Anda di halaman 1dari 13

PENGASASAN KERAJAAN TERENGGANU

Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan muhammad ismail. Baginda ialah putera Tun Habib
Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun
Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas
takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.

Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja
Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani,
Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas
Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin tidak lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala
Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke
Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733,
ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan
Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua.
Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika
menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746
- 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu
dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik
Kelantan membantu Long Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar
menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa
pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni
Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri
daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad
(1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837),
Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta
kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari
takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II
digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya
mengalahkan Sultan Muhammad ismail dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika
pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 -
1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918).
Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu.
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri
Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa
kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan
digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -
1942).

Apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, putera sulung al-
Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Tengku Ali menduduki tahta kerajaan Negeri Terengganu
dengan gelaran Sultan Ali Shah (1942-1945). Baginda ditabalkan di hadapan kerabat-kerabat diRaja
Terengganu secara sah.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku muhammad Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16
Disember 1945, setelah beliau menjalankan suatu konspirasi bersama 13 orang kerabat diRaja
Terengganu bagi menjatuhkan Sultan Ali Shah yang merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri
Terengganu yang sah. Beliau seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail
Nasiruddin Shah. Tengku Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia
Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Tengku Ismail Nasiruddin Shah
mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia
Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan
gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 14 Mei 1998 di
Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan
Muda Tengku Muhammad Ismail

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Terengganu
Pengasasan Kesultanan Terengganu
Anda mungkin ingin mengetahui lebih dekat tentang sejarah awal Negeri Terengganu. Terengganu merupakan
antara negeri yang terawal dalam era kedatangan manusia di semenanjung Malaysia. Sejarah Terengganu yang
awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua
pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan
Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di
Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula
catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji
Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang
pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya,
Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera,
kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di
Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan
panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis,
karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua
di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin
ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan
Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak
angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang
mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak
lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau
Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit
Keledang (kini dipanggil Kota Lama).
Istana Maziah.

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun
1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan
Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya,
baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta
kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa
pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke
Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman
Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda,
berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan.
Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu.
Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi
baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan
Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya
mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan
baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881).
Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan
baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal
Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan
Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan
Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu ke-16 yang
memerintah negeri Terengganu sekarang.

Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik
sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku
Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau
bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.

Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945.
Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail
Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20
September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja
Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu
digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda
menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud
mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda,
Sultan Mizan Zainal Abidin.

http://iluvterengganu.blogspot.com/2010/06/sejarah-pemerintahan-terengganu.html
perundangan

Makalah ini bertujuan meneliti Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) Negeri Terengganu atau
dinamakan Undang-undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Terengganu Nama rasminya Iqtan al-Muluk bi
ta’dil al-suluk (Iqtanul Muluk). Penggubalan Iqtanul Muluk sebagai penegasan kedaulatan negara bangsa
Terengganu dalam mengekalkan status Melayu Islam. Tujuan utama penggubalannya bagi mengukuhkan
kedudukan raja dan agama Islam di negeri Terengganu daripada pengaruh British. Penulisan makalah ini
dihasilkan melalui kaedah kepustakaan dengan mengumpul data berkaitan, seperti teks Undang-undang
bagi Diri Kerajaan Terengganu, cap mohor di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur dan cawangan
negeri Terengganu serta Muzium Terengganu. Melalui kaedah sejarah, teks Itqanul Muluk ditelusuri dan
dianalisis untuk melihat konsep penegasan kedaulatan negara bangsa Terengganu sehingga mampu
mengekalkan status Melayu Islam di negeri itu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati Itqanul
Muluk menjadi benteng dalam mempertahankan dan menyelamatkan Terengganu daripada dikuasai oleh
British sehingga status Melayuiyah dan Islamiyah yang terkandung di dalamnya masih kekal hingga ke
hari ini.

http://myjms.mohe.gov.my/index.php/Melayu/article/view/4521

Orang Terengganu mempunyai sejarah yang panjang di wilayah Semenanjung, dan disebabkan sejarah
yang panjang mereka membentuk identiti kebudayaan, serta bahasa pertuturan yang unik berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia. Walaupun kaya dengan keunikan tersendiri, orang Terengganu
mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Pahang dan Kelantan. Negeri-negeri tersebut berkongsi
banyak persamaan dari segi sejarah, budaya dan bahasa kerana faktor geografi (ketiga-tiga sub-etnik
Melayu tersebut dipanggil sebagai Orang Pantai Timur).
1. 4. terengganu

2. 5. Pengenalan  Pengasas Kesultanan Terengganu ialah Sultan Zainal Abidin I yang lebih
dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. 
Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh
Daeng Menampuk di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Sumber yang lain
pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta Kerajaan Negeri Terengganu oleh
Phra Chau Yang, Raja Pattani.  Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang
ke Pattani setelah Paduka Raja Wan Deraman dibunuh di Terengganu dalam sekitar 1688. Ketika
berada di Pattani, baginda dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang. 
Akhirnya, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit
kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah
(bersamaan tahun 1708).

3. 6. Zaman Kegemilangan Pelabuhan pedalaman terpenting di Kepulauan Melayu Sultan Mansor


Shah I terlibat dalam perdagangan dan melantik wakil menjaga urusan perdagangan Barang yang
didagang: Lada hitam Emas Bijih timah Semasa pemerintahan sultan Mansor Shah I

4. 7. Hubungan Luar  Menjalin hubungan persahabatan dengan Siam  Tahun 1765 – Siam
meminta bantuan Terengganu manyerang Raja Ligor  Bunga emas dihantar sebagai tanda
persahabatan tetapi Siam menganggap ia sebagai tanda Terengganu mengakui ketuanan Siam

5. 8. Pengaruh Islam  Negeri terawal menerima pengaruh Islam  Bukti :  Penemuan artifak
tembaga purba bertulisan Al-Quran bertarikh 652 H / 1254 M  Berdasarkan prasasti Terengganu
bertarikh 702 H / 1303 M (tentang 10 darma atau undang-undang khususnya Undang- undang
jenayah)

https://www.slideshare.net/eychalmi/negerinegeri-melayu-baru
Menghadapi Kuasa Siam

Kerajaan Siam menuntut Terengganu sebagai naungannya. Bunga Emas dan Bunga Perak yang dihantar
oleh Terengganu tiap-tiap 3 tahun sekali dijadikan bukti kuasa Siam ke atas Terengganu. Namun
sebenarnya Bunga Emas pertama kali dihantar pada tahun 1781, di masa pemerintahan Sultan Mansur
Shah I sebagai tanda balasan hadiah yang diberikan oleh angkatan Siam kepada Sultan Mansur Shah I,
kerana membantu angkatan Siam menyerang dan mengalahkan Legor pada tahun 1766.

Sultan Zainal Abidin III ( 1881 – 1918 ) menjelaskan kepada Gabenor SIR Frederick Weld yang datang
melawat Terengganu pada tahun 1886 dan 1887, Bunga Emas yang dihantar ke Siam hanya sebagai tanda
persahabatan dan bukannya sebagai ufti. Oleh kerana dakwaan Inggeris yang mempunyai hak ke atas
Terengganu, kerajaan Siam telah menyerahkan Terengganu kepada Great Britain melalui perjanjian
Bangkok 1909. Namun begitu kerajaan Terengganu dibawah Sultan Zainal Abidin III menolak perjanjian
ini. Dengan itu perjanjian di antara Terengganu dengan Great Britain ditandatangani pada tahun 1910. Di
antara syarat perjanjian ini, Terengganu menerima Wakil British

Menghadapi Kuasa British

Pada tahun 1862, angkatan British di bawah Kolonel R. Macpherson membedil Kuala Terengganu.
Pembedilan ini dilakukan kerana British mengesyaki Terengganu memberi bantuan kepada Wan Ahmad
menentang abangnya Bendahara Wan Mutahir Pahang pada tahun 1857 – 1863. Hasrat British
campurtangan di Terengganu akhirnya tercapai melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani oleh
Kerajaan Siam dan Great Britain pada 10 Mac 1909. Dengan berkuatkuasa perjanjian ini, Kerajaan Siam
menyerahkan Terengganu kepada British.

W.L.Conlay dilantik sebagai Ejen British yang pertama di Terengganu. Sultan Zainal Abidin III menolak
perjanjian ini dan tidak menerima perlantikan W.L.Conlay. Pertelingkahan Perjanjian Bangkok 1909
akhirnya selesai apabila Terengganu bersetuju menandatangani dengan Great Britain pada 22 April 1910.
Dengan berkuatkuasa Perjanjian ini, Terengganu menerima secara rasminya perlantikan Ejen British.

Walaupun demikian, Ejen British tidak mempunyai kuasa di dalam pentadbiran negeri Melayu yang
bebas. Seterusnya pada tahun 1911, Kerajaan Terengganu meluluskan Ubdang-Undang Bagi Diri
Kerajaan Negeri Terengganu yang menyatakan Terengganu adalah negeri Melayu dan Islam.

British yang tidak puas hati dengan kedudukannya di Terengganu terus menjalankan usaha untuk
melibatkan dalam pentadbiran Terengganu. Pada akhirnya British berjaya melalui perjanjian 24 Mei
1919. Perjanjian ini ditandatangani oleh Sultan Muhammad yang menggantikan ayahandanya Sultan
Zainal Abidin III. Berkuatkuasa Perjanjian ini, Terengganu buat pertama kalinya menerima Penasihat
British. Dalam artikel 11 Perjanjian ini dicatatkan bahawa Sultan Terengganu akan menerima Penasihat
British, menyediakan tempat kediaman di Terengganu dan nasihatnya hendaklah diminta serta diikuti
dalam semua perkara pentadbiran kecuali Agama Islam.

Tentangan Terhadap British


Penglibatan British dalam pentadbiran Terengganu dan diikuti dengan pengenalan peraturan baru
membangkitkan tentangan pada tahun 1922,1925 dan 1928. Gerakan tentangani ini dipimpin oleh Haji
Abdul Rahman bin Abdul Hamid ( lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong ) dan disokong
oleh penduduk Terengganu. Mereka yang terlibat dalam tentangan ini menyifatkan British dan segala
peraturan baru yang diperkenal dan dikuatkuasakan ( selepas British campur tangan dalam pentadbiran
Terengganu ) adalah peraturan kafir.

Haji Abdul Rahman Limbong telah dibawa ke muka pengadilan. Beliau didapati bersalah dengan
menyebarkan ajaran sehingga mencetuskan kebangkitan 1928. Di atas nasihat Dato’ Seri Amar Di Raja
Haji Ngah Muhammad, beliau dijatuhkan hukuman buang negeri ke Mekah. Haji Abdul Rahman
Limbong meninggal dunia kerana sakit di Mekah pada 6 November 1929.

Kesedaran dan Perjuangan Kemerdekaan 

Terengganu juga tidak ketinggalan dalam gerakan kesedaran dan perjuangan kemerdekaan. Pada Mei
1937, Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) ditubuhkan didaftarkan pada Ogos 1938, dibawah pimpinan
Ibrahim Haji Yaacob. Matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda ialah menghindar orang Melayu
daripada diperas oleh penjajah dan melahirkan semangat kebangsaan. Juga ingin membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajah dan bergabung dengan Indonesia mewujudkan " Melayu Raya " atau "
Indonesia Raya ".

Kempen yang dilakukan oleh Presiden KMM, Ibrahim Haji Yaacob di sekitar tahun 1940 – 1941 ke
seluruh Tanah Melayu telah berjaya menubuhkan cawangan KMM di Terengganu. Pertemuan Ibrahim
Yaacob dengan beberapa orang pemuda di Grand Hotel, Kuala Terengganu membawa kepada penubuhan
KMM. KMM cawangan Terengganu diketuai oleh Wan Daud Ahmad; Setiausahanya pula ialah Ibrahim
bin Muhamad ( Ibrahim Fikri ). Di antara tokoh lain yang terlibat dalam pengasasan KMM di Terengganu
ialah Muda bin Jalil, Ibrahim Sulaiman, Muda Kassim, Muda Rahim dan Zakaria Arshad. Wan Daud
Ahmad ialah bekas pelajar Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman dan Sekolah Arab Zainal Abidin. Ibrahim
Fikri pula ialah bekas pelajar Sekolah Zainal Abidin. Kemudiannya KMM berkembang di daerah Besut.
Di antara mereka yang terlibat dalam pembentukan KMM Besut ialah Mohamad Senari Yunus, Ibrahim
bin Ismail dan Syeikh Ali bin Mohammad.

Pada tahun 1940 beberapa orang pepimpin KMM seperti Ibrahim Haji Yaacob dan beberapa orang
pemimpin Kesatuan Melayu Muda; Ishak Haji Muhammad, Hassan bin Manan, Ahmad Boestaman dan
Isa Mohd bin Mahmud ditahan oleh British kerana disyaki merancang pakatan menentang British dan
bekerjasama dengan pihak Jepun. Namun demikian, pemimpin KMM Terengganu seperti Ibrahim Fikri
dan Wan Daud Ahmad tidak ditahan. Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, KMM yang sedang
berkembang dibubarkan pada tahun 1942. Berikutnya pemimpin KMM terlibat dalam Pembela Tanah Air
( PETA ), di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob. PETA Terengganu pula dipimpin oleh Ibrahim Fikri.
Dalam gerakannya Ibrahim Fikri mendapat sokongan daripada Haji Muhammad Salleh bin Awang.

Pada tahun 1942 – 1945, Terengganu mengalami pendudukan Jepun. Dalam jangka masa ini Terengganu
ditadbir oleh Tentera Jepun, 1942 – 1943 dan Pentadbiran Tentera Thai,1943 – 1945. Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah dikekalkan diatas takhta kerajaan Terengganu. Pada 18 Mac 1942, Manabu Kuji tiba
di Kuala Terengganu untuk memegang jawatan Syuciji ( Gabenor ). Dengan mengekalkan bidang kuasa
Sultan dalam hal yang berkaitan dengan agama, pentadbiran tentera Jepun membentuk pentadbiran
Terengganu berasaskan kepada empat pejabat; Pejabat Guji Keimu-bu ( Pejabat khas untuk Tuan Syuciji
Terengganu ), Pejabat Somu-bu ( Pejabat Am ), Pejabat Zaimu-bu (Pejabat Khazanah ) dan Pejabat
Sangyo-bu ( Pejabat perniagaan ) serta Pejabat Kotsu-bu (Pejabat Pengangkutan).

Kemudiannya dalam tahun 1943, pentadbiran tentera Jepun memindahkan pentadbiran Terengganu
kepada kerajaan Thai. Pada 15 Oktober 1943 ( 15 Oktober 2603 ), Gabenor dan pegawai-pegawai Thai
tiba di Terengganu untuk mengambil alih teraju pentadbiran. Negeri Terengganu diserahkan oleh
Kerajaan Dai Nippon kepada kerajaan Thai pada pukul 11.50 pagi, 18 Oktober 1943 ( 18 Oktober 2486).

Pentadbiran Thai di Terengganu berakhir setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak Berikat pada 15
Ogos 1945. Dengan itu pada tahun 1945, Terengganu diletakkan di bawah Region 8, pentadbiran Pegawai
Kanan Hal Ehwal Awam ( Senior Civil Affairs Officer ) Terengganu yang disandang oleh Leftenan
Kolonel D. Headley. Sementara itu Kerajaan British sedang berusaha untuk memperkenalkan Malayan
Union di Tanah Melayu. Pada 17 Oktober 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) ditubuhkan
di Ipoh, Perak oleh sekumpulan yang terlibat dalam perjuangan KMM. Cawangan KMM merebak ke
seluruh Tanah Melayu termasuk Terengganu. PKMM cawangan Kuala Terengganu ditubuhkan di
Chabang Tiga oleh Awang bin Ali dan Haji Abdul Latif. Apabila Ibrahim Fikri menyertai PKMM, setelah
dibebaskan daripada tahanan pada April 1946, beliau dilantik sebagai Ketua PKMM. Berikutnya pada
tahun 1947, beliau dilantik menganggotai Majlis Tertinggi Kerja PKMM. Cawangan PKMM berkembang
di Terengganu, antaranya di Dungun dan Besut. Cawangan PKMM Kampung Raja, Besut ditubuhkan
pada akhir 1945. Mereka yang terlibat ialah Wan Ahmad sebagai Yang DiPertua, Salleh bin Muhammad
sebagai Setiausaha dan Haji Taib bin Abdullah sebagai Bendahari.

Cawangan PKMM Jertih ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Ibrahim Ismail dan beberapa orang rakannya
seperti A. Rahman bin Muhammad, Mohd Daud bin Samad dan Mohd Noor bin Awang; di Kuala Besut
ditubuhkan oleh Yusof bin Embong dan rakannya Mohd Senari Yunos, Wan Hassan bin Muda dan Mohd
Noor bin Ismail pada tahun 1947. PKMM juga ditubuhkan di Kemaman pada tahun 1946, dipimpin oleh
Wan Yahya bin Haji Wan Muhammad. Angkatan Wanita Sedar cawangan Kuala Besut dengan Wan
Zainun sebagai setiausahanya, dirasmikan penubuhannya di Kuala Besut pada tahun 1947. Di samping itu
terdapat juga Persatuan Melayu Terengganu, Persatuan Melayu Besut, Persatuan Melayu Kemaman dan
Persatuan Melayu Kemasik. Pada tahun 1947, Persatuan Melayu Terengganu dipimpin oleh Tengku
Muhammad Pahang dan Persatuan Melayu Besut dipimpin oleh Tengku Lela Segera bin Tengku Nara Di
Raja. Persatuan Melayu Kemasik pula dipimpin oleh Muhammad bin Jusoh.

Pada tahun 1946, kerajaan British mengambil keputusan memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan
Malayan Union mendapat bantahan daripada masyarakat Melayu. Tentangan ini pula berkisar di sekitar
masalah kerakyatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Akhbar Utusan Melayu dan Majlis turut
memainkan peranan menentang Malayan Union. Terengganu juga turut melancarkan tunjuk perasaan
menentang Malayan Union pada 24 Januari 1946. Persatuan Melayu Kemaman, Terengganu menghantar
kawat kepada Pengerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang Malayan Union. Pada 24 Januari
1946, Onn bin Jaafar melalui akhbar Majlis menggesa supaya orang Melayu mengadakan kongres se
Tanah Melayu. Dalam Kongres Ketiga yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 April 1946
beberapa orang telah dipilih untuk menggubal perlembagaan bagi United Malays National Organisation
( atau UMNO ). Akhirnya dalam perjumpaan 11 Mei 1946 dalam kongres yang berlangsung di Johor
Bahru pada 11 – 12 Mei 1946, UMNO dengan rasminya dilahirkan dengan Onn Jaafar menjadi Presiden
yang pertama. Berikutnya cawangan UMNO ditubuhkan di negeri-negeri di Tanah Melayu, termasuk
Terengganu. menyedari adanya tentangan maka Kerajaan Bitish mengambil sikap berunding dengan
orang-orang Melayu untuk merangka Perlembagaan baru.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah menurunkan tandatangan ke atas Perjanjian Persekutuan pada 21 Januari
1948 dan Kerajaan British pula diwakili oleh Sir Gerard Edward James Gent. Pada 6 Jun 1949 Sultan
Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Ampuan ditabalkan. Kini Terengganu bersama-sama negeri lain
dalam Persekutuan Tanah Melayu menuju ke arah kerajaan sendiri. Pada 30 September 1952, Menteri
Besar Terengganu mengumumkan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri, pilihan wakil Majlis Perbandaran
Kuala Terengganu akan diadakan pada tahun 1953. Pilihan raya ini adalah berdasarkan kepada Local
Authority and Local Council Election Ordinance yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
(Federal Legislative Council ) pada 28 September 1950 dan 3 Julai 1952. Kawasan pilihan raya Majlis
Perbandaran ini diwartakan dalam Warta Kerajaan pada 21 Januari 1953. Tiga kerusi diperuntukkan dalan
pilihan raya ini; Kuala, Ladang dan Bukit Besar. Kemudiannya pilihan raya diadakan, ketiga-tiga kerusi
ini dimenangi oleh calon Perikatan.

Perkembangan ke arah berkerajaan sendiri terus berjalan. Pada 7 September 1954, pengisytiharan
mengenai pilihan raya bagi negeri dibuat. Pengisytiharan ini dibuat oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah
dan ditandatangani oleh Menteri BesarTerengganu, Encik Kamaruddin Idris. Pilihan raya tersebut akan
diadakan pada 29 Oktober 1954. Terengganu memperuntukkan 15 kawasan untuk pilihan raya tersebut.
Lima belas kawasan tersebut ialah Kuala Besut, Hulu Besut, Setiu, Bandar Kuala Terengganu, Ladang,
Bukit Besar, Kuala Terengganu Utara, Kuala Terengganu Barat, Kuala Terengganu Tengah, Kuala
Terengganu Selatan, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Paka-Kemaman Utara dan Kemaman Selatan.
Ketika penamaan calon, dua calon Perikatan menang tanpa bertanding.

Calon Perikatan yang menang tanpa bertanding ialah Encik Zainal Abidin bin Mohamed Amin, kawasan
Hulu Besut dan Encik Mohamed Taha bin Embong,kawasan Paka- Kemaman Utara. Pilihan raya ini
adalah pertama kali di Pantai Timur dan kedua selepas Johor di Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan
raya ini, pengundi datang mendaftar sebagai pemilih dan terus mengundi pada hari yang sama. Baki
kerusi sebanyak 13 ditandingi oleh 14 calon Perikatan dan 10 calon Negara dan 9 calon Bebas. Dalam
pilihan raya tersebut Parti Perikatan memenangi semua kerusi yang dipertandingkan.

Kemudiannya ketetapan telah dibuat untuk mengadakan pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955.
Seperti juga negeri-negeri lain di Tanah Melayu, Terengganu juga membuat persiapan untuk menghadapi
pilihan raya tersebut. Tiga kawasan iaitu Terengganu Utara, Terengganu Tengah dan Terengganu Selatan
akan dipertandingkan. UMNO Terengganu dikehendaki mengemukakan calon untuk bertanding dalam
pilihan raya itu. Mereka yang dipilih ialah Dato’ Perwira Negara Haji Ali bin Long, Che Ibrahim Fikri
dan Wan Yahya bin Haji Mohamed. Kemudiannya Dato’ Perwira Negara Haji Ali bin Long menarik diri
daripada menjadi calon pilihan raya Persekutuan 1955. Dengan itu Jawatankuasa Perhubungan UMNO
Terengganu bersidang sekali lagi pada 25 Mac 1955 dan sebulat suara bersetuju mencalonkan Engku
Mohsein bin Abdul Kadir sebagai ganti calon dalam kawasan Terengganu Tengah. Che Ibrahim Fikri
menentang Encik Muhammad Salleh bin Ahmad calon Parti Negara. Engku Mohsein bin Abdul Kadir;
calon UMNO bertanding di kawasan Terengganu Tengah menentang calon Parti Negara, Encik Sulaiman
bin Ali. Wan Yahya bin Haji Wan Mohamed, calon UMNO pula menentang Ibrahim bin Mat Noh, Parti
Negara di kawasan Terengganu Selatan. Dalam pilihan raya yang berlangsung pada 27 Julai 1955 di tiga
kawasan, Terengganu Utara, Terengganu Tengah dan Terengganu Selatan, Parti Perikatan berjaya
mengalahkan calon Parti Negara. Dalam pilihan raya ini 52 kerusi dipertandingkan di seluruh Tanah
Melayu. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan hanya 1 kerusi sahaja dimenangi oleh Parti Islam
SeMalaya ( PAS ) di kawasan Kerian, Perak. Kini Parti Perikatan membentuk kerajaan mentadbir
Persekutuan Tanah Melayu. Sementara itu rundingan kemerdekaan diteruskan sehinggalah Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

http://terengganudestinasiku.blogspot.com/p/terengganu-dan-kemerdekaan.html

Anda mungkin juga menyukai