Anda di halaman 1dari 3

Teknik Mengarang - Karangan PT3 ( Silibus )

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:

1.     RANGKA KARANGAN:
PENDAHULUAN           : 1 Perenggan : 30 Perkataan
ISI                                   : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP                      : 1 Perenggan  : 30 Perkataan

2.     BENTUK PERENGGAN:
JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP
Ayat Topik Tema Kehendak  Soalan Merumus
1 /  2/ 3 / 4  Kehendak Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Ulasan Tema
Kehendak Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Cadangan
Kehendak Soalan
Ayat  Rumus Kehendak  Soalan Menegaskan Harapan
Kehendak Soalan

3.     ASPEK SOALAN:
a.     Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b.    Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik  /  Bagaimana / Usaha
c.     Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan
/Keburukan

TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3

1.     Teknik Menganalisis Soalan Karangan:


1.1  Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2  Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata
kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan
Karangan (P)
Contoh     :     Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat
semakin meluas.Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon
bimbit.
Tema        :     PenggunaanTelefon BimbitKehendak soalan : Kebaikan
Penggunaan  Format Karangan : Karangan Fakta

2. Teknik Menulis Rangka Karangan:

2.1  Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.


Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global

Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih

Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera

Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

          Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas


secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Telefon bimbit
bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang
semakin hari semakin canggih.  Antaranya, kita boleh melayari internet,
mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa
kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan


dengan kehendak soalan.
1.     memudahkan komunikasi antara manusia
2.     mengurangkan membeli peralatan kamera
3.     meluaskan pengetahuan –internet
4.     menghiburkan hatib.   Kembangkan setiap isi yang telah anda
senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. 
Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.
c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia

Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-
manapun kita berada.

Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber

kosnya kurang daripada telefon biasa

Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

      
                  Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit  memudahkan
komunikasi antara manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-
bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana telefon
bimbit mempunyai kemudahan seperti  ‘sms’, ’mms’,   ‘watsapp’,
telegram,viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga
kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi
manusia sangat mudah dan berkesan.2.3 

Teknik Menulis Perenggan Penutup


Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja

Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko

Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan

Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

        
                    Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat
sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi
teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia     di
ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai
barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau
bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh
diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak
membawa kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai