Anda di halaman 1dari 2

Teknik Mengarang - Karangan PT3

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:


1. RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN: 1 Perenggan : 30 Perkataan


ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP


Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus Kehendak
1 /2/3/4 Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Kehendak Soalan Ulasan Tema
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Kehendak Soalan Cadangan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Kehendak Harapan
Soalan

3. ASPEK SOALAN:

a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa


b. Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3

1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan:


1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)

Contoh :

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.


Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema : PenggunaanTelefon Bimbit


Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta

2. Teknik Menulis Rangka Karangan:


2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global


Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan
Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah
mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari
internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada
masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

A) Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.


1. memudahkan komunikasi antara manusia
2. mengurangkan membeli peralatan kamera
3. meluaskan pengetahuan –internet
4. menghiburkan hati

B) Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak
bercampur aduk. Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.

C) Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia


Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. Kita
boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini
demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti ‘sms’, ’mms’, ‘watsapp’,
telegram,viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan
telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja


Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada
sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko
nyawa manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai
barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit
dianggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon
bimbit agar tidak membawa kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai