Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK PENULISAN KARANGAN PT3

1. RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan

PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP


Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus
1 / 2/ 3 / 4 Kehendak Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Ulasan Tema
Kehendak Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Cadangan
Kehendak Soalan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Kehendak Harapan
Soalan

3. ASPEK SOALAN:

a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa


b. Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3


1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan:

1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.

1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:

Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)

Contoh:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema : PenggunaanTelefon Bimbit


Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta

2. Teknik Menulis Rangka Karangan:

2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.


Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global
Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang
semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan
sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.


1. memudahkan komunikasi antara manusia
2. mengurangkan membeli peralatan kamera
3. meluaskan pengetahuan –internet
4. menghiburkan hati

b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. Tulis 1 isi
dalam 1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia


Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-manapun
kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. Kita boleh
menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana
telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti ‘sms’, ’mms’, ‘watsapp’, telegram,viber dan sebagainya.
Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem
komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja


Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa
sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia di
ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai
keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh
diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai