Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor dan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya semakin meningkat. Setiap hari ada sahaja nyawa yang
melayang akibat kemalangan jalan raya. Hal ini menyedihkan kita semua. Sampai bilakah
perkara ini akan berakhir? Oleh itu, terdapat banyak punca dan usaha mengatasi kemalangan
jalan raya di Malaysia.

Punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia adalah sikap pengguna jalan raya yang
tidak mematuhi peraturan jalan raya. Mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga
membahayakan nyawa orang lain. Terdapat pemandu yang memandu melebihi had laju.
Apabila mereka memandu dengan laju kenderaan mereka tidak boleh dikawal lagi dan
berlakulah kemalangan jalan raya. Sebagai contohnya, baru-baru ini sebuah bas ekspres yang
dipandu laju telah terlibat dalam kemalangan di negeri Sembilan dan mengorbankan 13 orang
pengguna jalan raya. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan jalan raya disebabkan oleh sikap
tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Selain itu, punca kemalangan jalan raya adalah kenderaan yang tidak dijaga dengan
baik. Apabila kenderaan tidak dijaga dengan baik, kenderaan akan mudah terlibat dalam
kemalangan. Terdapat pemandu yang mengabaikan keselamatan mereka dengan memandu
kereta dengan tayar yang telah botak. Jika hari hujan kenderaan mereka tidak boleh dikawal
dengan baik dan berlakulah kemalangan. Oleh itu, jelaslah bahawa kenderaan yang tidak dijaga
dengan baik akan mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Setiap penyakit ada ubatnya. Masalah kemalangan jalan raya ini dapat diatasi dengan
mengadakan kempen kesedaran. Kempen ini dapat menyedarkan pengguna jalan raya supaya
sentiasa berhati-hati di jalan raya. Pihak kerajaan boleh mengadakan pameran di
tempat-tempat awam. Gambar-gambar kemalangan ngeri harus dipamerkan supaya pengguna
jalan raya sedar akan kepentinagn berhati-hati di jalan raya. Oleh itu, jelaslah bahawa kempen
kesedaran dapat mengatasi kemalangan jalan raya di Malaysia.

Di samping itu, pihak kerajaan juga haruslah menempatkan lebih banyak pihak polis di
jalan raya. Apabila pihak polis berada di jalan raya, pengguna jalan raya akan takut untuk
melakukan kesalahan. Mereka akan sentiasa mengikut peraturan kerana pihak polis trafik
sentiasa memantau mereka. Pihak polis juga hendaklah memberikan saman kepada pesalah
lalu lintas. Oleh itu, jelaslah bahawa usaha ini akan dapat menguranagkan kemalangan jalan
raya.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya perlu diatasi dengan segera. Namun,
kemalangan akan terus berlaku jika setiap pengguna jalan raya tidak berhati-hati di jalan raya.
Jangan jadikan jalan raya di negara kita sebagai sungai maut. Marilah kita berdoa supaya
masalah ini akan dapat diatasi dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai