Anda di halaman 1dari 10

Bab 6

Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul.
Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian
prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh
pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah
yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya
menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa
dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini
amat memeranjatkan Encik Kadir.
Bab 7

Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan Encik
Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul
menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan
mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah,
Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah
meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi
bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan
memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama
berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.
Bab 8

Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit
perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba
keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa
tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu
Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti
bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan
menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di
samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain.
Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai
rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati
Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh,
sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan
sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu
menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut
dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap
Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan
sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul
dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah
dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir
menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati
Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir
dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor
memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-
kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir.
Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-
kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan.
Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia
akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi
dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
Bab 11

Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang


tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini
membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia
untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan
menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul,
namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun,
Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat
apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-
gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam
Bab 12

Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas


ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi
semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak
muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah
dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut
riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat
jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka
seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda
perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap
terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat
dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di
gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya.
Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan
berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan
pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan
banyak pula pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira
dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
Bab 14

Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila
diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14.
Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari
pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya
memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul
sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di
pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina,
De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk
ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan
Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya
untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya
bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
Bab 15

Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat
kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan
tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada
Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai
kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa
sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada
Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang
Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa
orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.

Anda mungkin juga menyukai