Anda di halaman 1dari 2

Jawapan Set 1 Latihan Bahasa Melayu

JAWAPAN : 1. Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan


pelajaran ke luar negara ataupun tidak. sama ada

2. Murtabak yang dibeli oleh ayah petang tadi telah basi. Martabak

3. Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid.


Galakan

4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi. kereta api
5. Adik saya perlu dimasukan ke dalam wad kerana demam panas. dimasukkan

6. Encik Ganesh mahu memohon jawatan juru latih pasukan bola sepak negeri
untuk musim itu. jurulatih

7. Tragedi yang mengorbankan banyak nyawa itu sungguh dasyat dan


mengerikan. dahsyat

8. Pihak polis menggesahkan tiada mangsa yang cedera parah dalam


kemalangan di simpang tiga semalam. mengesahkan

9. Ibu tidak dapat menyembunyikkan kerisauannya apabila abang tidak pulang


sejak semalam. menyembunyikan

10. Masalah-masalah itu akan dapat diselesaikan dengan pengurusan yang lebih
sistemetik. sistematik

11. Kamu berlu berfikir secara lojik sebelum membuat sebarang keputusan. logik
12. Terdapat beberapa kesalahan ejaan pada bahagian pra-kata buku itu. prakata
13. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya
menempa nama dalam bidang perniagaan. kedua-dua

14. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
keledek goreng

15. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan. oleh sebab

16. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal-hal lain
17. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
apabila

18. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
marah akan

19. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
berminggu-minggu

20. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional


Melayu tempoh hari. Berbagai-bagai / Pelbagai

21. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. sos cili
22. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama
seawal pukul 8.00 pagi. Semua peserta

23. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. dibakar oleh ibunya

24. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. saling


membantu / bantu-membantu

Anda mungkin juga menyukai