Anda di halaman 1dari 2

SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.

MY
Rangkap sajak Maksud sajak
Dalam kebun diriku Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri) dengan suatu tekad
Aku tanam saujana rancangan membuat perancangan untuk membebaskan diri daripada kesukaran
Untuk memerdekakan warga susahku dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.
Hidup menentang senja dan malam
Dalam parlimen diriku Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan
aku bahas isu onak dan enak keselesaan.Beliau tidak mahu dikongkong. Penyajak mahukan
untukku merdekakan warga fikirku kebebasan berfikir supaya tidak mudah diganggu oleh pengaruh
mengelak hidup dikotak-katikkan. luaran dirinya seperti dipermain-mainkan.
Dalam laut diriku Dalam jiwa penyajak, pelbagai dugaan datang untuk menggugat
ombak gelora menampar pantai aman kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri . Kesemuanya untuk menguji
untuk menguji amal dan iman. amalan dan keimanannya.
Dalam gergasi diriku Dalam keegoan dan kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga
terpedaya jua oleh permainan si kancil dengan tipu muslihat yang licik dan perangkap pihak yang disangka
namun sempat sedar dan beringat lagi. bijaksana. Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar
dan masih peka terhadap tipu muslihat itu.
Dalam pentas diriku Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang
aku berlatih menangkis angin sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka kebenaran, menelaah /
aku berlatih memunggah awan menghayati setiap perkara yang tidak diketahui kesudahannya.
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala
aku tak cemas lagi bisikan yang menghalang dan tidak mudah mengalah oleh cakap-
oleh kata yang mengekang cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk
aku tak lemas lagi menjatuhkannya dengan cara memburuk-burukkannya.
oleh kata yang menyerang
Apabila sibermerdeka sampai Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak
ke rumah cabaranku membuat keputusan yang teguh supaya tidak sekali-kali berasa
aku panggil diriku bermesyuarah lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang
menyokong, berkecuali atau menentang dipaparkan.Penyajak juga tidak akan mengulangi kesilapan yang
aku ambil keputusan pernah dilakukan sebelum ini.
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia Sekarang, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak
aku turun darinya menghadapi hidup nyata menghabiskan waktu melayan media baharu itu. Penyajak pun
peristiwa datang peristiwa pergi kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian
bagai siang memanggil malam terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian
dan sibermerdeka terus berkaca penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman untuk tidak
terus mengalirkan arus ingatan membuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri
elakkan dirimu menjadi sia-sia dengan beribadat di sisi Ilahi.
hamparkan dirimu di persada Tuhan

Tema : Ketabahan seorang insan dalam menghadapi dugaan hidup


PERSOALAN NILAI PENGAJARAN
Keinsafan untuk ……………………………………………………………………
membaiki sisa-sisa ……………………………………………………………………
kehidupan ………………………………………………. ……………………………………………………………………
……………………………………………………………………

Kebijaksanaan dalam ……………………………………………………………………


membuat perancangan ……………………………………………………………………
untuk menangani ………………………………………………. ……………………………………………………………………
masalah ……………………………………………………………………

Ketabahan dalam ……………………………………………………………………


menghadapi dugaan ……………………………………………………………………
hidup ………………………………………………. ……………………………………………………………………
……………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai