Anda di halaman 1dari 3

Syarahan:Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak

kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan
khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang
menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen
memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila
tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak
biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus
mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka
telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian
pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih
tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian
pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.
Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang
memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu.
Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada
arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak
mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka
dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan
pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk.
Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin
akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika
kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada
semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja
membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu


kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya,
keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat
pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta
mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus,
sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan
ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan.
Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi
mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih
kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama
sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian
kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-
hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada
pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di
jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan
kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya.
Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau
berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan
mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada
penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit
pengetahuan kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh
pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru
kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak
oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak
kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka
akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara
berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman
ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis
trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan
di Johor Bahru.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu
sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat
dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-
undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa
memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang
tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di
negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

Difailkan dalam: SPM | Tagged: jalan raya, kemalangan


Soalan 31 :
Anda seorang pemberita . Anda diminta mengarang sebuah berita tentang
kemalangan jalan raya.

Pendahuluan :  Tempat ,hari-Lima orang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya dan
dan mangsa cedera parah.

a) melibatkan sebuah bas dan kereta - (punca) berlaku ketika hujan lebat-pada pukul 2.12
petang.
b) tiga mangsa sudah dikenal pasti - dua mangsa masih belum dikenal pasti.
c)dua mangsa mati di tempat kejadian - tiga dirawat hospital.
- dirawat di hospital.
d)  mangsa ,yang terbunuh ialah - sementara mangsa yang tercedera ialah-
e)  kesan / akibat
n harta benda musnah
n nyawa terkorban

Penutup :
Penguasa Polis - Amran Arshad menasihati pengguna,-
pengguna  jalan raya berhati-hati semasa memandu-
musim hujan.

Anda mungkin juga menyukai