Anda di halaman 1dari 5

KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU KARANGAN FAKTA

LATIHAN MENGARANG
KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU KARANGAN FAKTA

Latihan 1

Soalan : Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan di jalan
raya terus meningkat. Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya
kemalangan jalan raya.

Langkah 1

Mencatat tajuk /kehendak soalan :

__________________________________________________________________
______

Langkah 2

Menyenaraikan isi-isi penting ;

1.
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2.
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
3.
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

4.
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Langkah 3

Menulis Rangka Karangan

Pendahuluan :

• Berita kemalangan jalan raya banyak dipaparkan menerusi media massa terutama pada
musim perayaan.
• Mungkinkah kemalangan jalan raya berpunca daripada masyarakat tidak sayangkan nyawa?

Isi :

1. Berpunca daripada sikap pengguna yang tidak berhemah ketika memandu.


- suka memandu laju
- tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
2. Bentuk jalan yang tidak elok.
- jalan yang rosak dan berlubang akibat hujan dan kenderaan berat
- jalan yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu

3. Penguatkuasaan yang bermusim menyebabkan pengguna jalan raya tidak berasa


takut.
- Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan hanya kerap melakukan penguatkuasaan
apabila tiba musim perayaan.

4. Anak muda menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram.


- ketika memandu anak muda hanya memikirkan keseronokan
- ingin menunjukkan jaguh ketika di jalan raya

Penutup :

• Tindakan pengawasan perlu dilakukan secara berterusan


• Pengguna jalan raya perlu sayangkan diri, keluarga dan orang lain.

Langkah 5

Pelajar-pelajar dikehendaki menyusun semula perenggan-perenggan di bawah ini supaya


menjadi sebuah karangan yang lengkap berdasarkan tajuk di atas.

Penguatkuasaan yang bermusim menyebabkan pengguna jalan raya tidak berasa takut. Memang
ada anggata polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertugas mengawasi tingkah laku
pengguna jalan raya, tetapi mereka hanya kelihatan ketika sebelum dan selepas hari perayaan
sahaja. Pada hari-hari biasa pengguna jalan raya akan memandu mengikut selera sendiri tanpa
mematuhi peraturan jalan raya. Hal ini akan menyebabkan kemalangan jalan raya semakin
meningkat dari sehari ke sehari.

Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Sebab paling utama adalah
sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah ketika memandu. Pemandu lebih gemar
memandu laju dengan alasan kereta yang mereka naiki cukup canggih untuk menderum di jalan
raya. Selain itu, mereka juga tidak berhati-hati ketika memandu malah ada juga yang tidak
mematuhi lampu isyarat dan tanda jalan. Kesilapan yang dilakukan oleh seorang dua
penggguna, boleh menyusahkan pengguna lain.

Faktor seterusnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku ialah bentuk jalan raya
yang tidak elok. Kajian menunjukkan kadar kemalangan di jalan persekutuan atau jalan biasa
lebih banyak berbanding di lebuh raya. Keadaan ini berlaku kerana, di jalan raya biasa, bentuk
jalannya berliku-liku seperti ular kena palu dan jalan pula tidak rata dan berlubang-lubang.
Sering dilaporkan di media, penunggang motosikal tiba-tiba termasuk ke dalam lubang di jalan
raya yang tidak dibaiki. Masalah ini sukar diatasi sepenuhnya kerana hujan dan hal ini
ditambah dengan massalah kenderaan berat yang melalui jalan yang sama menyebabkan jalan
mudah rosak.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mencatat kadar kemalangan yang agak tingggi
terutama pada musim perayaan. Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada berita yang memaparkan
tentang kemalangan jalan raya. Walaupun pelbagai kempen dilancarkan oleh kerajaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ini, namun kesannya amat mendukacitakan.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan nyawa sendiri dan
keluarga masing-masing ?

Kesimpulannya, kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan kes
kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera, jalan raya bukan lagi laluan
yang selamat, malah boleh menjadi sungai maut. Oleh itu, tindakan untuk mengatasi masalah
ini perlu dilakukan secara berterusan bukan sekadar melepas batuk di tangga sahaj.. Dalam
waktu yang sama, pengguna jalan raya perlu ditanamkan sikap sayang akan diri sendiri,
keluarga dan orang lain supaya mereka lebih berhemah ketika berada di jalan raya. Slogan
“Pandu Cermat, Jiwa Selamat” perlu dijadikan pegangan ketika memandu.

Selain itu, anak muda pula sering menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan
haram. Semasa berlumba ini, disebabkan perasaan ingin menang dan menonjolkan kejaguhan
masing-masing, mereka sanggup memandu atau menunggang motosikal selaju yang boleh
sehingga lupa akan bahaya yang bakal menanti. Malang tidak berbau, ketika asyik berlumba
haram, mereka lupa akan keluarga dan nyawa sendiri. Akhirnya, berlakulah kemalangan yang
menyebabkan nyawa melayang.

Langkah 6
Pelajar-pelajar diminta menulis semula karangan di atas dengan hanya berpandukan rangka
karangan yang diberi.

Langkah 7

Berdasarkan soalan di atas, arahkan pelajar-pelajar menulis sebuah karangan yang lengkap
tanpa memberi rangka karangan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai