Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK MENGARANG – KARANGAN PT3

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN :


RANGKA KARANGAN
Pendahuluan : 1 Perenggan : 30 Perkataan
Isi : 4 Isi : 4 Perenggan : 4 x 30 : 120 Perkataan
Penutup : 1 Perenggan : 30 Perkataan
Bentuk Perenggan :
JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP
Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus Kehendak
1/2/3/4 Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Kehendak Ulasan Tema
Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Kehendak Cadangan
Soalan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Harapan
Kehendak Soalan

Aspek Soalan :
a. Punca : Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b. Langkah Mengatasi : Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c. Kesan : Impak / Implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan / Keburukan
TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3
1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan
1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci :
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) / Kepanjangan
Karangan (P)
Contoh :
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.
Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.
Tema : Penggunaan Telefon Bimbit
Kehendak Soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta
2. Teknik Menulis Rangka Karangan
2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global


Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh Melayari internet, mendengar muzik, kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

Pada zaman digitil ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat komunikasi
malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya
ialah untuk melayari internet, mendengar muzik, kamera dan sebagainya. Hal ini
banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi


a) Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
- memudahkan komunikasi antara manusia
- mengurangkan membeli peralatan kamera
- meluaskan pengetahuan - internet
- menghiburkan hati
b) kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak
bercampur aduk. Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.
c) Rangka Perenggan Isi (1) :

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia


Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan
di mana-manapun kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, ‘watsapp’, telegram,
viber kosnya kurang daripada telefon biasa.
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan.

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit iailah memudahkan komunikasi


antara manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti
‘sms’, ‘watsapp’, telegram, viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya kurang
berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan
berkesan.
Rangkan Perenggan 2 :
Ayat Topik Mengurangkan membeli peralatan kamera
Ayat Huraian Telefon kini mempunyai fungsi kameranya tersendiri
Ayat Contoh Boleh mengambil gambar bila-bila masapun dengan
sebanyak manapun
Ayat Rumusan Memudahkan manusia dan menjimatkan pembelian kamera.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh mengurangkan pembelian peralatan
kamera. Hal ini kerana, telefon pada masa kini lebih canggih dan mempunyak fungsi kamera
tersendiri di setiap telefon. Oleh itu, kita boleh mengambil gambar bila-bila masa dengan
sebanyak manapun tanpa terhad. Natijahnya, kecanggihan telefon kini memudahkan dan
menjimatkan kita dari pembelian kamera.
Teknik Menulis Perenggan Penutup:
Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja
Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya – agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah


kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang,
semakin berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan globalisasi. Telefon bimbit suda
dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau
bagaimanapun, telefon bimbit di anggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu,
kita perlu menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai