Anda di halaman 1dari 43

UNSUR WASIAT DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

WASIAT ialah pesanan, keinginan, atau kehendak terakhir seseorang yang


hampir meninggal dunia yang  ditujukan kepada orang-orang yang bakal
ditinggalkannya. Wasiat bukanlah menyentuh hal peninggalan, harta
benda sahaja tetapi juga meliputi kata-kata yang berupa amanat dan
nasihat yang diberikan kepada waris untuk dipusakai dan diamalkan.
Amanat dan nasihat yang diberikan dalam wasiat dapatlah diandaikan
sebagai sesuatu peninggalan yang "paling ikhlas" atau "paling  jujur"
daripada seseorang yang hampir meninggal dunia.

TUJUAN DAN SEBAB BERWASIAT


Secara umumnya, wasiat perlu diberikan kepada sesiapa sahaja.
seorang hartawan, sebelum ia meninggal dunia, perlu berwasiat  kepada
kaum keluarganya, atau kepada orang-orang yang terdekat  dengannya,
ataupun kepada orang-orang yang dipercayainya. Hal ini perlu
dilakukannya demi mengelakkan berlakunya perebutan terhadap harta
yang ditinggalkannya.

Walau bagaimanapun, dalam konteks Sulalatus Salatin


Sejarah Melayu, tujuan dan sebab-sebab seseorang itu berwasiat
agak berbeza. Hal ini demikian kerana kebanyakan wasiat
tersebut adalah dalam bentuk ungkapan kata-kata yang berunsur
nasihat, pesanan, clan amanat. Wasiat itu pula diungkapkan sama ada
olehraja/sultan ataupun tokoh-tokoh pembesar kepada orang-
orang yang terdekat dengannya. Tujuan dan sebab-sebab wasiat
itu diturunkan dapat diperincikan seperti yang berikut:

I   sebagai suatu bentuk peringatan, nasihat, dan pesanan - hal ini dapat


dilihat menerusi wasiat yang disampaikan oleh  Bendahara Paduka
Raja kepada orang-orang yang hadir  semasa beliau sakit. Beliau

1
mengingatkan mereka supaya "... jangan kamu tukarkan agamamu
dengan dunia yang tiada kekal adanya ini;...";

2 s e b a g a i s u a t u a r a h a n / p e r i n t a h - w a s i a t i n i l a z i m n y a   diluahkan
oleh para pemerintah (raja/sultan) kepada para  pembesar negara.
Lazimnya dalam wasiat itu, pemerintah yang terbabit meminta pembesar
melantik putera yang d ina m akan m er eka sebagai penggant inya
se le p a s   kemangkatannya kelak;
3   sebagai suatu amanah - dalam hal ini, yang dijadikan amanah ialah harta
benda, termasuk anak-pinak.  Sultan Maliku'sSalleh, misalnya, berwasiat
kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din danSidi Asma Yaumi'd-Din supaya menjaga
kedua-dua puteranya - Sultan Maliku'l-Mansur dan Sultan Maliku't-Tahir. Seri
Nara Diraja Tun Ali pula mengamanahkan anak-anaknya - TunTahir, Tun
Mutahir, dan Tun Abdullah - kepada Bendahara Paduka Raja;
4 sebagai panduan untuk memerintah dan menempuh  kehidupan -
hampir keseluruhan isi kandungan wasiat yang disampaikan oleh pihak
pemerintah kepada bakal penggantinya adalah untuk memandu mereka
bersikap adil dan saksama kepada rakyat jelata.
Wasiat-wasiat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
Terdapat beberapa banyak tokoh dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah
Mclayu yang menyampaikan wasiat mereka. Kebanyakan wasiat itu pula
diperturunkan semasa mereka gering/sakit.

1 Wasiat Sultan Maliku's-Salleh kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma


Yaumi'd-Din (hlm. 59).
2 Wasiat Sultan Maliku't-Tahir kepada anaknya, Sultan Ahmad (hlm. 65-66).
3 Wasiat Seri Nara Diraja Tun Ali kepada Bendahara Paduka Raja (hlm.
146).
4 Wasiat Sultan Mansur Syah kepada pembesar Melaka (hlm. 171).
5 Wa siat Sulta n Ma nsur Syah kepada anaknya, Raja  Hussain/Raja
Ahmad [Sultan Alau'd-Din Riayat Syahl (hlm. 171-172).

2
6 Wasiat Sultan Alau'd Din Riayat Syah kepada pembesar  Melaka (hlm.
186).
7 Wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada anaknya, Raja Mamad [Sultan
Mahmud Syahl (hlm. 186-187).
8 Wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada anak cucu Berta para
pengikutnya (him. 191).
9 Wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada Sultan  Mahmud Syah
yang sedang memerintah Melaka pada ketika itu (hlm. 191).
10 Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada para pembesarnya (him. 187).
11 Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada anaknya (hlm. 188).

CONTOH-CONTOH WASIAT
Wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad/ Raja Hussain
Maka Sultan Mansur Syah pun memandang kepada anakanda baginda, Raja
Ahmad; maka titah baginda, "Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-
kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan coati juga sudahnya; iman yang
sempurna dan pekerti yang balk, itulah yang kekal disebut orang selama-
lamanya. Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat
adil sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenamya.
Makan haqu'l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa
taala; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya banyak berserah
kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu segera
engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia balk-balk, supaya
di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi salla'llahu 'alaihi
wa salami Kullukum ra 'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyyatihi, yakni segala kamu
yang menggembala dunia lagiakan ditanyai daripada kebelaan kamu; ertinya,
segala raja-raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah subhanahu wa taala daripada
segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknyalah engkau berbuat adil
dan saksama, supaya di sang jemah diringankan Allah taala kira-kiramu;
clan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala
orang Besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan
3
tahunya, jikalau tiada muafakat dengan pegawai, di mans akan dapat ia melakukan
bijaksananya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu
umpama api, segala menteri itu umpama kayu, kerana api itu tiada akan nyala
jikalau tiada kayu; seperti kata Farsi: 'Ar'ayatu juan bakhasta sultan khasad', yakni
rakyat itu umpama akan dan raja itu umpama pohon; jikalau tiada akan nescaya
tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. Hei
anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini; supaya beroleh
berkat diberi Allah subhanahu wa taala, bija hin-nabi salla'llahu 'alaihi wa salam."
(hlm. 171-172)

Isi Kandungan Wasiat Sultan Mansur Syah


• CIRI-CIRI PEMERINTAH
Wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Hussain/Raja Ahmad (Sultan
Alauddin Riayat Syah) itu menggariskan beberapa cirri asas seorang raja
atau ketua Negara menurut ukuran kenegaraanIslam. Yang berikut
adalah antara ciri-ciri pemerintah yang terungkap dalam wasiattersebut.
1   Iman yang sempurna (kesempurnaan iman) - seseorang raja harus
beriman terhadap Allah s. w. t. dan sentiasa melakukan aural salih.
seseorang raja yang menaiki takhta kerajaan  mestilah tahu dan faham
akan tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankannya. Peranan
seseorang raja bukan setakat menjadi ketua kerajaan semata-mata
tetapi juga memikul amanah daripada Allah s. w. t. sebagai
pemimpinkepada rakyat dan negara.
2 Pekerti yang baik (perilaku mulia) - seseorang raja atau  pemerintah
yang memiliki pekerti yang baik, seperti mengasihi rakyatnya, menghormati
pembesarnya, serta memelihara perlakuan dan tutur katanya, akan
disenangi dan disayangi oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah
pembesar dan hamba sahaya. Dengan memiliki pekerti yang baik,
mereka akan senantiasa dikenang dan disanjung oleh rakyat
jelata walaupun selepas ketiadaan mereka.
3 Berbuat adil sangat-sangat (keadilan) - wasiat yang
terclapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut
4
memberikan penekanan kepada raja-raja agar memerintah dengan adil
clansaksama terhadap rakyat. Raja tidak dibenarkan
melakukan perbuatan zalim terhadap rakyat.
4 Jangan engkau mengambil hak orang (amanah) - seorang  raja
ditegah sama sekalimengambil hak milik rakyat sesuka hatinya.
Perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya  .penganiayaan
terhadap rakyat yang lemah. Raja yang adil  harus meminta kebenaran
lebih dahulu sebelum mengambil atau menggunakan barang atau harta milik
rakyatnya.
5 Jangan khali engkau keluar dihadap orang (bersedia  menemui
dan mengambil tahu hal ehwal rakyat jelata)  -pemerintah merupakan
tempat rakyat bergantung harap. Oleh hal yang demikian, pemerintah
mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesusahan.
Pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya
dengan sebaik-baiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadil-
adilnya, yakni, tanpa berat sebelah atau pilih kasih. Raja-
raja bertanggungjawab melantik hakim-hakim yang adil
bagi menguruskan persoalan kehakiman dan undang-undang di  dalam
negeri.
6 Muafakat dengan segala menteri (musyawarah) -
setiap pemerintah perlu bermusyawarah serta mendapatkan nasihat  dan
pandangan daripada pegawai-pegawainya. Hal ini  demikian kerana
keputusan yang terhasil melalui mesyuarat lebih jitu dan tepat.

5
UNSUR MITOS DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

MITOS, sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng


atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi
diketengahkan sebagai suatu p eristiwa yang benar-benar terjadi.
Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan
manusia, haiwan, ataupun alam semesta - kelihatan pelik, janggal, dan
melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap
ketakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden
sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, meyakini bahawa
mitos tersebut memang benar-benar berlaku.
Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan
sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks
tersebut. Kewujudan unsur mitos dalamteks tersebut berkait rapat dengan realiti
kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam
lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.

CIRI-CIRI MITOS
I Mitos dianggap sebagai kejadian atau peristiwa yang benarbenar berlaku
- cerita mitos dianggap benar-benar berlaku pada zaman silam. Keyakinan
tersebut, sesetengahnya, telahmembentuk sistem nilai mereka dan seterusnya
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Mitos berbeza daripada unsurunsur
dongeng.
2. Mitos dianggap suci - kesucian ini terbit kerana mitos kaya dengan unsur-
unsur kedewaan yang diyakini oleh masyarakat Melayu pada zaman silam.
Kepercayaan tersebut terbentuksebagai hasil daripada pengaruh animisme
dan ajaran agama Hindu.
3 Mitos kaya dengan unsur-unsur alam ghaib - keyakinan masyarakat
Melayu zaman silam terhadap kewujudan alam ghaib sangat tebal. Mereka
percaya bahawa sesuatu yang ghaib itu, seperti kewujudan kuasa makhluk-
makhluk halus (jin, syaitan, penunggu, puaka) dan alam kayangan atau
alam dewa dewi dapat mempengaruhi kehidupan mereka. Malah, dalam
6
konteks alam kayangan, masyarakat Melayu pada zaman itu yakin bahawa
mereka dapat Baling berhubungan (bersahabat atau berseteru) antara satu
sama lain.
4 Mitos kaya dengan peristiwa atau kejadian yang luar biasa, ganjil, dan
aneh - masyarakat Melayu zaman silam  mempercayai bahawa setiap
kejadian luar biasa, ganjil, atau aneh mempunyai tujuan-tujuan atau
alamat-alamat yang tertentu. Hal ini berlaku sebagai hasil daripada
keakraban hubungan masyarakat Melayu dengan flora dan fauna
di sekeliling mereka.

JENIS-JENIS MITOS
Mitos dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada
empat jenis, iaitu:
1 mitos asal usul raja;
2 mitos pembukaan negeri;
3 mitos kedatangan Islam; dan
4 mitos-mitos lain.

Mitos Asal Usul Raja


Sulalatus Salatin Sejarah Melayu,  dalam upaya
hendak meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja
Melayu, khususnya raja Melaka, telah mengaitkan bahawa raja-
raja tersebut berasal usul daripada keturunan Raja Iskandar Zul Karnain,
Nabi Sulaiman, clan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran
(cucu Raja Sulan) telah masuk ke dasar laut dan berkahwin dengan Puteri
Mahtabu'l-Bahri dari negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga
orang putera - Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Ketiga-tiga
putera ini telah naik ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang,
Palembang.Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka
telah membolehkan mereka menjadi raja - Nila Pahlawan menjadi raja di
Minangkabau; Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura; Nila Utama
pula menjadi raja di Palembang dan seterusnya di Temasek dengan gelaran
7
Seri Teri Buana. Seri Teri Buanalah yang kemudiannya mengembangkan
keturunan raja-raja Melaka.

Mitos Pembukaan Negeri


Sulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang
berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan
memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasar kepada
keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang
pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada
negeri tersebut. Antaranya termasuklah:
1 pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan
seekor binatang yang bernama “Singa”
2 pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk
putih yang telah mengalahkan anjing;
3 pembukaan Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa  Merah Silu
bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing; dan
4 pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing  Sultan Maliku's-
Salleh yang bernama si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi.

Mitos Kedatangan Islam


Sebagaimana mitos asal usul, tujuan mitos kedatangan Islam ini diselitkan
dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah untuk mengangkat darjat raja-
raja Melayu. Ada dua peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini,
iaitu:
1 kedatangan Islam di Semundra yang dikaitkan dengan  peristiwa Merah
Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s. a. w. Dalam mimpi itu,
Nabi Muhammad s. a. w. telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan
sebagai hasilnya, Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala
tubuhnya pula berbau narawastu; dan
2 kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil
Besar (Sultan Muhammad Syah) telah diislamkan oleh Nabi Muhammad s. a.
w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu, dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah
8
diajar mengucap dua kalimah syahadat, dikhatankan, dan diberi nama Islam.
Keesokannya, semua yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan
tubuh baginda turut berbau narawastu.

Mitos-mitos Lain
Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa
berunsur mitos yang ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya termasuklah
untuk menggambarkan kepercayaansesuatu anggota masyarakat ataupun
untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa contoh
mitos tersebut.
I Peristiwa Badang menjadi gagah setelah makan muntah  hantu - Badang
telah beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah
memakan muntah hantu yang mencuri hasil tangkapannya. Kegagahan
Badang yang luar biasa itu telah membolehkan dia mencabut pokok-pokok
kayu Yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini menggembirakan majikannya
kerana ladangnya telah dapat dibersihkan dalam masa yang singkat.
2 Peristiwa ikan todak menyerang Singapura - peristiwa ini  berlaku semasa
Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Banyak rakyat negeri itu
yang mati ditikam oleh ikan todak yang mampu melompat hingga ke pantai.
Untuk mengatasi serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja
telah memerintahkan rakyatnya berkubukan betis tetapi perintah itulebih banyak
menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat yang terlibat. Akhirnya,
serangan ikan todak itu dapat diatasi melalui kebijaksanaan seorang
budak yang menyarankan penggunaan batang pisang sebagai
kubu. serangan ikan todak tersebut ada kaitannya dengan  pembunuhan
Tuan Jana Khatib yang "mahir akan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas".
3  Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu - peristiwa ini  menimpa Sang
Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah.
Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak
perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas
perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia telah bersekongkol

9
denganMajapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangan kuasa
besar itu.

KEPENTINGAN MITOS
Penerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini mempunyai
matlamat dan kepentingannya yang tersendiri dan khusus, sesuai dengan
zaman teks ini dihasilkan. Di pihakpemerintah, peristiwa yang berunsur mitos
itu secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Di
pihak hamba rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mendidik serta
meyakinkan mereka tentang kehebatan dan kedaulatan raja serta perkara-
perkara yang berkaitan dengan institusi beraja.  Kepentingan mitos dalam
penulisan teksSulalatus Salatin Sejarah Melayu ini dapat dijelaskan seperti yang
berikut:

Menunjukkan Keagungan Keturunan Raja


Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dan berasal dari
Makaduniah.  Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, beliau merupakan
seorang raja yang agung dan penakluk dunia yang
terbilang. Berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, raja-raja Melayu
dikatakan berasal daripada keturunan beliau walaupun  menurut Sejarah,
Iskandar Zul-Karnain (Alexander The Great)tidak pernah menakluki India.
Oleh itu, mitos yang mengaitkan raja-raja Melayu bersusur galur daripada
keturunan Iskandar Zul-Karnain itu mempunyai kepentingannya yang
tersendiri, iaitu untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu ke tahap yang
tinggi, yaknimemiliki ciri-ciri kepahlawanan, kehebatan, dan keagungan,
sama seperti yang dimiliki oleh datuk nenek mereka yang
bernama Iskandar Zul-Karnain itu.

Menunjukkan Sifat Luar Biasa Raja


Salah satu mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu adalah tentang pengembaraan Raja Suran ke dasar
laut. Baginda dikatakan telah tiba di sebuah negeri yang bernama
10
Dika dan seterusnya berkahwin dan hidup di negeri itu. Hal ini memang di
luar mats fikir manusia dan melampaui hukum alam, namun  penerapan
mitos yang sedemikian ada kepentingannya. Penerapan unsur tersebut
adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja  Melayu sangat luar
biasa dan berbeza daripada manusia biasa dan oleh itu, merekalah yang
layak memimpin manusia lain.

Menyindir atau Mengkritik Raja


Mitos lain yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah
serangan ikan todak terhadap Singapura. Penerapan mitos ini bertujuan
untuk menyindir atau mengkritik golongan raja atau  pembesar yang
menzalimi rakyat. Mitos itu juga bertujuan untukmenyedarkan raja dan
pemerintah bahawa setiap hamba rakyat, tidak kira sekecil mana pun
mereka itu, perlu dihormati dan disayangi kerana mereka mempunyai
kelebihan masing-masing. Jelas dalam hal ini, budak yang menyarankan
rakyat Singapuramenggunakan batang pisang sebagai kubu untuk
meredakan serangan todak, mempunyai kelebihannya walaupun masih kecil.

Mendidik dan Menakutkan Rakyat


Sesetengah mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini sengaja
diterapkan bagi mendidik rakyat supaya senantiasa  menghormati dan
mentaati raja sebagaimana yang dipersetujui  dalam waad antara
Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana dahulu. Dalam hal ini, mitos
yang memaparkan Sang Rajuna Tapa menjadi batu setelah
mengkhianati Sultan Iskandar Syah  m e n u n j u k k a n b a h a w a
s u m p a h a n S e r i T e r i B u a n a y a n g   mengatakan bahawa rakyat yang
derhaka akan "dibalikkan Allahbumbungan rumahnya ke bawah kaki ke
atas" menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga dapat menimbulkan rasa
gerun di hati rakyat supaya tidak mengkhianati waad tersebut.

11
Mempelbagaikan Kaedah/Teknik Penulisan
Penerapan unsur mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu j u g a
b e r t u j u a n u n t u k m e w u j u d k a n v a r i a s i d a l a m s t a i l   penulisannya.
Penerapan itu juga memperlihatkan kekreatifan  pengarang dalam usaha
hendak menarik hati para pembaca.

12
UNSUR LAGENDA DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

LEGENDA ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan


seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita
tersebut sering kali dibuat secaraberlebih-lebihan dan melampaui
kelaziman yang biasa dimiliki  oleh seseorang manusia. Cerita-
cerita tentang tokoh legenda ini juga bercampur aduk antara unsur
Sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh legenda itu biasanya
menjadi kemegahan dan  kebanggaan sesuatu bangsa.
Tokoh-tokoh legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri.  Antara ciri
utama tersebut termasuklah:
1 mereka memiliki rupa paras yang kacak dan
t a m p a n ,   berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan,
kemuliaan, dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi oleh
setiap orang;
2 mereka memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata,  gagah
dan perkasa, serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak dapat
ditandingi oleh mana-mana pahlawan sekalipun;
3 mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu
mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
4 mereka, taat dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan
dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci;
5 mereka memiliki keistimewaan tertentu yang tiada pada  manusia
biasa.

Berdasar pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan  yang


ketara antara legenda dengan mitos. Legenda lebih berpijak di bumi nyata,
yakni tokoh yang dipusatkan  ' lazimnya memang pernah hidup (diyakini
kewujudannya) dan tokoh itu banyak  jasanya. Mereka disenangi dan
menjadi sebut-sebutan (idola)masyarakat dan lantaran itu, perwatakan
mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat, malah sikap,
pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan olehkelompok tertentu.
13
Hal ini berbeza dengan mitos yang ceritanya merupakan
imaginasipengarang atau kelompok masyarakat tertentu.

CONTOH-CONTOH LEGENDA
Laksamana Hang Tuah
Kewajaran Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol
dalam teks. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Tokoh ini dipercayai
memang pernah hidup di Melaka pada mass dahulu. Yang menjadikan
Hang Tuah tergolong sebagai legenda Melayu adalah kerana
beliau memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, sama
ada fizikalnya mahupun mentalnya. Keistimewaan beliau yang paling ketara
ialah kepahlawanan dan kegagahan yang dimilikinya.Beliau juga merupakan
lambang kesetiaan masyarakat Melayu terhadap raja - bersedia menabur jasa
dan bakti demi memelihara kebesaran dan kedaulatan raja Melayu.
Legenda Hang Tuah terakam dalam sebuah hikayat Melayu yang
masyhur, iaitu Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kisah yang terdapat
dalam hikayat tersebut mempunyai beberapa perbezaan dengan yang terdapat
dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.
Latar Belakang Laksamana Hang Tuah
Cerita tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu bermula
pada halaman 103. Beliau dikatakan berasal dari Mengkasar, Sulawesi.
Nama sebenarnya ialah Daeng Mempawah, anak raja Bajung yang telah pun
meninggal dunia. Beliau menetap di Melaka setelah dianugerahkan oleh raja
di Goa (Mengkasar) kepada Sultan Mansur. Pada waktu itu, umurnya baru dua
belas tahun. Sultan Mansur Syahlah yang menukarkan namanya, daripada
Daeng Mempawah kepada Hang Tuah. Beliau menjadi hulubalang utama
kepada beberapa orang sultan Melaka dan diberi gelaran "Laksamana"
oleh Sultan Mansur. Sepanjang menjadi hulubalang Melaka, beliau beberapa
kali terlibat dalam peperangan, antaranya dengan Siam, Haru, dan beberapa
negeri lain serta pernah menjadi utusan ke Siak, Pahang, dan lain-lain.

14
Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Isteri beliau
yang pertama ialah saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok. Dengan isteri
pertamanya itu, beliau memperoleh tiga orang anak - Tun Sirah, Tun Biajid, dan
Tun Daerah. Tun Daerah kahwini oleh Sultan Mahmud Syah dan mereka
dikurniai seorang puteri yang diberi nama Raja Dewi. Isteri beliau yang
kedua adalah daripada keluarga Bendahara Paduka Raja.  Dengan
isteri keduanya itu, beliau dikurniai dua orang anak - Sang Guna dan Tun Emas
Jiwa. Tun Emas Jiwa dijodohkan oleh Hang Tuah dengan Hang Nadim.
Hang Tuah pernah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan
bermukah dengan salah seorang pekerja istana. Walau bagaimanapun,
beliau terselamat daripada hukuman itu sebagai hasil pertolongan Seri Nara
Diraja yang menyembunyikan dan memenjarakan beliau di sebuah dusun.
Hang Tuah meninggal dunia semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Syah dan dikebumikan di Tanjung Keling.

Bukti Hang Tuah sebagai Legenda

    KEPAHLAWANAN DAN KEBERANIAN


Kegagahan dan keberanian Hang Tuah telah digambarkan secara langsung
sejak awal lagi. Pada usia semuda dua belas tahun, beliau telah berjaya
membunuh dua orang yang mengamuk di negeri asalnya (Mengkasar). Di
Melaka, beliau telah membunuh 74 orang yang mengamuk. Semasa mengikuti
rombongan peminangan sultan Melaka ke Majapahit, beliau beberapa kali
memperlihatkan kepahlawanannya. Antaranya, beliau telah dapat
memangkasratusan tombak pahlawan Majapahit yang cuba
menahannya daripada menaiki balai larangan betara Majapahit.
Kepahlawanan beliau juga terlihat menerusi beberapa siri peperangan
yangmelibatkan beliau selaku pemimpin. Dalam peperangan menentang
Semerluki dan Haru, beliau berjaya mengusir kedua-dua angkatan tentera itu
dari perairan Melaka.

15
    KESETIAAN
Kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan negara memang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Beliau senantiasa mentaati perintah raja yang
sesetengahnya tidak dapat dilakukan oleh orang lain.  Penderhakaan
Hang Jebat adalah salah satu daripadanya. Dalam peristiwa itu, tidak ada
seorang pun yang dapat mengusir Hang Jebat daripada istana. Apabila
Sultan Mansur Syah menitahkan Hang Tuah supaya membunuh Hang Jebat,
beliau tidak menolak langsung perintah itu walaupun orang yang bakal
dibunuhnya itu adalah sahabat karibnya sendiri. Beliau seterusnya
berjaya membunuh Hang Jebat. Begitu juga halnya dengan
kerelaannya untuk mengeluarkan kuda raja daripada takungan najis. Demi
kesetiaannya kepada raja, beliau telah mengesampingkan rasa jijik dan berjaya
melepaskan kuda itu. seterusnya, kesetiaan beliau diperlihatkan menerusi
kesediaannya menyertai rombonganpeminangan ke Gunung Ledang bagi
memenuhi keinginan I'luar biasa" Sultan Mahmud Syah yang bercita-cita
untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

       KETAMPANAN DAN KEELOKAN RUPA PARAS


Ketampanan beliau digilai oleh gadis dan wanita Majapahit dan banyak
menimbulkan kekecohan di mana-mana sahaja beliau pergi. Malah, ada
wanita yang dalam pelukan suami meleraikan pelukan mereka semata-mata
hendak menatap Hang Tuah.

       KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTARAN


Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah semasa beliau menentang seorang
lelaki Jawa yang mengamuk di Melaka. Dalam peristiwa itu, lelaki Jawa
tersebut membawa golok sebagai senjata. Oleh sebab Hang Tuah lebih
mahir berdepan dengan orang yang menggunakan keris, beliau terus
mencicirkan kerisnya lalu dipungut oleh lelaki itu. sebagai hasil daripada
kebijaksanaannya itu, beliau berjaya menewaskan lelaki Jawa itu dengan
mudah.

16
Raja Iskandar Zul-Karnain

Kewajaran Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda


Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh  legenda yang
tidak kurang pentingnya dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Hal ini
demikian kerana Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh
besar dalam sastera Melayu.Walaupun baginda tidak digolongkan
sebagai tokoh legenda tempatan (kerana kisah-kisah tentang baginda disadur
daripada sastera Arab atau Arab-Parsi), namun cerita tentang baginda
telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat Melayu
semenjak kedatangan Islam dahulu.
Pemerihalan tentang raja ini ditonjolkan oleh pengarang pada awal bab
lagi. Pengarang secara langsung telah memerihalkan insan yang bernama
Iskandar Zul-Karnain ini, khususnya tentang asal keturunannya, bangsa, negeri
dan gelarannya. Baginda telah berperang dengan Raja Kida Hindi dan
gambaran tentangpeperangan ini, menurut pengarang "terlalu ramai
seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu". Hal ini bermakna,
sebagaimana legenda Hang Tuah yang terakam dalam hikayatnya
sendiri -Hikayat Hang Tuah - kisah tentang Raja Iskandar Zul-Karnain juga ada
terakam dalam hikayatnya sendiri yang memungkinkan baginda tergolong
sebagai tokoh legenda.

Latar Belakang Raja Iskandar Zul-Karnain


Pemerihalan tentang ketokohan Iskandar Zul-Karnain bermula pada
halaman 4. Nama baginda ialah Iskandar; Zul-Karnain ialah gelarannya.
Baginda merupakan anak raja Darab dan berbangsa Rom Berta memerintah
Makaduniah (Macedonia). Kemunculanbaginda di dunia sebelah Timur ini
bermula dengan keinginannya untuk "berjalan hendak melihat matahari terbit".
Keinginannya itL telah membawanya tiba di suatu kawasan di negeri Hindi
tetap kehadiran baginda telah disambut dengan serangan oleh pihak Raja
Kida Hindi. Raja Iskandar membalas serangan itu dan berolehkemenangan.
Baginda telah mengislamkan Raja Kida Hindi dan seterusnya menjadi menantu
17
raja itu setelah berkahwin dengan puterinya yang bernama Puteri Syahrul-
Bariyah. Perkahwinan itu disempurnakan oleh Nabi Khidir a. s. dan melalui
perkahwinan itu lahirlah seorang putera yang dinamai Aristun Syah. Raja
Iskandar Zul-Karnain telah pulang ke Makaduniah semula
dan meninggalkan isterinya pada Raja Kida Hindi atas permintaan Raja Kida
Hindi sendiri. Selepas kemangkatan Raja Kida Hindi, Raja Aristun Syah dan
keturunannyalah yang memerintah negeri Hindi.

Bukti Raja Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda

    KEPAHLAWANAN DAN KEHEBATAN


Kepahlawanan Raja Iskandar terlihat semasa bala tenteranyo menentang
angkatan tentera Raja Kida Hindi. Bala tenterz pimpinan baginda dapat
mengalahkan Raja Kida Hindi dengarmudah, menangkap raja itu hidup-hidup
lalu mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan negeri Hindi berada di
bawah kekuasaannya. seterusnya, baginda memberikan
persalinar kepada Raja Kida Hindi dan menyuruh raja itu kembali
ke negerinya semula. Kehebatan Raja Iskandar mengagumkan Raja Kida Hindi
sehingga baginda terdorong untuk menjodohkan puterinya - Puteri Syahrul-
Bariyah - dengan Raja Iskandar. Malah lamaran untuk majlis perkahwinan itu
datang daripada pihak perempuan (Raja Kida Hindi), bukan daripada
kehendak Raja Iskandar Zul-Karnain sendiri. Yang melamarnya ialah Nabi
Khidir a. s. Begitulah hebatnya insan yang bernama, Iskandar Zul-Karnain itu.

       KEAGUNGAN DAN KEBESARAN


Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain begit menonjol dalam
teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini. Raja Kida Hindi sendiri, misalnya,
menyedari keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain dan oleh sebab
itulah baginda Segera bermuafakat dengan perdana menterinya untuk
mengahwinkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar Zu
Karnain yang agung itu. Hal ini dilakukannya demi kelangsungan

18
pemerintahannya di samping untuk beroleh zuriat daripada raja yang agung itu
bagi memerintah negeri Hindi nanti.
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat
menerusi upacara perkahwinannya kerana yang menyempurnakan majlis itu
ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak sebagai wali bagi pihak Raja Kida
Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri mengesahkan keagungan dan kebesaran
Raja Iskandar Zul-Karnain melalui peringatan yang disampaikannya kepada
Raja Kida Hindi:
... "ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan
Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina."...  (hlm. 5)

Seterusnya, keagungan dan kebesaran baginda terlihat  menerusi


perlakuan dan ucapan balas Raja Kida Hindi sendiri Setelah mendengar kata-
kata Nabi Khidir a. s.:
... tatkala didengar oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka ia
pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah seraya ia menyembah pada
Raja Iskandar, dan berkata ia: "Bahawa ketahui oleh tuanku, ya Nabi Allah, dan
segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa hamba ini dengan sesungguhnya
hamba kepada Raja Iskandar, dan anak hamba sekalian pun hamba juga ke
bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua
orang itu....  (hlm. 6)

Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat


sewaktu baginda dikahwinkan. Pada waktu itu, semua pembesar bangun
memberikan penghormatan, malahmereka menaburkan emas perak dan
permata ratna mutu manikam ke kaki Raja Iskandar sehingga "seperti busut
dua tiga timbunannya".

  KEKAYAAN DAN KEMURAHAN HATI


Sebagai raja yang agung, Sultan Iskandar Zul-Karnain memiliki kekayaan yang
melimpah-ruah. Baginda tidak tamak akan kemewahan yang dimilikinya.
Baginda telah menganugerahi PuteriSyahrul-Bariyah pakaian kerajaan yang
19
"tiada - terperi lagi banyaknya". Baginda juga telah menganugerahi semua raja
yang ada semasa majlis perkahwinannya dengan pakaian yang elok-elok
yang bertatahkan ratna mutu manikam dan tiga buah perbendaharaan yang
terbuka. Baginda juga menganugerahi bapa mentuanya (Raja Kida Hindi)
seratus cembul emas berisi permata, ratna mutu manikam, clan harta benda
yang elok-elok. Tidak cukup dengan itu, baginda turut menganugerahkan
seratus ekor kuda.

KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTARAN


Raja Iskandar Zuklkarnain merupakan raja dan pemimpin perang (penakluk)
Islam yang dihormati dan ditakuti di seluruh dunia.  Baginda dihormati bukan
sahaja oleh keberanian dan kepahlawanannya, tetapi juga oleh kebijaksanaan
dan kepintarannya. Baginda begitu pintar dalam mengatur
strategi perkembangan Islam. Perkara ini dibuktikan baginda
melaluitinclakannya menangkap Raja Kida Hindi hidup-hidup
dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda
kemudiannya mengambil hati Raja Kida Hindi dengan mempersalini Raja
Kida Hindi seperti pakaian dirinya dan seterusnya menyuruh raja itu pulang
ke negerinya. Langkah bijak yang diambil baginda  memungkinkan Raja
Kida Hindi yang menguasai setengah negeri Hindi itu akan memerintahkan
rakyatnya menganut Islam dan seterusnya membolehkan Islam bertapak di India
(Hindi).

20
UNSUR WAAD DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

WAAD, dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu,merupakan perjanjian


yang termeterai antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun sewaktu
Seri Teri Buana hendak mengahwini anak Demang Lebar Daun
yang bernama Raden Ratna Cendera Puri. Dalam waad tersebut, SeriTeri
Buana mewakili golongan pemerintah (raja) manakala  Demang Lebar
Daun mewakili golongan rakyat jelata. Dalam perjanjian tersebut, kedua-dua
pihak bersetuju mematuhi peranan masing-masing sebagaimana yang
termaktub dalam waad tersebut. Di pihak raja, golongan tersebut
bersetuju dengan ketetapan bahawa mereka:
1 tidak akan menghalau rakyat dari istana; dan
2 tidak akan menista/mengaibkan/memalukan rakyat. Jika wajar dibunuh,
maka rakyat tersebut hendaklah dibunuh sahaja.
Di pihak rakyat pula, golongan ini bersetuju bahawa mereka:
1 tidak akan menderhakai raja walau sejahat/sezalim mana sekalipun raja itu; dan
2 tidak akan menitikkan darah (membunuh/mencederakan) raja.
Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun kemudiannya  bersumpah
akan mematuhi semua ketetapan dalam perjanjian tersebut. Marta-mana pihak
yang melanggar sumpah tersebut akanmenerima balasan yang berikut:
1 rakyat yang derhaka akan menerima balasan buruk, termasuk kemusnahan
segala isi rumahnya; manakala
2 raja yang zalim akan hilang kuasa dan takhta kerajaannya.

SATU PENILAIAN KRITIS


Waad merupakan suatu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol
hubungan raja dengan rakyat dalam memelihara keharmonian hidup
bermasyarakat dan bernegara. Raja dan rakyat harus memahami tugas masing-
masing dan bertindak berdasarkan peraturan peraturan yang telah
ditetapkan. Pihak raja harus memerintah dengan adil dan menjauhi
perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim terhadap rakyat. Pihak rakyat

21
pula harus setia dan menghormati raja serta jangan sekali-kali
menderhaka terhadap raja.

Raja dan rakyat yang berpegang teguh pada waad akan menikmati


kehidupan yang aman dan selamat. Raja yang adil akan mewujudkan
keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat jelata. Demikian juga,
rakyat yang taat dan setia terhadap raja akan hidup aman  dan selamat.
Sebaliknya, raja yang melanggar perjanjian yang telah dibuat dalam
waad akanmenerima balasan yang setimpal, iaitu akan kehilangan kuasa
dan takhta kerajaannya. Demikian juga bagi pihak rakyat yang  derhaka,
mereka akan menerima bala bencana yang setimpal, yakni dirinya dan
seluruh isi rumahnya akan ditimpa kebinasaan.

Pemeteraian waad tersebut telah membentuk suatu  kerangka/tulang


belakang terhadap keseluruhan penulisan Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu. Dalam teks, tersebut, banyakperistiwa yang memperlihatkan
kepatuhan kedua-dua pihak terhadap ketetapan dalam waad tersebut,
termasuk kisah keadilan raja dan kesetiaan rakyat yang membawa kemajuan
kepada negeri Melaka. Di samping itu, Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu turut menonjolkan beberapa pelanggaran terhadap ketetapan
dalam waad tersebut yang membawa kebinasaan kepada raja dan rakyat. Yang
berikut adalah antara beberapa banyak contoh kepatuhan dan pelanggaran
terhadap waad tersebut.

KEPATUHAN DAN PELANGGARAN WAAD


KEPATUHAN TERHADAP WAAD
Keadilan Sultan Mansur Syah
Sultan Mansur Syah seorang sultan yang adil dan bijaksana. pada masa
pemerintahannya, negeri Melaka memperlihatkan kemajuan yang liar biasa
sehingga dapat memperluas kuasa ke beberapa banyak negeri di Alam Melayu
seperti Mengkasar dan Majapahit. Sultan Mansur Syah juga berjaya membuat
22
hubungan dagang dan diplomatik dengan beberapa buah negara di luar Alam
Melayu seperti Siam dan China. Hal ini menjadikan Melaka
sebuah empayar yang digeruni dan dicemburui oleh beberapa kuasa lain dan
menjadi tumpuan para pedagang dari seantero dunia, termasuk dari Arab
dan India. Keadaan ini membolehkan rakyat hidup sejahtera dan Melaka
menjadi bertambah makmur.

Keadilan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah


Baginda seorang sultan yang adil dan sangat mengambil berat akan
kehidupan rakyat.  Dalam beberapa hal, baginda mencontohi corak
pemerintahan Islam dan corak pemerintahan Khalifah ArRasyidin. Sebagai
contoh, baginda telah mengguna pakai undang-undang yang bercorak
Islam/hudud dengan mengenakan hukuman potong tangan kepada individu
atau kumpulan yang tidak mengembalikan harta yang ditemukan mereka.
Selain itu, baginda sendiri telah "turun padang" untuk membanteras kejadian
kecurian di Melaka. Amalan ini sama dengan amalan yang dilakukan
oleh Khalifah Umar al Khattab yang sering "turun padang"
untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat
jelata. Kesungguhan Sultan Alau'd-Din itu berjaya
mewujudkan keamanan di negeri Melaka.

Kesetiaan Bendahara Paduka Raja


Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) merupakan bendahara yang paling
berjaya dalam pemerintahan beraja di Melaka. Beliau telah menjadi bendahara
kepada empat orang pemerintah Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.
Kesetiaan beliau terhadap kesemua raja tersebut tidak berbelah bahagi. Beliau
senantiasa memperlihatkan ketaatan, kebijaksanaan, dan kesabaran
dalam mendepani beberapa krisis yang berlaku di Melaka. Kesetiaan beliau
yang paling ketara terlihat menerusi peristiwa pembunuhan Tun Besar, anaknya,
oleh Raja Muhammad yang bakal menjadi pemerintah Melaka. Dalam peristiwa
itu, para pengikutnya telah bangun untuk membalas perbuatan Raja
23
Muhammad itu tetapi atas kesedaran bahawa "istiadat hamba Melayu tiada
pernah derhaka", Tun Perak telah menghalang niat para pengikutnya itu.

PELANGGARAN WAAD
Kezaliman Paduka Seri Maharaja
Tuan Jana Khatib seorang alim yang berasal dari Pasai. Pada suatu hari, beliau
telah menilik sebatang pohon pinang gading hingga belah dua dengan
menggunakan ilmu khayalillah yang dimilikinya di hadapan permaisuri
Singapura. Perbuatan tersebut  menimbulkan kemurkaan Paduka Seri
Maharaja, pemerintah Singapura, kerana menyangka Tuan Jana Khatib ingin
"menggoda" isterinya. Sehubungan itu, baginda telah memerintahkan
supaya Tuan Jana Khatib dihukum bunuh. Sebagai akibat
kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Banyak rakyat
jelata yan g mat i Se bag ai akibat ser angan itu. Per istiwa
itu menggambarkan bahawa raja tidak boleh menzalimi rakyat dan menjatuhkan
hukuman hanya berdasarkan perasaan semata-mata.  Perbuatan tersebut
memungkinkan pihak pemerintah ditimpa bencana.

Kezaliman Raja Iskandar Syah


Raja Iskandar Syah merupakan pemerintah Singapura selepas
kemangkatan Paduka Seri Maharaja. Baginda mempunyai seorang bendahari
yang bernama Sang Rajuna Tapa. Anak Sang Rajuna Tapa merupakan salah
seorang daripada gundiknya dan baginda sangat kasih akan gundiknya itu.
Walau bagaimanapun, sebagai akibat suatu fitnah, gundik itu telah dijatuhi
suatu bentuk hukuman yang mengaibkan, iaitu disula di hujung pasar.
Sang Rajuna Tapa, bapa gundik itu, berasa amat malu lalu
beliau berpakat dengan Majapahit dengan bertindak mengutus Suratkepada
betara Majapahit dan menyatakan kesediaannya untuk membantu Majapahit
mengalahkan Singapura. Beliaulah yang membuka pintu kota semasa
Majapahit menyerang Singapura. Sebagai akibatnya, Singapura jatuh ke
tangan Majapahit dan Raja Iskandar sendiri terpaksa melarikan diri dari
Singapura.
24
Perbuatan Raja Iskandar ini jelas melanggar ketetapan dalam waad
tersebut yang meminta supaya "segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke
bawah duli, patik pohonkan jangan difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau
patut pada hukum syarak bunuh, t ua nku; jangan duli tuanku aibi".
Keterlanjuran itu telah menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan
mengkhianati raja, sebagaimana yang dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa.
Raja perlu ,sedar bahawa pengkhianatan rakyat dapat menyebabkan
raja hilang kuasa dan takhta.

Kezaliman Sultan Mahmud Syah   I

Sultan Mahmud Syah merupakan sultan yang bemafsu tinggi terhadap wanita
serta banyak membunuh orang yang dimusuhi atau dibencinya walaupun
atas alasan yang kecil dan tidak munasabah. Ketakrasionalan baginda ini
banyak mencetuskan konflik dan krisis, sama ada kepada individu atau
keluarga yang terlibat mahupun kepada Melaka dan negeri yang
dinaunginya.Rentetan keserakahan nafsu baginda terhadap wanita
bermula dengan tindakan baginda "bermain dengan isteri Tun
Biajid" sehingga menyebabkan Tun Biajid, anak Laksamana Hang
Tuah,merajuk dan tidak menghormati baginda lagi. Baginda
juga membuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan apabila
mendapati perempuan itu menjalin hubungan dengan Tun Ali
Sandang, baginda telah membunuh lelaki itu. Keserakahan nafsu
baginda tidak berhenti di situ sahaja. Baginda seterusnya telah
merampas "Tun Teja daripada tunangannya, Sultan Abdul Jamal hingga
menyebabkan sultan itu membawa diri ke hulu Pahang. Yang lebih menyayat
hati, badinda tergamak membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang
juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah, anak
bendahara itu, yang telah pun bernikah dengan Tun Ali.

Sepertimana yang dijelaskan, Sultan Mahmud yang pendendam dan


pendengki banyak membunuh hamba rakyat dan pembesar negeri. Baginda
telah membunuh Tun Ali Sandang yang menjalin hubungan dengan Tun Dewi,
25
perempuan yang disukainya. Kemudian, baginda membunuh pula Seri
Bija Diraja yang didendaminya dengan menjadikan ketakhadiran pembesar itu
pada hari raya sebagai alasan bagi mewajarkan pembunuhan itu. Selanjutnya,
Raja Zainal (saudaranya sendiri) yang digilai oleh gadis dan wanita Melaka
pula dibunuh oleh baginda. Malah, baginda telah membunuh Tun Mutahir
empat sekeluarga (Tun Tahir, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali) untuk
melunaskan dendamnya terhadap bendaharanya itu. Akhir sekali, baginda
telah membunuh Sultan Ahmad, putera baginda sendiri (yang sebelum itu
enggan diambil darahnya sebagai hantaran peminangan Puteri G unung
L e d an g ) , ha n ya ker a n a pu t er anya it u t idak memperlihatkan rasa hormat
terhadap pembesar negara.

Kedua-dua bentuk kezaliman yang merupakan pelanggaran terhadap waad


yang dipersetujui itu telah mendatangkan musibah kepada Melaka dan
kepada diri Sultan Mahmud sendiri,sebagaimana yang ditegaskan oleh
Demang Lebar Daun: 'jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan
hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." Dalam
hal ini, pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dikagumi oleh
kapitan Peringgi sepertimana katanya, "jikalau lagi ada Bendahara Seri
Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tiada
akan alah", telah melemahkan Melaka hingga akhimya berjaya ditawan oleh
tentera Peringgi. Baginda sendiri terpaksa melarikan diri ke sana ke mari
kerana dihambat oleh tentera Peringgi. Justeru, pihak pemerintah/raja tidak
harus menganiaya rakyatnya.

Pembelotan/Pengkhianatan Sang Rajuna Tapa


Sang Rajuna Tapa ialah bendahari Raja Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna
Tapa pula merupakan gundik kesayangan Raja Iskandar Syah. Walau
bagaimanapun, gundik itu telah menjadi mangsafitnah dan telah dihukum
bunuh oleh Raja Iskandar Syah dengan cara yang memalukan (disula di
khalayak ramai). Peristiwa itu mengguris perasaan Sang Rajuna Tapa lalu beliau
mengkhianatiraja Singapura itu dengan menawarkan bantuan kepada
26
Majapahit untuk menyerang Singapura. Bantuan beliau telah membolehkan
Majapahit menawan Singapura dan Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri.
Walau bagaimanapun, tindakan Sang Rajuna Tapa yang jelas melanggar waad
tersebut telah mendatangkan musibah kepada dirinya. Beliau suami isteri telah
menjadi batu dan hal ini bertepatan dengan sebahagian daripada ketetapan
yang terdapat dalam waad tersebut iaitu “Barang siapa hamba Melayu derhaka
mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah
kaki ke atas.”

27
UNSUR KESETIAAN DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

TAAT SETIA, dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu,bermaksud


setiap hamba Melayu harus patuh terhadap raja atas sifatnya sebagai pemimpin
dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu
kepada raja menjadikan mereka senantiasa menghormati raja,
khususnya institusi raja, serta bersedia untuk menjunjung clan mengelek titah
perintah raja. Hamba Melayu yang taat setia kepada raja bersedia untuk
melakukan apa-apa sahaja demi memuliakan kedudukan raja serta untuk
memelihara keselamatan raja walaupun terpaksamenggadaikan nyawa dan
harta benda mereka. Pada masa yang sama, sifat taat setia dapat mencegah
hamba Melayu daripada menyanggah dan melanggar suruhan raja
sebagaimana yangditegaskan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak
sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir:
,'. .. raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana ia zillu'llah
fil'alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, serasa berbuat kebaktian
kepada nabi Allah, serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala ... 11,     (hlm.
190)

Hamba Melayu yang tidak menuruti perintah raja atau melakukan penentangan
serta pengkhianatan terhadap raja tergolong sebagai penderhaka.
Penderhakaan terhadap raja merupakan suatu kesalahan yang amat
besar dan jika ada hamba Melayu yang melakukan perkara yang
sedemikian, mereka bakal berdepan dengan musibah dan tulah.

CONTOH-CONTOH TAAT SETIA

Kesetiaan Sidi Asma Yaumi'd-Din


Sidi Asma Yaumi'd-Din (di samping Sidi Ali Ghiathu'd-Din)  merupakan
menteri kepada Sultan Maliku's-Salleh yang  memerintah kerajaan
Semundra. Selepas kemangkatan Sultan Maliku's-Salleh, Sidi Asma Yaumi'd-
Din menjadi menteri kepada Sultan Maliku'l-Mansur pula. Kesetiaan beliau
28
terhadap Sultan Maliku'l-Mansur terlihat menerusi kesediaan beliau untuk
dibunuh oleh Sultan Maliku't-Tahir kerana tidak mahu berpisah
dengan Sultan Maliku'l-Mansur yang telah diturunkan takhta oleh
Sultan Maliku't-Tahir. Dalam peristiwa pembunuhan itu, kepala beliau telah
dibuang ke laut manakala badannya telah disulakan di atas kapal. Peristiwa itu
menunjukkan bahawa beliau begitu taat dan setia kepada Sultan Maliku't-
Tahir, tetapi yang lebih penting, beliau mematuhi dan mentaati wasiat Sultan
Maliku's-Salleh yang menghendakinya "memeliharakan anakku kedua ini, dan
jangan kamu bertuan raja yang lain daripada anakku kedua ini."
Beliausendiri telah berjanji "sekali-kali tiada kami kedua
ini mengubahkan waad dan setia kami akan bertuan raja yang lain daripada
paduka anakanda kedua ini."

Kesetiaan Hang Tuah.


Hang Tuah ialah salah seorang laksamana dalam kesultanan Melayu
Melaka. Nama asal beliau ialah Daeng Mempawah dan beliau dikatakan
berasal dari Mengkasar. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu ini, beliau dapatlah dikatakan salah seorang hamba Melayu yang
memperlihatkan sifat taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap raja. Dalam
hal ini, sifat taatsetia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh
oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan yang belum
dibuktikan kebenarannya. Beliau langsung tidak menentang
hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Walau
bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh
Seri Nara Diraja yang lebih rasional daripada baginda sultan dan berpandangan
jauh pula. Apabila Hang Jebat menimbulkan keadaan huru-hara di Melaka,
Hang Tuah telah dipanggil semula oleh Sultan Mansur. Hang Tuah
tidak menggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam terhadap
penganiayaan baginda, sebaliknya dengan berbekalkan sikap taat setianya,
beliau bersedia untuk membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat
karibnya. Begitu juga, demi kesetiaannya, beliau sanggup menyelamatkan

29
kuda baginda sultan yang telah masuk ke dalam kolam najis setelah tiada
seorang hamba pun sanggup untuk melakukannya.

Kesetiaan Bendahara Paduka Raja


Bendahara Paduka Raja ialah gelaran yang diberikan kepada Tun Perak setelah
beliau menjadi bendahara Melaka. Pada suatu hari, anak beliau yang bernama
Tun Besar telah dibunuh oleh Raja Muhammad, putera Sultan Mansur dan bakal
raja Melaka, hanya disebabkan oleh bola raga yang disepak oleh Tun Besar
terkena pada destar baginda.  Peristiwa pembunuhan tersebut telah menerbitkan
kemarahan dalam kalangan pengikut Bendahara Paduka Raja. Mereka telah
keluar berhimpun seraya menghunus senjata masing-masing untuk menuntut
beta kematian Tun Besar. Walau bagaimanapun, atas kesedaran bahawa
"istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka", Tun Perak telah melarang
mereka daripada membunuh Raja Muhammad sebaliknya telah bertindak
bijak dengan menyarankan supaya "anak raja seorang ini, janganlah
kita pertuankan". Dengan menyingkirkan Raja Muhammad dari Melaka, Tun
Perak telah menyelamatkan anak raja itu daripada maut. Yang lebih penting,
hamba Melayu telah dapat mempertahankan ketaatan dan kesetiaan mereka
sebagaimana yang ditetapkan oleh Seri Teri Buana dalam waadnya dengan
Demang Lebar Daun, iaitu: "Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau
ada salahnyasekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala
hamba Melayu itu derhaka clan menitikkan darahnya ke bumi ... ".

Kesetiaan Tun Biajid


Tun Biajid ialah anak kepada Laksamana Hang Tuah. Beliau
telah dipertanggungjawabkan oleh baginda sultan untuk mengurus Merba.
Malangnya, semasa beliau berada di sana, Sultan Mahmud  telah mengambil
kesempatan untuk menjalin hubungan sulit dengan isterinya. Perlakuan jahat
Sultan Mahmud itu telah dilihat sendiri oleh Tun Biajid semasa beliau pulang
dari Merba pada suatu malam. Pengkhianatan Sultan Mahmud itu
menerbitkan kemarahan di hati Tun Biajid, tetapi walaupun Tun
Biajid mempunyai kesempatan untuk membunuh raja itu kerana "tiada berapa
30
orang yang mengiringkan baginda", beliau tidak bertindak sedemikian. Hal ini
demikian kerana beliau sedar bahawa sebagai hamba Melayu, "tiada ia mahu
mengubahkan setianya". Beliau sekadar memarahi baginda dan
kemudiannya tidak menjalin hubungan apa-apa dengan Sultan Mahmud lagi.

Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja


Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir adalah bapa saudara kepada Sultan
Mahmud. Hubungan ini wujud kerana bonda Sultan Mahmud yang bemama Tun
Naja/Senaja ialah kakak bendahara itu. Beliau menjadi bendahara Melaka
selepas kematian Bendahara Putih. Pada waktu itu, Melaka diperintah oleh
Sultan Mahmud Syah. Pada penghujung penguasaannya sebagai
bendaharaMelaka, beliau kurang disenangi oleh Sultan Mahmud. Hal
ini demikian kerana Bendahara Seri Maharaja tidak memper sembahkan
anaknya, Tun Fatimah yang rupawan itu, kepadabaginda sedangkan pada
waktu itu baginda sudah kematian raja perempuan. Malah, bendahara itu
mengahwinkan pula anaknya itu dengan Tun Ali. Oleh itu, apabila Kitul, Raja
Mendaliar, dan Laksamana Khoja Hassan mengadu (menfitnah) bahawa
Bendahara Seri Maharaja hendak merampas kuasa, Sultan M a h m u d S y a h
y a n g m e n d e n d a m i b e n d a h a r a i t u , t e l a h menjatuhkan hukuman
bunuh terhadap beliau sekeluarga tanpa melakukan siasatan lebih
dahulu. Hukuman itu membangkitkan  kemarahan kaum keluarga dan
pengikut Bendahara Seri Maharaja. Mereka telah datang berkumpul dan
bersedia untuk menentang sultan. Walau bagaimanapun, Bendahara
Seri Maharaja telahm e n g i n g a t k a n m er e k a b a ha w a " a da t M e l a yu
t i a d a p e r n a h   derhaka". Malah, kesetiaan beliau terhadap sultan
Melaka begitu terserlah semasa Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara
hendak membunuhnya. Beliau, dengan tenang merelakan hukuman itu
sebagaimana katanya: "Barang yang telah berlaku pada hukum  Allah
itu, hamba pun redalah".

31
Kesetiaan Tun Ali Hati
Selepas Sultan Ahmad Syah dibunuh oleh Sultan Mahmud
Syah, ayahandanya sendiri, semua pembesar kernbali bernaung di
bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Walau bagaimanapun, Tun
Ali Hati, salah seorang pembesar kesayangan Sultan Ahmad
Syah,enggan berbuat demikian kerana beliau "tiada mau
memandang muka orang yang lain". Dengan kata lain, kesetiaan Tun
Ali Hati hanya tertumpah pada Sultan Ahmad seorang. Oleh itu,
beliau telah meminta Sultan Mahmud membunuhnya kerana beliau
lebihr e l a m a t i   b e r sa m a - s a m a   de nga n Su lt an A hm a d
d a r ip a d a   bertuankan sultan yang ada sekarang. Setelah beberapa
kali m e m o h o n , a k h i r n y a S u l t a n M a h m u d
m e m p e r k e n a n k a n   permintaannya.

32
UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA

Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan.


Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad.  Pada malamnya
bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda
menganga mulut.  Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu
Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya
kepada Sultan Malikut Salleh.

Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan


Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan
meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja
Muhammad.  Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam
sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.  Mimpi baginda menjadi
kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai
Melaka dan beliau bersembahyang di situ.

Tujuan dimetoskan kedatangan Islam ini adalah bertujuan mengagungkan Islam.


Ia memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka,
bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata.  Raja
Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan
digunakan setelah Melaka memeluk Islam.

2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM

Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani
dalam menaikkan martabat Islam di dunia.  Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul
keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja.  Tokoh-
tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal seperti Amir
Hamzah dan Muhammad Hanafiah.
33
Tokoh-tokoh pendakwah Islam, ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke
Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam
berpusat di istana Melaka.  Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan  Maulana Sadar Jahan.   Tokoh-tokoh ini
diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka.   Mereka sangat
berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN

Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang


diamalkan kerajaan Melaka.  Ia meliputi : Upacara akad nikah, kahwin,
perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil
Fitri dan Hari Raya Korban dan adat-adat seperti berkhatan.

Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat
meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota.   Misalnya,
wasiat kepada Raja Ahmad.  Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada
Sultan Mahmud.   Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur
pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
 Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, pelaksanaan
hukuman hudud

4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAM

Istana Melaka meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang
terkenal iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.   Hikayat-
hikayat ini dibaca oleh panglima panglima Melaka untuk menaikkan semangat
keperwiraan menentang musuh/Peringgi.   
Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair.  Penggunaan puisi atau bidalan
Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika
pada teks tersebut.
34
Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat
kecantikan Tun Fatimah. (ms 251)

 5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN

Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam.


 Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut
mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan
pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.   Ulama-ulama, guru-guru agama dan
pendakwh berkumpul di istana.   Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah
mengajar di Melaka.   Maulana Yusof mengajar tasawuf.

Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana


Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab
itu. Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam
kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul dan bermuzakarah tentang ilmu-
ilmu keislaman.

6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATIN

Mukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim.  Dalam mukadimah


juga disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam
Bahasa Melayu.   Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan
pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan
terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah.  Ini jelas
ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat.

Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat


antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.

35
ADAT ISTIADAT DAN PANTANG LARANG DALAM TEKS SULALATUS
SALATIN SEJARAH MELAYU.

a.               ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung,

Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing.


Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung akan duduk di
seri balai.  Anak-anak raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah
kiri dan kanan.  Sida-sida yang muda-muda akan duduk berselang
seli  dengan Bentara dan hulubalang  yang berdiri di ketapakan balai.

Istiadat raja ke istana.

Gendang adi dipalu sebanyak tujuh ragam, nafiri  dibunyikan.  Sampai


kali ke tujuh, maka raja pun keluar bergajah di arak ke istana.   Mereka yang
hadir akan duduk di tanah.

Adat menjunjung duli

Empat lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan
duduk di Seri balai.  Segala perkakas diraja seperti ketur,kendi.kipas,dan
barang sebagainya diselang selang kedudukannya. Sementara puan dan
pedang berada dikelekan kiri dan kanan.  Pedang kerajaan akan dipikul oleh
Laksamana atau Seri Bija DiRaja.

Adat menyambut kedatangan Utusan Kerajaan dari Iuar.

Sambutan terhadap kedalangan utusan adalah berbeza mengikut


tahapkebesaran kerajaan tersebut.  Apabila utusan dari kerajaan yang
besar seperti Pasai dan Haru, sambutannya menggunakan selengkap
36
alat kerajaan seperti gendang, serunai bcergajah dan lain-lain.  Sekiranya
utusan datang dari negeri yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan
keraiaan untuk sambutan akandikurangkan, cukup sekadar gendang,
serunai sahaja, atau berpayung kuning ataubergajah.  Walau bagaimanapun
sepersalinan tetap akan diberikan.

Adat penganugerahan gelaran.

Adat ini dimulakan dengan menjemput mereka yang menerima


gelaran keistana.  Jemputan penganugerahan adalah mengikut pangkat
dan gelaran yangakan diterima.  Jika "Perserian" orang besar-besar akan
menjemputnya.   Jika"Persangan",orang kecil menjemputnya.   Jika
"Pertuanan", orang sedangmenjemputnya.   Orang yang menerima
anugerah akan dijemput denganmenggunakan gajah atau kuda.  Di istana,
riwayat mereka akan dibaca dan diberipersalinan mengikut gelaran yang
diberikan. Untuk Bendahara diberi lima ceperpersalinan, anak raja dan
menteri empat ceper persalinan, dan ada yang tiadaberceper sekadar
diampu oleh hamba raja.

Adat istiadat perkahwinan di Raja

Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat
puluh hari empat puluh malam.  Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah
diadakan majlis akad nikah.  Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan
Raja Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja,
perarakan dengan gajah dan akad nikah oleh kadi.

Adat menyambut malam tujuh likur atau malam dua puluh tujuh.

Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung


akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih

37
dulu kemasjid.  Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raia-
raja Melayu akan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung.

Adat Raja Berangkat pada hari raya secara berusungan

Raja akan berangkat dengan usungan.  Kepala usungan kanan akan dipegang


oleh Penghulu  Bendahari   dan sebelah kiri oleh Laksamana.  Di sebelah
belakang pula Menteri Kedua.  Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan
membawa alat kerajaan di kiri dan kanan,  sementara Bentara memikul
pedang.  Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang
besar dan segala menteri yang tua.

Adat menyambut hari raya.

Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan


usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari.   Apabila usungan tiba,
segala orang yangduduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang
akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat
menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana.

PANTANG LARANG / LARANGAN & HUKUMAN

Larangan memakai barangan berwarna kuning.

Orang-orang kebanyakan dilarang memakai sapu Langan, tepi tabir dan


bantalbesar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna
kuning boleh dipakai sekiranya dianugerahkan oleh raja.

Larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung.

Rakyat dilarang membina rumah yang bertiang gantung dan tidak terletak
ke tanah atau bertiang terus dari atap .
38
Larangan memakai penduk dan teterapan keris.

Orang kebanyakan dilarang bergelang kaki emas dan berkeroncong


emasberkepala perak kecuali yang dianugerahkan oleh raja.

Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.

Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada


hari perkahwinan kecuali dikurniakan oleh raja.  Sekiranya adat ini tidak
dipatuhi, akandikenakan hukuman denda

Larangan berbaju keling.

Rakyat tidak dibenarkan memakai pakaian ini kecuali  disediakan oleh


orang-orang Besar.  Sekiranya adat ini tidak dipatuhi akan dikenakan
hukuman denda.

Larangan berkelakuan biadap terhadap raja  pembesar.

Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar,  sekiranya engkar akan


dijatuhkan hukuman bunuh.   Contohnya Perpatih Hitam cuba dibunuh oleh
Laksamana keranamenguis tikar di hadapan Bendahara.

Larangan menyebarkan fitnah.

Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar.    Malah


menyebabkan orang yang tidak bersalah teraniaya.   Hukuman bunuh
terhadap orang yang menyebar fitnah. Contohnya, Raja Mandaliar dan
Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka yang bertanggun9jawab
menyebarkan fitnah.

39
Larangan tidak mengikut perintah raja.

Rakyat atau pembesar mesti mematuhi perintah  kerana jika ingkar


akan dikenakan hukuman bunuh.   Contohnya,  Seri Bija Diraja
diperintahkan bunuh olehSultan Mahmud Syah kerana tidak datang
menghadap pada hari raya.

Larangan memakai sesuatu yang menjadi hak seperti isteri dan gundik


raja.

Sesuatu yang menjadi hak raja tidak boleh diganggu  kerana akan
dijatuhkan hukuman bunuh.  Contoh hukumah bunuh yang dijatuhkan kepada
Hang Tuah yangdikatakan telah bermesra dengan salah seorang gundik raja.

Larangan menderhaka.

Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada raja.   Sekiranya


menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman bunuh.  Contohnya hukuman
bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali
Tun Fatimah kerana dikatakan Bendahara sedang merancang untuk merampas
kuasa atau cuba mencabar hak dan kedudukan raja.

Larangan menggunakan paying putih dan kuning

Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang-orang Besar.  Manakala payung


putih untuk raja. Sekiranya tidak dipatuhi akan dikenakan didenda pati, yakni
sekati lima.

Larangan bersekedudukan dengan isteri orang atau merampas isteri orang

Hukuman bunuh boleh dilakukan oleh si suami.  Contohnya Tun Biajid


menimang-nimang lembingnya pada sultan kerana perbuatan Sultan Mahmud
40
Syah berkendakdengan isterinya. Pengiring sultan cuba membunuh
Tun Biajid kerana berkelakuan biadap depan sultan tetapi baginda
melarang kerana tindakan Tun Biajid betul darisegi undang-undang.

Larangan mencuri dan mengambil harta orang atau barang orang yang


tercicir.

Hukuman kepada pencuri ialah hukuman bunuh. Sesiapa yang terjumpa harta


mesti dihantar ke balai yang disediakan.  Contohnya, semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda bertindak
membunuh pencuri-pencuri yang ditemuinya pada malam baginda menyamar
keluar untuk membanteras kegiatan kecurian yang terlalu berleluasa.

Larangan menyembah pembesar sebelum menyembah raja atau di


hadapan raja.

Perbuatan menyembah pembesar sebelum menyembah raja akan dihukum


cerca. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja telah mencerca Raja Mandeliar
kerana hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja di balai raja.

Larangan mengambil tunangan atau anak dara orang.

Hukuman bunuh akan dikenakan.  Contohnya, Sultan Abdul Jamal


berusaha membunuh Hang Nadim kerana telah melarikan tunangannya Tun
Teja.  Tetapi gagal kerana Hang Nadim sempat berlepas menyelamatkan diri
dengan kembali ke Melaka.

Larangan-larangan diraja mengenai perhiasan, pakaian dan peralatan


diraja

Larangan-larangan memakai kain kuning, membuat rumah dengan bentuk


tertentu,  membuat perahu dengan kelengkapan tertentu, memakai perhiasan
41
emas,  memakai keris tertentu dan lain-lain akan dikenakan hukuman sekati
lima.

KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT & PANTANG LARANG

1.             Menggambarkan keagungan dan kebesaran raja

Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat melalui
segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkan perbezaan
ketara dengan golngan rakyat.  Sebagai contoh, kedudukan raja semasa dalam
balai penghadapan.  Begitu juga dari segi pemakaian emas adalah barangan
yang amat berharga adalah khusus untuk untuk golongan raja sahaja.  Ini
menunjukkan kedudukan dan ketinggian martabat raja di kalangan rakyat.

2.            Menggambarkan Keagungan Kerajaan Melayu Melaka.

Adat istiadat yang disusun dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah
menunjukkan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung,
besar dan berdaulat.  Sistem pentadbiran yang tersusun di mana raja sebagai
pemerintah dibantu oleh pembesar-pembesar yang berwibawa bagi
melancarkan perjalanan pentadbiran negeri. 

3.            Menggambarkan kesetiaan Rakyat.

Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan masyarakat


Melayu yang taat dan patuh serta sanggup menjunjung segala perintah dan
peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah.  Mereka beranggapan
bahawa golongan raja adalah berdaulat dan wajib ditaati dengan berpegang
teguh prinsip :Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja”.

42
4.            Mengukuhkan Institusi Istana dan Pembesar Melayu

Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana
dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba untuk
menjatuhkan mereka kerana melalui adat dan pantang larang, rakyat seolah-
olah dinafikan hak mereka.  Secara tidak langsung golongan istana dan
pembesar akan dipandang tinggi dan mulia dan rakyat tidak berpeluang untuk
mencabar institusi beraja.

43

Anda mungkin juga menyukai