antah segera meminta bantuan kepada Negeri-negeri Selat.
Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting kerana
mereka khuatir akan penduduk akan menyerang. Hinxman dan
askar lain yang berada di Rasah, segera menggali parit dan
membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan
tentera mereka. Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah
yang seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka
membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong, bantuan British
dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan
Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan
bantuan tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang
seramai 30 askar, 30 polis dan 6 askar Arab dari Rasah untuk
menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi. Bagaimanapun,
sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang
penduduk menggunakan senapang. Bilangan penduduk

tempatan
lebih
ramai
daripada
pasukan
Hinxman
menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan.
Menyedari mereka akan kalah, askar British yang ketakutan
segera melarikan diri dan balik ke Rasah. Tentera Yamtuan
Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di
tepi Sungai Linggi. Pada 5 Disember 1875, British semakin
tertekan apabila pasukan diketuai Hinxman gagal merampas
kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang lebih hebat.
Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka membedil
tentera Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegar bumi
Paroi ketika itu. Selepas satu jam berbalas tembakan, askar
British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang di
hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa
jasad askarnya ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya
bernekad untuk terus memusnahkan kubu pertahanan tentera
Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20
askar British dan Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan
Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan,
mereka terus diburu askar tempatan. Tunku Laksamana
akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Bantuan
tambahan yang diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8
Disember 1875. Diketuai Leftenan Gabenor Pulau Pinang,
Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri
daripa 350 askar British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan
dalam pertempuran sebelum itu, menyebabkan British
memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di
Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka
membedil kubu Yamtuan Antah. Selepas melepaskan 10 das
meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur. Selepas
pertempuran hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan
Arab selain mencedarakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat
dirampas semula oleh British. Pada 10 Disember 1875, bantuan
British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar Gurkha,
seramai 250 orang beserta pegawainya seramai 32orang.
Pasukan meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba
di Sungai Ujong. Dengan kekuatan tentera itu, Leftenan Kolonal
Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang
menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan
pengikut Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru. Pada 19
Disember 1875, satu pasukan perang diketuai Murray bertolak
dari Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay
pula mengetuai pasukan seramai 280 orang. Akhirnya berlaku

pertempuran antara British dan pejuang tempatan di Bukit


Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British.
Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya
menuju ke Seri Menanti. Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan
Antah dan keluarganya terpaksa berundur meningggalkan Seri
Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor. Di negeri
itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar,
Sultan Abu Bakar kemudian menasihati baginda supaya
berdamai dengan British. Dengan pertolongan Sultan Johor
ketika itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat
pertemuan dengan Gabenor Singapura iaitu William Jervois.
Yamtuan Antah bersama empat pembesar dari daerah Seri
Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui Gabenor British di
Singapura pada November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak
British memikirkan perkara yang adalah lebih baik berdamai
dengan penduduk setempat bagi menunjukkan imej baik
mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan
Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam
Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah kekuasaan Ketua
Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di
bawah kekuasaan British.

Kemangkatan
Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah
kembali ke tanah airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat
tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888
beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri
Menanti.

DATO BAHAMAN

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai


Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah
British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah
Melayu.

Asal-Usul Dato' Bahaman


Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang
berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul
Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang
berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai
bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh
penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak
bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan
seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat
kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada
Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki
takhta, Dato Bahaman terus menabur bakti kepada tanah
airnya.

Anugerah

Dato Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang


Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato Setia
Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan
sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir
serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku
Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas
kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato Bahaman telah
dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh.
Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato Bahaman adalah
sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak
berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Perang Semantan
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orangorang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas
kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember
1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di
Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa
sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford,
Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut,
beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan
Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat
disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan
mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan
tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini
menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang
hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15
Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang
untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak
Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar
Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawaipegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan
pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21
Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan
Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan

kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali


lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman
tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

Buruan Orang British


Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan
Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato Bahaman di
Pahang. Satu pasukan yang dinamakan Gerakan Sultan telah
dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang.
Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin
oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang
Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga
menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat
memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar,
jejak Dato Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tandatanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan
pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada
awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah
berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah
diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato Bahaman berjaya menawan
semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato Bahaman menjadi lebih
hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan
Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua
dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata
mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato
Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi.
Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan
Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad
menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan
Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato Bahaman bersama
100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang
diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang
Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat

Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang.


Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama
Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan
tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini
menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di
Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan
serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang
banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila


Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan
menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh
perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896,
manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di
Terengganu.
Kebangkitan Dato Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah
menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang
banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00
dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Persetiaan Sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato Bahaman dan
pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam.
Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji
Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan
menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa
diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam
sumpah persetiaan itu, iaitu Dato Bahaman (Panglima Kakap),
Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim),
Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Pada tahun 1911, Dato Bahaman telah kembali ke Kelantan


manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang
pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun

1920, Dato Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya


Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman.
Pada tahun 1926, Dato Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan
dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan
berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir
Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang.
Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya.
Dato Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

Anda mungkin juga menyukai