Anda di halaman 1dari 3

Bab ______

Setelah pulang _________ Kamarul menunjukkan sikap yang


berbeza daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari _____ Mak
Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan
Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui
bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur
sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawankawan lain setelah Kamarul menjadi _______ sebagai atlet sukan lumba
lari ___ m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah
mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan mencari Saridah
untuk memohon _____.
Bab _______
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi
latihan di Pusat Sukan ___________ _________. Sikap Kamarul telah
menimbulkan tanda tanya Sures. Encik _______ selaku _________ pula
risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan
seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa
________. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu
sampai di laman rumah, _______ datang bertemu Sures bertanyakan
tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah yang
berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun,
Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.

Bab ______
Saridah berada di _________ dan berharap dapat berjumpa
dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul
tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya
dipersalahkan atas sikap dingin Kamarul. Dalam keadaan _______ dan
resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang
_________ Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah
tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada
masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul.
Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng tamat
persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di
dalam __________ memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah
membuat keputusan untuk menulis _______ kepada Kamarul. Juriah
yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke
rumah. Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan
Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul.

Bab 4 _______
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak
keluar berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul.
Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jah pun memberikan
_______ yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil
tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah
pengirimnya. Sambil ________, Kamarul membaca surat yang diterima
itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah.
Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus
berjoging masuk ke __________________. Melihat suasana stadium
yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton
pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya.
Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia________ sekuat
hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium
dengan perasaan sayu mengingatkan __________.

Bab ______
Saridah ________ kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada
masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu, Saridah teringat Kamarul
yang juga tidak datang menemuinya di ______________. Sewaktu
menatap sekeping __________ dalam album di bilik rumahnya, Saridah
teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan
_______ di Stadium _________. Kenangan itu amat menyentuh
perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul
berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah hingga ke rumah.
Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya. Walau
bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai _______
sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang
membuatkan Saridah kecewa dan sedih.

Bab _____
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak _____________ terhadap
kemerosotan __________ Kamarul. Manakala prestasi Sures kian
cemerlang. Encik Kadir sangat ________ akan pencapaian prestasi
Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi _________ terpantas
yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil
Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi
Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan
respon yang _________ terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu
bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang
lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.

Bab_____
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah
membaca kenyataan Encik Kadir dalam _______. Sikap itu ditegur oleh
______________. Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan
telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan
mendoakan kejayaan Kamarul di ________ nanti. Pada sebelah petang
di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di
_______ begitu lama. Saridah meluahkan perasaan hatinya yang
terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan
Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi
kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan ________. Setelah
lama berbual-bual, mereka pun pergi ke padang sekolah.

Anda mungkin juga menyukai