Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN 1 ( 19 November 2020 )

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai

*putus rezeki * mahal seperti berlian * indah khabar daripada rupa

* bagai melepas batuk di tangga * kalau ada asap, tentu ada api

* seperti pinang dibelah dua *ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

* gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga

1. Harga pakaian di butik ini _mahal seperti berlian.______

2. “Kerja ini tidak akan siap sekiranya kamu bersikap bagai melepaskan batuk di tangga”, kata

ibu kepada abang.

3. Persengketaan antara Murni dengan abangnya itu merupakan perkara biasa kerana

_gigi_dengan lidah ada kalanya tergigit juga. ___________________________________

4. Kakak Munirah dan abang Haikal yang bersanding pada hari itu _seperti pinang dibelah dua. _

5. Apabila kami tiba di pulau peranginan itu, barulah kami tahu bahawa apa-apa yang

diperkatakan oleh Kamal hanyalah _indah khabar daripada rupa. ______________

6. Sejak medan selera itu ditutup, banyaklah pegerai yang _putus rezeki. _______

7. Pekerja baharu itu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Bak kata orang, _ke tengah boleh,

ke tepi pun boleh._____________________________________________________________

8. “Janganlah kita berburuk sangka. Tentu ada sebabnya maka Razak dan isterinya bermasam

muka dengan iparnya. Kata orang _kalau ada asap, tentu ada api ”, nasihat Pak Majid kepada

isterinya.

Anda mungkin juga menyukai