Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK PENULISAN KARANGAN PT3

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN


1. Rangka Karangan
 Pendahuluan    : 1 Perenggan 30 Perkataan
 Isi                      : 4 Isi : 4 Perenggan : 4x30 : 120
Perkataan
 Penutup            : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. Bentuk Perenggan

JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP


Ayat Topik Tema Kehendak  Soalan Merumus
1 /  2/ 3 / 4  Kehendak Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian  Ulasan Tema
Kehendak Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti  Cadangan
Kehendak Soalan
Ayat  Rumus Kehendak  Soalan Menegaskan Harapan
Kehendak Soalan

3 Aspek soalan

a) Punca : Faktor/ Sebab/ Apa/ Mengapa


b) Langkah Mengatasi : Cara/ Strategi/ Teknik/
Bagaimana/ Usaha
c) Kesan : Impak/ Implikasi/ Kebaikan/ Kepentingan/
Kelebihan/ Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3


1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan
1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih
satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian
gariskan gariskan kata-kata kunci:

Tema (T)/ Kehendak soalan (KS)/ Format Karangan (F)/


Kepanjangan Karangan (P)

Contoh : 

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan


masyarakat semakin meluas

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon


bimbit.

       Tema                    : Penggunaan Telefon Bimbit


       Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
       Format Karangan : Karangan fakta

2.Teknik Menulis Rangka Karangan

2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global


Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

       Pada zaman digital ini, penggunaan


telefon bimbit sangat meluas secara global bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit
bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai
pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih.
Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar
muzik, kamera dan sebaginya. Hal ini banyak membawa
kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak


soalan.

i.  memudahkan komunikasi antara manusia
ii  mengurangkan membeli peralatan kamera
iii. meluaskan pengetahuan - internet
iv. menghiburkan hati

b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan


dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. Tulis 1
isi dalam1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia 


Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber 
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

     Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit


memudahkan komunikasi antara manusia. Kita boleh
menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di
mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana
telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti 'sms',
'mms', 'whatsApps', 'telegram', 'viber' dan sebagainya.
Tambahan pula kos penggunaanya juga kurang
berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem
komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja


Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

       Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam


kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa
sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi
maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa
manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon
bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang
dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau
bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan
yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak
menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa
kemudaratan.  

JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM PENULISAN


KARANGAN

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM


KARANGAN
      a)  Menarik perhatian dan minat pembaca 
      b) Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan
yang akan disentuh dalam isi karangan
      c) Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan
dengan kehendak soalan
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
         a)      Tepat dengan kehendak soalan
      b)      Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
      c)      Menggunakan Bahasa yang tepat dan jelas
      d)       Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi
               karangan
     e)       Ditulis dalam satu perenggan
f)     Tidak memasukkan isi karangan dalam
               

pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi
menarik minat pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan
dikemukakan oleh penulis dalam karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
I)            Pendahuluan jenis definisi
II)           Pendahuluan jenis pendapat
III)          Pendahuluan jenis suasana
IV)          Pendahuluan jenis persoalan
V)           Pendahuluan jenis peribahasa
VI)          Pendahuluan puisi
VII)         Pendahuluan gabungan
i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
-          memberikan takrif-makna-definisi (dengan merujuk
kamus)
Contoh:
         Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar
undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja
membabitkan orang dewasa melahan golongan remaja juga.
Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada
tahun 1998. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga
semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai
pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.
ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
-          Menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh:
        Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A Bhg Dr.
Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang
perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada
masa yang sama meneruskan pembangunan. Langkah-langkah
yang drastic harus diambil untuk memastikan kegiatan
pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa
yang sama pencemaran dapat dielakkan.
iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA
-          Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang
sesuai.
Contoh:
       Bas yang berhawa dinginterus berlalu menyusur jalan
yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual
dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-
abang yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak
Bukit Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan
rimba yang akan kami lalui nanti.
iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
-          Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan
dengan tajuk.
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk
menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang akan
dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan
boleh membuatkan seseorang itu berjaya? Apakah dengan
berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh
mencapai kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan?
v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
-          Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang
sesuai.
Contoh:
       Peribahasa Melayu “ringan sama dijinjing, berat sama
dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai kea rah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-
anggotanya mengamalkan siat-sifat yang menggambarkan
wujudnya hubungan kasih saying dalam sesebuah komuniti.
Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin
hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-
punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak
yang bertanggungjawab.
vi) PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
-          Mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan
dengan tema karangan.
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi, ibunda berikan
siang malam..menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

    Pengorbanan dan jasa seorang ibu


tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu telah melahirkan dan
mendidik seseorang anak menjadi insan yang Berjaya dan
berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih saying
dan budi seseorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan,
tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk
membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

vii)      PENDAHULUAN GABUNGAN


Contoh:
      
     Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinikan
sebagai    kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan
tindakan merosakkan atau memusnahkan harta benda
termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan
kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon
awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya
mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam
kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan
untuk membendung gejala ini?

Anda mungkin juga menyukai